Entah kenapa pagi-pagi buta ini aku mengambil keputusan untuk menconteng-conteng di sini. Sepatutnya setelah menyiapkan kertas projek baru lah aku ingin kembali di sini, lepak-lepak sambil mengomel apa yang patut. Tapi disebabkan tidak boleh memejamkan mata kerana badanku merasa kurang selesa tatkala merebahkan diri ke atas tilam yang tidak berapa empuk ni. Huh..tak kisah la kalau tilam tu tak empuk tapi setelah berbaring tak sampai lima minit badanku mula terasa gatal. Hidungku mula tersumbat dan mataku mula terasa gatal-gatal dan pedih. Apa kesimpulannya??? Ya kesimpulannya bilik ni berhabuk yang mana aku amat alergik pada habuk dan debu. Ya ampun , ni bukan nak tunjuk aku cerewet, tak kisah langsung tidur atas lantai ke simen ke tapi jangan berhabuk alamat tergaru-garu ler.
Patutnya aku dah lama belayar ke alam mimpi. Kepenatan dari pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang mengadap netbook comel ini di dalam library fakulti hinggakan lupa makan minum merupakan faktor yang paling kukuh untuk aku meneruskan dengkuran. Huwaaa...tapi tak boleh. Pihak rumah tamu kolej ni tak suruh pekerja dia menyapu atau mengemop ke? Nasib baik bayar RM50 ringgit dan ada air cond, kalau tak lagi la aku angin.
Lama jugak aku tak mengomel dan berceloteh di sini, ada yang rindu ke? Hohoooo perasan tahap dewa betul la....mek zai ni. Banyak sangat benda yang terjadi, bermacam-macam yang terpaksa di lalui. Bukan sahaja aku sibuk dengan belajar ni, tapi masalah-masalah lain macam tsunami datang melanda. Yelah kan ni masalah hidup akan sentiasa datang pergi, datang pergi.
Kekalutan tu memang tersangat la terasanya. Apatah lagi di sekolah tengah kalut dengan kursus Sejarah yang dah jadi subjek wajib , tambah lagi beban cikgu sebab ada paper 3 nanti. Dua paper pun dah nak muntah , ni tambah satu paper lagi. Kalut dengan pentaksiran berasaskan sekolah ni untuk budak2 form 1 yang tak akan jumpa dah dengan PMR, so ada la format lain pulak.
Mak aii dah hampir pukul 4 pagi ni. Esok nak berdating di library lagi. So sesiapa yang tersesat di sini, selamat la segala-galanya. Aku akan paksa mata supaya pejam. Akhir kata...Kita semua menatap BULAN yang satu. Byeeeee........