Wednesday, May 23, 2012

Apa saja yang terlintas..

Sepatutnya di saat ini aku dah berada di Bangi.  Cuti untuk hari ini dan esok telah pun diluluskan.  Cuti ni dah dirancang dari minggu lepas lagi.  Memandangkan sekarang budak-budak tengah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, maka ia adalah masa yang sesuai untuk aku ke Bangi dan 'melepak' di library. Tetapi entah kenapa bangun subuh tadi, perasaan malas untuk memandu dan masih banyak urusan di sekolah menyebabkan aku menuju ke sekolah.

Ingatkan aku akan ke Bangi selepas habis kelas pada pukul 11.20, tapi entah la perasaan malas bercampur dengan penat , disulam dengan jemu memandu sendirian melalui lebuhraya pantai timur yang 'melambung-lambung' tu menyebabkan aku bertangguh lagi.  Ingatkan nak bergerak lepas Zohor, pun tak jadi.  Sebenarnya memang penat sangat nak memandu. Jadi esok pagi-pagi buta la aku bergerak. Janji dengan Kak Ti nak library Kementerian Pelajaran di Putrajaya pukul 8.00 pagi,so selepas subuh ler kita bergerak ya. Kali ni kena jadilah sebab dah janji dengan  orang.

entahlah sekarang ni barulah aku terasa 'berasap'nya kepala, nak menyudahkan penulisan projek ni.  Perkembangan Bab 2 aku amat slow, sebab aku tak banyak bahan rujukan. Macam mana nak  banyak bahan rujukan jenguk library pun sekali sekala. Kajian Kepustakaan dalam bab ni memerlukan pembacaan yang banyak. Dicampur dengan teori-teori yang berkaitan yang perlu aku baca. Aku dok baca teori kognitif, teori motivasi, teori persandaran sosial, teori perkembangan...hehe entah apa yang aku baca pun aku sendiri tak faham. Rajin betul mat-mat salih ni cipta teori. Macam-macam teori ada.

Dah la banyak sangat aku mengarut ni.  Perjuangan menulis perlu diteruskan.  Walau apa sekalipun aku mesti habiskan tahun ni jugak. Jemu tahap dewa memandu wehhhh...................

Thursday, May 17, 2012

Birthday dan hari guru

Aku antara yang "bertuah" kiranya sebab meraikan hari guru dan hari jadi dalam masa satu hari. Kiranya 2 in 1 la ni , macam syampu tu. Tahun ni siap potong kek depan perhimpunan. Huhu segan macam nak pengsan, sebab berdiri sekali dengan pengetaua dan semua GPK.  Lepas ni nak cakap pada kak Nor tak mahu dah potong kek depan perhimpunan.  Ni kak Nor la punya idea.  Apa pun terima kasih pada semua kawan-kawan yang meraikan harijadiku ini.  Semoga Allah merahmati kita semua.

Untuk semua rakan guru, teruskan usaha kita dalam mendidik anak bangsa. Bagi para pelajar semoga kalian semua menjadi "insan" yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. (huh streotype betul ayat).  Tak boleh lama-lama di sini. Projek paper belum siap !!!!!!!!

Friday, May 11, 2012

Bila mata tak mahu pejam

Entah kenapa pagi-pagi buta ini aku mengambil keputusan untuk menconteng-conteng di sini.  Sepatutnya setelah menyiapkan kertas projek baru lah aku ingin kembali di sini, lepak-lepak sambil mengomel apa yang patut.  Tapi disebabkan tidak boleh memejamkan mata  kerana badanku merasa kurang selesa tatkala merebahkan diri ke atas tilam yang tidak berapa empuk ni. Huh..tak kisah la kalau tilam tu  tak  empuk tapi setelah berbaring tak sampai lima minit badanku mula terasa gatal. Hidungku mula tersumbat dan mataku mula terasa gatal-gatal dan pedih.  Apa kesimpulannya??? Ya kesimpulannya bilik ni berhabuk yang mana aku amat alergik pada habuk dan debu. Ya ampun , ni bukan nak tunjuk aku cerewet, tak kisah langsung tidur atas lantai ke simen ke tapi jangan berhabuk alamat tergaru-garu ler.

Patutnya aku dah lama belayar ke alam mimpi.  Kepenatan dari pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang mengadap netbook comel ini di dalam library fakulti hinggakan lupa makan minum merupakan faktor yang paling kukuh untuk aku meneruskan dengkuran. Huwaaa...tapi tak boleh. Pihak rumah tamu kolej ni tak suruh pekerja dia menyapu atau mengemop ke? Nasib baik bayar RM50 ringgit dan ada air cond, kalau tak lagi la aku angin.

Lama jugak aku tak mengomel dan berceloteh di sini, ada yang rindu ke? Hohoooo perasan tahap dewa betul la....mek zai ni. Banyak sangat benda yang terjadi, bermacam-macam yang terpaksa di lalui.  Bukan sahaja aku sibuk dengan belajar ni, tapi masalah-masalah lain macam tsunami datang melanda.  Yelah kan ni masalah hidup akan sentiasa datang pergi, datang pergi.

Kekalutan tu memang tersangat la terasanya.  Apatah lagi di sekolah tengah kalut dengan kursus Sejarah yang dah jadi subjek wajib , tambah lagi beban cikgu sebab ada paper 3 nanti. Dua paper pun dah nak muntah , ni tambah satu paper lagi.  Kalut dengan pentaksiran berasaskan sekolah ni untuk budak2 form 1 yang tak akan jumpa dah dengan PMR, so ada la format lain pulak.

Mak aii dah hampir pukul 4 pagi ni.  Esok nak berdating di library lagi. So sesiapa yang tersesat di sini, selamat la segala-galanya.  Aku akan paksa mata supaya pejam. Akhir kata...Kita semua menatap BULAN yang satu. Byeeeee........