Friday, June 18, 2010

Lesen

Bila dalam keadaan terpaksa semua perkara boleh dilakukan, walaupun sebelum itu perkara itu dirasakan mustahil. Aku ni boleh dikategorikan sebagai penakut dan kurang berkeyakinan. Perkara pertama yang aku rasa aku tidak boleh lakukan ialah memandu kereta. Bila berkahwin aku cukup selesa dihantar dan diambil oleh suamiku. Masa tu aku tidak fikirkan untuk belajar memandu atau mengambil lesen.

Mujurnya suamiku seorang yang berpandangan jauh. Aku dipaksa untuk belajar memandu. Ujian bertulis aku lulus, dan tibalah saat belajar memandu. Bila ujian jalan raya aku lulus tak ada masalah sangat untuk memahami peraturan di jalan raya, sign dan sebagainya. Tetapi bila tiba ujian parking aku kantoi, ujian atas bukit ke hapa pun aku kantoi. So cikgu memandu tu suruh lagi ambil , aku pun ambil sekali lagi. Lerrr..bila parking ok, atas bukit tu pulak yg tak ok. Ulang sekali lagi, atas bukit ok, parking pula tak ok. Masuk kali ketiga mengambil ujian aku masih lagi tak dapat lesen. Akhirnya aku give up. Stop untuk setahun. Aku memang dah tak nak ulang ujian-ujian tu , rasa fobia je bila gagal.

Akhirnya suamiku mengambil keputusan menukar pusat belajar memandu. Dari pusat belajar memandu di jalan Beserah , aku ke Indera Mahkota. Tetapi aku terpaksa mengambil semula ujian jalan raya kerana yang lama dah tak valid lagi. Mujurnya aku lebih selesa dan memahami dengan cikgu yang baru ni. Barulah jelas cara-cara untuk parking dan ketika berada di tempat yang tinggi. Dan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan lesen. Ia sebenarnya mengambil masa 3 tahun untuk aku mendapatkan lesen tersebut. Heheh....suami aku begitu lega. Terima kasih kepadanya kerana keperluan untuk memandu kereta sendiri itu amat penting sebenarnya. Apabila suami out station, kecemasan dan sebagainya kita boleh bertindak sendiri tanpa perlu menunggu orang lain, tak ada la menyusahkan orang sangat.

Buktinya kini, banyak perkara yang aku perlu selesaikan dan mujurlah aku boleh memandu untuk menguruskan segala hal di rumah mak dan adik-adik. Yang paling best aku berjaya memandu ke KT menyelesaikan urusan adikku. Walaupun banyak kali aku dihon oleh kereta-kereta lain.