Monday, December 20, 2010
Surat Ungu Untuk NUha
Surat Ungu Untuk Nuha ini pertama kali kubaca bab-bab terawalnya di blog penulisnya sendiri iaitu Noor Suraya. Terkekek-kekek aku ketawa membaca 'peperangan' antara Nuha dan Alang. Tetapi keseronokan itu tidak dapat diteruskan kerana dalam blog itu hanya mengandungi bab awal novel ini sahaja. Selebihnya aku terpaksa mendapatkan novel ini di kedai.
Maka bermula la pencarian aku untuk mendapatkan SUUN ini. Rasa hampa apabila pergi ke kedai buku di Kuantan novel ini tidak ada, begitu juga ketika aku ke kedai buku Wangsa Walk tempohari juga tidak ada. Aku dan Ecah dah merasa give up. Rancangan yang seterusnya untuk mendapatkan novel ini secara online pulak.
Namun, tidak diduga. Ketika merewang-rewang di bandar KEmaman, aku ternampak sebuah kedai buku kecil. Masuk ke kedai tersebut, rupanya bukan sahaja boleh membeli buku, tetapi ada juga perkhidmatan menyewa novel. Oh alangkah indahnya hari itu, apabila mataku ini tertancap kepada novel SUUN ini. Lantas, apa lagi aku terus menyewa novel ini, dengan deposit RM10 dan RM2 untuk bayaran sewa sebuah buku.
Bila dah habis membacanya rasa rugi pulak tidak terus membelinya. Aku paling suka puisi-puisi yang terdapat dalam novel ini. Puisi yang ditulis oleh Alang untuk mencurahkan perasaannya pada Nuha. Jalan ceritanya menarik, penggunaan bahasa yang amat baik juga kukira. Cuma bila di pertengahan cerita, penulis seakan tidak sabar untuk menamatkan cerita ini dengan cepat. Pada pendapat aku yang hanya penggemar novel ni, ada beberapa watak yang tergantung contohnya, apa terjadi pada Ku Chik, Engku Faisal dan isterinya. Apa sekalipun Nuha sebenarnya amat sesuai dengan Alang.
AKu paling tertarik dengan bait-bait puisi ini, rasa menyentuh di jiwa (cehhh..jiwang karat jugak aku nih..hehe)
Kalau cinta ada sayapnya...terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta,sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia..dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya.
Bagi peminat novel, kalau anda ingin mencarikan kelainan, bacalah SUU ini. Pasti anda akan berpuas hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)