Ada beberapa perkara yang menjengkelkan hatiku sebagai seorang guru saat ini, apabila tugas kami sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar telah dinafikan haknya. Bila seorang ustazah menegur dan sedikit menyentuh pipi (seakan menampar tetapi bukan tampar ya) seorang pelajar perempuan yang TIDAK BERSOLAT, bapa pelajar bekenaan telah datang memarahi pihak sekolah kembali. Datang dalam keadaan marah-marah terhadap pengetua kerana anaknya telah 'ditampar' oleh ustazah. Marah sungguh bapa bekenaan kerana menegur anaknya tidak bersolat.
Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk...., malang sungguh seorang bapa itu, malang sungguh seorang anak itu kerana mempunyai bapa sebegitu. Tak faham ke encik yang berkenaan bahawa dalam Islam kalau anak kita berumur 10 tahun sudah meninggalkan solat kita boleh merotannya. Tak percaya ,hah..baca la hadis dah bawah.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Dunia ni memang dah nak kiamat agaknya. Tegur pelajar tak solat pun ,ibu bapa dan naik angin. Agaknya mereka solat tak di rumah, sampai hangin macam gitu. Sebab itu la cikgu sekarang pejam mata je perlakuan pelajar yang menjengkelkan hati , macam ni la,bila kami tegas sikit penjaga marahkan kami balik.
Alamak stop dulu dah 5.10 masa untuk aerobik. Jommmm!!!!
No comments:
Post a Comment