Saturday, May 14, 2011

Cerita yang lepas

Baru selesai makan tengah hari. Menu ringkas sahaja sup ayam dan kentang, sotong goreng kicap , telur dadar dan salad berserta tomato yang dicicah dengan mayonis. Bab-bab masak ni memang la aku kureng sikit, yang simple boleh la, kalau yang paling 'prestij' pun aku hanya boleh masak nasi ayam dan mee soto , itu pun sebab aku suka makan dua benda tu. Apa pun kena pegang pada falsafah makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.  Ditambah dengan keadaan hubby yang tidak mengizinkan untuk makan macam-macam, maka rumah kami ni dipenuhi dengan roti jagung, oat , susu segar dan nestum. Kalau orang nak datang bertandang memang aku selalu mewar-warkan supaya call dulu, sebab nak membeli apa yang patut, barang basah dalam peti jarang ada.

Eh panjangnya mukadimah! dalam kepala nak cerita lain, tapi lain pulak yang ditulis.  Pagi tadi melayan Nia dan kawan-kawannya membuat persediaan untuk Hari Guru yang akan disambut Isnin depan. Wah budak-budak sekolah rendah amat bagus kalau bab meraikan Hari Guru ni. Siap kumpul duit kelas , lepas tu pergi tempah kek di Secret Recipe. Ada duit yang lebih , pergi pula ke kedai hadiah 'Buble' , beli lagi hadiah untuk cikgu. Huhu...penat jugak melayan dan menjadi supir budak-budak ni. Apa pun aku hanya mengikut dan memberi sokongan. Bukan sebab mama nia ni cikgu, tetapi budak-budak dari kecil patut dididik supaya menghargai guru. Bukan bermaksud menghargai guru hanya pada hari guru ini sahaja, tetapi sekurang-kurangnya hari itu mereka dapat meluahkan perghargaan mereka kepada guru-guru mereka.

Keadaan ini sebenarnya jauh berbeza di sekolah menengah. Di sekolah menengah kalau Kelab Guru tidak menyediakan hadiah pada semua guru ,alamatnya tak ada la hadiah. Itu la hakikatnya, di sekolah menengah hanya guru yang benar-benar dirasakan baik , tidak suka memarahi pelajar, sporting yang selalu menerima hadiah daripada peajar. Tapi itu semua tak menjadi hal, kami dah lali. Dan aku pun  bukanlah cikgu favourite sebab rata-rata pelajar mengatakan aku garang. Hahaha...kalau tak garang u all ni pijak kepala ya....

Sebagai seorang guru bermacam-macam pengalaman yang dilalui. Antaranya beg duit hilang. Pada ketika itu mengajar tingkatan 4 dan tinggalkan beg tangan sebentar di kelas tersebut untuk mengambil buku di bilik guru. Sesampai je di kelas tersebut aku teruskan pengajaran seperti biasa , setelah beberapa ketika barulah tersedar yang beg duit telah hilang. Geledah sana-sini dan akhirnya ada  aku melihat dalam tong sampah, maka di situ la beg duit aku diletakkan. nasib baik kad pengenalan tidak hilang dan duit...minta maaf ya memang jenis aku tak bawa duit banyak-banyak setakat untuk makan sahaja. Setakat 10 ringgit hilang aku tidak ralat sangat. Cuma yang aku paling ralat ialah tiada siapa pun mengaku melakukan perbuatan tersebut dan tiada siapa pun berani untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Semua bila ditanya menjawab tidak tahu. Oh tuhan je tahu betapa meradangnya aku! rasa nak hempuk je mereka semua. Itulah perangai pelajar, mereka lebih senang mengunci mulut dari menceritakan perkara tidak baik yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.


