Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Marah guru

Ada beberapa perkara yang menjengkelkan hatiku sebagai seorang guru saat ini, apabila  tugas kami sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar telah dinafikan haknya.  Bila seorang ustazah menegur dan sedikit menyentuh pipi (seakan menampar tetapi bukan tampar ya) seorang pelajar perempuan yang TIDAK BERSOLAT, bapa pelajar bekenaan telah datang memarahi pihak sekolah kembali. Datang dalam keadaan marah-marah terhadap pengetua kerana anaknya telah 'ditampar' oleh ustazah.  Marah sungguh bapa bekenaan kerana menegur anaknya tidak bersolat. 

Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk...., malang sungguh seorang bapa itu, malang sungguh seorang anak itu kerana mempunyai bapa sebegitu. Tak faham ke encik yang berkenaan bahawa dalam Islam kalau anak kita berumur 10 tahun sudah meninggalkan solat kita boleh merotannya. Tak percaya ,hah..baca la hadis dah bawah.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Dunia ni memang dah nak kiamat agaknya. Tegur pelajar tak solat pun ,ibu bapa dan naik angin. Agaknya mereka solat tak di rumah, sampai hangin macam gitu. Sebab itu la cikgu sekarang pejam mata je perlakuan pelajar yang menjengkelkan hati , macam ni la,bila kami tegas sikit penjaga marahkan kami balik. 


Alamak stop dulu dah 5.10 masa untuk aerobik. Jommmm!!!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu.  Seorang ibu perlu sentiasa dihormati, dikenang, diingati , disayangi setiap saat,detik dan ketika selagi seorang anak itu masih bernafas. Untuk mak Pn.Nattrah, walau kadang-kadang banyak perbezaan pendapat dan cara antara kita berdua tetapi ia bukanlah satu jurang malah ia adalah pengikat dan lengkap melengkapi di antara kita.  Semoga mak sentiasa dirahmati Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi mak membesarkan anak-anak. Sayang mak ...........

Saturday, August 7, 2010

Mana tapak kasut


Kes pelajar kurang ajar dengan guru bukanlah fenomena baru. Setelah kerajaan tidak membenarkan rotan di sekolah, masalah disiplin pelajar semakin membimbangkan. Ini pandangan peribadi aku ler. Setakat menggunakan pendekatan merit dan dimerit pelajar sebenarnya tidak hairan. Apatah lagi dewasa ini ibu-bapa banyak menyalahkan guru jika ada dalam kalangan anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin.


Satu peristiwa yang berlaku : seorang ibu datang ke sekolah setelah dipanggil pihak sekolah kerana masalah disiplin anaknya. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut ialah mengotorkan dinding dengan menggunakan kasutnya. Tahu apa yang dikatakan oleh ibu pelajar itu ???? Hahhaha......

"Saya nak cikgu tunjukkan mana satu tapak kasut anak saya kat dinding tu". Itulah lebih kurang ayat si ibu yang begitu menyayangi anaknya. So..camne tu kan?


Pening sebenarnya kepala menjadi guru zaman sekarang ni. Marah tak boleh, rotan tak boleh, ajar susah, tak ajar lagi susah. Sering kita dengar , cikgu-cikgu kena kaji latar belakang pelajar, kena fahami pelajar, kena tengok keadaan keluarga pelajar macam mana, semuanya pelajar. Tapi boleh tak untuk 20% kalau tak boleh 50% fahami jugak cikgu. Pertama cikgu bukan robot, cikgu bukan kuli , cikgu pun ada keluarga, cikgu pun ada masalah dan cikgu pun ada hati dan perasaan, dan terakhir cikgu pun tahu PENAT!
p/s : baru perasan asyik citer pasal sekolah je...


Wednesday, August 4, 2010

Ibu bapa


Mesyuarat guru pagi ni, pengetua menyampaikan beberapa perkara, antaranya guru perlu mengingati semua nama pelajar. Pada peringkat awal mengajar dulu, memang mudah untuk mengingati semua nama pelajar. Tapi bila masuk 30an ni macam kureng sikit nak mengingat tu. Walaubagaimana pun saranan itu bagus, namun pelajar juga perlulah memainkan peranan juga. Takkan cikgu mampu mengingati semua nama pelajar. Kalau dalam kelas 40 dan ada 3 kelas yang diajar, 120 semua tu..banyak tuu. Jadi pelajar perlulah memakai tag nama. Kebanyakan pelajar jarang memakai name tag tu. Jadi itu juga penyumbang guru sukar mengingati nama pelajar.


Guru ni sebenarnya lebih kurang pegawai kebajikan masyarakat juga. Sebagai guru kami dinasihati agar menyelidiki dulu latar belakang pelajar-pelajar yang sering menimbulkan masalah. Jangan terus menjatuhkan hukuman. Menurut pengetua dia telah berjumpa dengan pelajar-pelajar bermasalah ini dan mereka tidak reti bersolat. Malah disuruh membaca niat sembahyang fardhu pun tak tahu. Jadi kekurangan agama menyebabkan hati mereka ini keras, sukar menurut nasihat. Kami disarankan melihat perkara itu, maksudnya selidik pelajar ni kenapa dia bermasalah dan sebagainya. Hermmm...memang betul apa yang dikatakan itu. Tapi pelajar-pelajar ini berada di sekolah hanya 7 jam sahaja, selebihnya lagi di rumah. Ibu-bapa memainkan peranan yang amat penting. Kebanyakan ibu-bapa kini suka menyerahkan bulat-bulat tanggung jawab mendidik anak-anak kepada sekolah.


Penting dinyatakan di sini, seorang guru perlu mengawal berpuluh pelajar dalam satu masa. Kekangan masa, kerja menyebabkan kadang-kala guru terlepas pandang keadaan pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Berbalik pada bab solat tadi. Penerapan ilmu agama terutama dalam hal-hal solat ia sebenarnya perlu bermula dari rumah. Semenjak sekolah rendah lagi telah diajar asas-asas solat dan rukun-rukun Islam dan Iman. Malah program Kem Bestari Solat selalu diadakan untuk memastikan pelajar-pelajar boleh mendirikan solat. Jadi tugas ibu bapa pula memasti dan memantau anak-anak untuk mempraktikkan solat itu. Di sekolah kami hanya mampun mengarahkan mereka untuk bersolat Zohor, manakala selebihnya adalah tugas ibu bapa, sebab pada ketika itu pelajar-pelajar sepatutnya berada di rumah bersama keluarga.



P/s: ada pelajar kata"mak dan ayah saya pun tak solat" . Hah, camne tu?sendiri jawab la ya.jangan salahkan sekolah aje.