Kalau boleh semua guru ingin memasuki kelas-kelas yang bijak sahaja untuk mengajar. Bila melihat jadual tertera tingkatan 5Zaaba, perkataan pertama yang telintas di dalam kepala aku ialah LETIH. Kadang-kadang aku merasa fobia mengajar kelas-kelas hujung. Fobia sebab tak sanggup menghadapi kerenah yang pelbagai. Semenjak 1999 lagi aku sebenarnya memang wajib mengadap kelas-kelas hujung ni. Bezanya kalau menengah bawah tahap letihnya tidak ketara sangat sebab soalan hanya tertumpu kepada objektif. Tetapi kalau menengah atas..aduh..banyak benda yang perlu dibuat untuk melengkapkan pelajar-pelajar ini ke arah SPM. Soalan berbentuk esei, struktur dan objekif. Paling bermasalah adalah untuk memahirkan mereka menjawab esei.
Hari ini sahaja aku merasa mahu rebah. Waktu Sejarah yang diletakkan pada waktu 1.20 hingga 2 petang bukanlah satu waktu yang sesuai untuk mengajar subjek membaca seperti ini. Melangkah masuk sahaja ke kelas tersebut, aku melihat satu barisan pelajar lelaki kosong. Bila ditanya semua ke tandas. Dengan pantas aku menyuruh dua orang pelajar menutup pintu. Biar mereka sedar jangan sewenang-wenangnya keluar kelas beramai-ramai begitu. Namun rancangan aku memang tidak berjaya langsung. Kelas ini memang tidak makan dek saman. Entah macam mana walau pintu telah ditutup dan dikunci tiba-tiba mereka menyerbu masuk beramai-ramai sambil termengah-mengah dan tersengih-sengih tanpa rasa bersalah. Dah la tak bagi salam, tak minta maaf selamba sahaja. Geramnya...
Mengajar bab nasionalisme. Satu bab yang besar dan penting. Sepatutnya aku perlu menerangkan faktor-faktor nasionalisme itu, tapi dengan suasana yang hinggar binggar. Ada yang bercakap, ada yang sibuk berjalan mencari buku, meminjam pen, yang bercakap usah dicakap la.Oh kepala sakit, otak aku pun rasa sakit. Penghabisan cerita aku akhirnya terpaksa memberikan soalan struktur dan mengarahkan mereka menyalin dan memandu mereka mencari jawapan. Oh... itu pun pekerjaan mereka hanya nak meniru sahaja. Sabar je lah....Sakit tekak aku hari ini. Peliknya perangai budak-budak sekarang , umur dah 17 tahun tapi perangai kalahkan budak tadika. Budak tadika pun senang nak kawal. Aduh..otak aku dah beku sebenarnya...