Friday, September 14, 2012

Lagi mengata cikgu


Bila membaca kenyataan Puan yang amat 'fasih' dalam Bahasa Inggeris ini, aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kebelakangan ini kerap kita dengar dan lihat segelintir manusia yang begitu tidak berpuas hati dengan guru.  Berlegar di benakku ini mengapa la dengki sangat pada guru ni.  Padahal kerja kami tidak semudah yang anda semua lihat.

Ada beberapa perkara yang aku ingin jawab di sini:
1. Guru bukan robot bukan malaikat hinggakan tidak boleh berkahwin atau sakit.  Guru adalah manusia biasa yang mempunyai naluri dan kemahuan, kelemahan dan sebagainya.  Maka dengan itu sebagai manusia biasa/ hamba Allah yang kerdil maka guru juga berkahwin dan dengan izin Allah mengandung/ bersalin dan sebagainya. Salah ke? kalau salah Puan telah melanggar hukum Allah. Sebagai seorang guru adakah kami ni begitu kebal sehingga tidak boleh sakit? kami manusia biasa perlu menjaga kesihatan maka bila sakit  terpaksalah mengambil MC. salah jugak ke? kalau dalam keadaan yang tidak sihat datang mengajar adakah berkesan pengajaran tu nanti? fikir-fikirkan lah Allah dah bagi kita akal.

2. Cuti - untuk makluman semua terutama Cik Puan ni, semua penjawat awam menikmati cuti tersebut. Dah namanya guru tu penjawat awam, tak kira la kerani ke, pensyarah ke, doktor ke, jurutaip ke asal dia penjawat awam kerajaan maka semua menikmati cuti bersalin 3 bulan tu. So banyakkan membaca ya Puan, kalau nak Pekeliling atau nak baca Perintah Am email pada saya, nanti saya poskan.

3. Hantar anak ke tuition - hurmm...hantarlah Puan, sebab di pusat tuition pun yang mengajar adalah guru. Atau tempat tuition anak puan tu yang mengajarnya doktor/ lawyyer/ahli muzik/ engineer.  Setahu saya yang jahil ni la, yang mengajar di pusat tuition tu adalah guru.  Biasanya itulah kriteria utama ibu bapa jika ingin memilih pusat tuition iaitu mestilah diajar oleh guru yang terlatih. So pi mai, pi mai tang tu..Puan tak boleh lepas dengan guru, MELAINKAN apakata Puan ajar sendiri ajar anak Puan tu.

4. Bahasa Inggeris - dari penulisan Puan tu menampakkan sangat Puan amat 'fasih' dan "mahir" berbahasa Inggeris.  Tapi apakata nak membuktikan kepada  guru Bahasa Inggeris yang Puan anggap tak berapa pandai tu Puan tulis dalam ayat Bahasa Inggeris penuh. Apa yang Puan tulis tu cacamarba sangat, dan maaf ya broken english lagi. Tapi saya yakin anak-anak Puan semuanya 'mahir' berbahasa Inggeris sebab ibunya boleh mengajar semua grammar, essay, literature di rumah. Betul kan?

5. Menjual barang-barang- saya mengaku menjual barang-barang itu ada TETAPI setakat yang saya nampak segelintir  guru-guru ini hanya melakukannya ketika waktu cuti, tiada kelas atau waktu free.  Kebanyakkannya hanyalah untuk melepaskan tekanan semata-mata. Tidak logik di akal guru menjual sewaktu pengajaran bukan? Kesian betul kami yang guru ni ya, nak 'menjamu mata' melihat katalog dan beli barang-barang dari katalog pun tak boleh. Tapi kan, ramai jugak anak murid saya yang tolong menjual barangan ibu mereka contohnya keronsang, biskut, kerepek, dan macam -macam lagi. Kami ni golongan guru ada yang membeli dan tak fikir apa-apa pun kerana niat kami ikhlas mahu membantu menambahkan pendapatan mereka. So macam mana tu?

If a doctor, lawyer, or dentist had 40 people ini his office at one time, all of whom had different needs and some of whom didn't want to be there and were causing trouble, and the doctor, lawyer, or dentist without assistance, had to treat them all with professional excellence for nine months, then he might have some conception of the classroom teacher's job - Donald D. Quinn

Fahamilah betul-betul kata-kata di atas.  Guru tidak perlukan pujian, penghargaan, atau apa sekalipun. Cukup lah jika dia melihat anak muridnya berjaya lebih dari dirinya sendiri. Sudah-sudahlah mengata atau mengkritik guru kerana tugas kami adalah untuk 'memanusiakan' manusia bukanlah satu tugas yang ringan.


sekian coretan petang, mata amat penat kerana baru balik dari Bangi.  Semoga anda di luar sana memahami apakah "GURU".