Akhirnya aku berjaya memandu sendiri ke Bangi. Kali ini mr hubby tak banyak komen, dia membiarkan sahaja dengan cara pemanduanku. Cuma aku sebenarnya amat gerun apabila melalui jalan Karak, yang banyak selekoh dan agak berbukit. Apa sekalipun aku kena hadapinya, semester lepas setiap Jumaat dia mengambil cuti dan Nia terpaksa pulang lebih awal dari sekolah. Nasib baiklah waktu itu hanya subjek Pendidikan Seni, jadi tidak lah ralat sangat Nia meninggalkan kelas awal.
Jadi semester ini aku dengan bulat hati berazam memandu sendirian. Apatah lagi Nia bakal menduduki UPSR, pasti banyak kelas tambahan dan aktiviti sekolah yang perlu diikuti. Cuma masalahnya, mr hubby amat bimbang sebab aku tersangat cepat mengantuk jika berada di dalam kereta. Hehe...jangan risau. InsyaAllah bolehnya.
Semalam, Jumaat aku menghadiri kelas Methodology dan hari ini kelas Teori dan Falsafah Pendidikan Sejarah. Wah..banyaknya assingments...aku dah mula bimbang. Sekolah lagi. Aduh..rasa takut pulak. Takut tak sempat. Masalah jadual kelas Pedagogi belum lagi selesai. Itu satu hal lagi, kenapa la lecturer tu nak adakan kelas hari Khamis petang. Dah la hari Khamis tu aku ada kelas hingga pukul 2 ptg. Mana sempat. Kesian la pada student part time ni. Mudah-mudahan lecturer itu lembut hati dapat menukar ke hari Jumaat malam seperti yang aku cadangkan. Kalau tidak kena drop la paper tu.
Masalah tempat tinggal pun sudah selesai. Terima kasih banyak-banyak pada Ja, yang mempelawa aku menyewa bilik di rumahnya. Jadi tidak la kelam kelibut aku kena telefon ke rumah tamu UKM yang sentiasa penuh dan akhirnya aku terpaksa mencari hotel. Jadi, semalam aku telah membawa segala keperluan dan tidak perlu lagi terkejar-kejar mengemas baju. Sebahagian baju dan barang-barang penting dah diletakkan di sana. Paling best rumah Ja amat dekat dengan UKM, jadi andaikata aku ada kelas malam tidak la aku takut sangat untuk pulang bersendirian.Jimat pun jimat, Ja begitu baik hati hanya meletakkan sewa yang berpatutan. Jadi aku dah bercadang boleh la aku duduk hingga hari Ahad di sana sebab aku perlu ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi projekku.
Alahamdulillah, setakat ini berjalan lancar. Moga Allah terus memudahkan laluan untukku. Amin....