Friday, November 11, 2011

Kolam ikan pun teringin.

Petang-petang begini berseorangan di rumah amat membosankan. Walau tv di hadapan mata tetapi kebosanan tetap wujud. Sesekali terlintas di fikiran, kalau la ada anak yang ramai tentu meriah petang-petang begini. Huhu...tak usah terlalu berfikir sangat soal anak tu. Hurmm...pasti ada hikmahnya.

Apa ya yang nak ditulis di sini. Macam tak ada tujuan je. Minggu depan merupakan minggu terakhir sekolah. Itu yang dinanti-nantikan oleh guru. Cuti , berehat sebentar dari dunia sekolah, budak, buku , kertas, pen merah, pen biru (konon-kononnya). Sebenarnya untuk cuti ni sahaja penuh dah perancangan. Mahu menyiapkan galeri sekolah, menyiapkan modul untuk tingkatan 3 dan 5. Tu pusat sumber sendiri berlambak kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Tetapi at least la tak payah masuk kelas.

Menyentuh soal budak ni...hurmm tak tahu la budak sekarang ni. Hari ini sahaja tingkatan 5 Zaaba buat hal lagi. Sepatutnya saat akhir ni mereka berada di dalam kelas, mendapat tips-tips terakhir daripada guru. Bertanya apa-apa yang patut. Namun sebaliknya berlaku. Masuk kelas lebih daripada separuh pelajar lelaki  "hilang". Rupa-rupanya 3 orang daripada mereka berenang di dalam kolam di hadapan bilik kesihatan. Kolam hiasan yang ada ikan tu pun mereka ni berkenan nak berkubang. Hish tak faham la...tak matang betul, umur berapa ya korang ni, 17 tahun ke 7 tahun. Budak 7 tahu pun reti bahasa tak berperangai macam tu. Sebenarnya perangai budak-budak sekarang amat dahsyat. Sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sebab itu guru-guru hilang motivasi.

Eh ok lah, petang-petang begini emosi dengan perangai budak. Dah la di sekolah seharian dengan mereka. Di rumah pun terkenangkan mereka. Ikut la budak, buat la perangai, sat lagi habis SPM tau la korang hidup yang sebenarnya.