Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Azwan Ahmad (SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis)
Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Pengenalan
• Tujuan jurnal ini adalah untuk mengkaji kesan efikasi kendiri guru sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
• Keperluan guru-guru sejarah yang kreatif dan inovatif amat diperlukan untuk menjadikan pengajaran lebih efektif.
• Ketandusan unsur kreatif dan inovatif amat diperlukan untuk menjadikan pengajaran lebih efektif.
• Kelemahan pengajaran guru sejarah dikatakan berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih berorientasikan peperiksaan.
• Ketandusan inovasi dan pembaharuan dalam pengajaran sejarah menyebabkan pelajar merasakan matapelajaran ini streotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan.
• Anjakan paradigma perlu dilakukan untuk menjadikan matapelajaran sejarah lebih menarik dan menggembirakan.
Efikasi Guru
• Merujuk kepada kepercayaan guru akan keupayaan diri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan pengajaran dalam konteks yang spesifik.
• Guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pejarnya, mudah menerima idea da mencuba teknologi baru.
ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,menyimpan,memproses ,menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses P&P.
• Penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.
Methodologi Kajian
• Merupakan kajian deskriptif.
• Menggunakan 95 orang responden yang terdiri daripada guru sejarah yang dipilih secara rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di negeri Perlis.
• Menggunakan soal selidik.
Dapatan Kajian
• Keseluruhan efikasi pengajaran berbantukan ICT guru sejarah adalah sederhana kerana memperoleh skor min 3.45.
• Tahap amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana memperoleh skor min 2.61.
• Hasil korelasi Pearson terdapat hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran guru sejarah menggunakan ICT.
• Apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat , ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.
Kesimpulan
• Pengulas sangat bersetuju dengan kajian ini iaitu guru sejarah haruslah lebih berani mengunakan kaedah pengajaran berbantukan ICT.
• Guru sejarah harus berani memecah kaedah tradisi dan status quo yang sedia ada dengan menggunakan ICT dalam pengajaran.
• Dengan menggunakan ICT , P&P sejarah akan lebih menarik dan tidak membosankan.
No comments:
Post a Comment