Berada 3 tahun di sekolah tersebut, aku akhirnya berpindah ke sekolah yang amat berhampiran dengan rumah. Sebenarnya sekolah yang tadi tak la jauh mana,tetapi memang jenis aku yang mudah bosan. Konon-kononnya nak environment baru. Haha..environment baru sungguh. Di sekolah ini lah banyak pengalaman yang kadang-kadang membuatkan aku mendidih kepanasan tahap maksimum, merasa geram dan berdosa.  Malah di sini buat pertama kalinya aku menangis kerana dihentam teruk ketika dalam mesyuarat kurikulum.  Pelikkan , rupanya kerja kerajaan ni kita tak boleh cakap banyak, hanya kena yes boss atau hangguk saja. Memang itu bukan cara aku, bila bos menghentam kita atas perkara yang bukan kesalahan kita, mestila kita nak membela diri kan? So aku hanya membela diri, memberi alasan yang sewajarnya, menerangkan perkara yang sepatutnya. Oh dikatakan aku tidak layak menjadi guru,mempersoalkan macam mana boleh memikul tanggungjawab sebagai guru. Ya, ampun..aku bukanlah mahu berlagak kurang ajar, tetapi menyatakan kebenaran tentang sesuatu kepincangan dan kepincangan yang dibuat oleh 'gengnya'. Pada sesi itu bermati-matian aku membela diri dan membalas setiap apa yang dikatakan. Dan bila keluar dari mesyuarat seorang guru senior berkata ' you yang salah sebab menjawab, lain kali diam je, iyer kan aje". Oh tidak!!! masa tu aku rasa mahu menjerit dan merasa teramat menyesal menjadi guru. Aku hanya mengatakan kebenaran bukan memberi alasan!

Sememangnya bekerja dalam era pemerintahan 'bos kuku besi ' itu bermacam perkara terpakasa dilalui. Tatkala menjadi ajk backdrop aku pernah diarah untuk merombak semula back drop yang telah selesai pada waktu maghrib. Bayangkan aku terpaksa datang semula ke dewan sekolah dan membuat semula hingga ke pukul 12 tgh malam.  Kalau menjadi ajk pamplet pun begitu, dekat 10 kali tunjuk pamplet tersebut barulah diluluskan. Itu belum bab menulis laporan mingguan. Kami rasa nightmare kalau bertugas minggguan. Laporan perlulah bermuka-muka surat, tak boleh ringkas. Contohnya kalau melaporkan tanda bersih perlu dijelaskan bagaimanakah bersihnya tandas tersebut. Kalau bertugas minggu alamat petang baru boleh balik.

Itu belum bab nak MC atau cuti. Hoho..bukan senang nak cuti atau MC beb! Pernah seorang guru yang anaknya sakit mengambil cuti untuk membawa anaknya ke klinik dan terpaksa membawa ubat ke sekolah untuk ditunjukkan sebagai bukti bahawa anaknya benar-benar sakit dan dia bukanlah membuat alasan. Sampai ke tahap begitu sekali keadaan pada ketika itu. Sabar je la....

Itu semua pengalaman, walaupun kebanyakan kami menyimpulkan era ketika itu amat teruk mental dan fizikal kami 'didera' tetapi kesan setelah itu sebenarnya amat positif. Disebabkan dah biasa dengan rejim yang tegas dan cara kerja yang teliti dan cerewet aku dah tak menjadi hal bila di kritik atau ditegur. Sebab dah biasa susah kan, jadi setakat masalah yang datang tu kita dah boleh menghadapinya.  Amat kelakar bila teman-teman guru di sekolah ku sekarang merasa terkejut apabila aku ditegur oleh pengetua dan dihentam dalam mesyuarat aku masih boleh membuat muka selamba seperti tiada apa yang terjadi. "Ya Allah,zai kalau akak la kat tempat awak, dah lama akak menangis" Heheh aku gelak je. Sebenarnya apa yang mereka rasa teruk itu tidak la teruk bagi diriku. Di tempat lama, lebih teruk daripada ini yang terpaksa aku hadapi. Di sini alhamdulillah aku mendapat ketua yang prihatin dengan kakitangannya. Setakat kena tegur tu adat la , tapi teguran mereka cara yang berhemah tak menyakitkan hati, jadi aku boleh terima.