Minggu ni, minggu yang agak sibuk di sekolah. Bila sibuk, maka keletihan yang melampau pun berlaku. Bermula Ahad lepas lagi kami dah sibuk kerana membuat persiapan untuk jamuan raya bagi seluruh warga sekolah. Jamuan itu diadakan pada hari Isnin 26hb Sept. Seekor lembu tumbang untuk dimasak bagi menjamu para pelajar dan guru serta kakitangan. Terima kasih kepada Normi kerana sedekah lembu (tambah rezeki).
Paling havoc, aku dimasukkan dalam AJK memasak nasi dan daging. Nasib baik ada guru yang pakar memasak untuk kenduri, kalau harap kat aku alamat tak jadi gulai la daging tu. Sesekali buat kenduri atau jamuan besar macam ni seronok jugak. Sekurang-kurangnya aku dah dapat pengaaman macam mana nak masak nasi dalam kawah, macam mana nak masak gulai kawah. Jom layan gambar...