Sunday, August 23, 2009

Rasa?


Kadang-kadang kita boleh memberi bermacam pendapat, melontar pelbagai saranan, mengutarakan macam-macam pandangan. Tetapi apabila bab untuk melaksanakan atau mempraktikkan amatlah payah.


Kadang-kadang membaca pelbagai jenis buku motivasi pun tidak menjamin anda akan menjadi orang yang bermotivasi atau kuat semangat. Bila diduga dan diuji barulah kita tahu di mana tahap kita; lemah atau kuat, bijak atau bodoh.


Namun dalam hidup ini, hati dan perasaan tidak boleh dijadikan pakar rujuk. Kalau ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa.


Apa sekali pun berpandukanlah pada iman, walau yang ada hanya sekelumit cuma.


Salam Ramadhan, semuga segala amalan diberkati.