Hari ni nak layan tentang Jogja ya...ibu-ibu dan bapak-bapak sekelian. Sebenarnya pemergian ke Jogja ni adalah last minute, tak terlintas pun nak pergi ke sana. Tapi bila Ja memberitahu dia kena buat kajian tentang seramik di Jogja barulah episod ke sana berlaku. Keseluruhannya tujuan ke sana adalah untuk menemani Ja melihat dan meninjau kawasan yang akan dikaji. Wah macam YB la pulak.
Kami tiba di Jogja pada pukul 9.30 waktu Indonesia. Sesampainya kami di lapangan terbang antarabangsa Adi Sujipto, kami di sambut oleh Pak Aris (maaf ya pak, nama penuhnya enggak ingat....panjang bangat). Pak Aris ini merupakan pensyarah atau orang Indon panggil Dosen di Univisitas Islam di Jogja. Aduh Pak Aris ni kata-katanya lembut sekali, penuh tertib dan berhemah, sampaikan aku kena mendengar dengan teliti, sebab terlalu lembut dan slow la. No wonder la minah-minah Malaysia ni boleh lari ikut lelaki Lombok.
Ini pemandangan di luar airport Adi Sujipto, Jogja. Keluasannya lebih kurang airport Kuantan. Sabar je la dengan Ja, sampai sahaja sibuk suruh anak sedaranya ambil gambar |
Setelah meninjau , perut pun dah lapar Pak Aris membawa kami ke sebuah restoran masakan Padang. Hehe..aku bukan penggemar masakan padang ni, tapi telan jugak. Cerewet-cerewet nanti perut lapar. Tiba bab nak mencari hotel, sebenarnya nama hotel itu menarik sekali 1001 malam. Pak Aris berlegar-legar jugak di sekeliling bandar Jogja tu mencari hotel yang namanya eksotik sangat. Sebenarnya Ja membooking hotel ini melalui internet, bila tengok dalam internet tu, hotel tu macam cantik dan grand sekali. Hahaa...tiba-tiba bila berjumpa dengan hotel itu...taraaaa.................................