Dah lama aku tak update blog ini. Konon-kononnya blog ini tempat aku mencurahkan seribu satu macam tekanan dan bebanan. Tapi tidak jugak, bila fikiran serabut,bila macam-macam masalah timbul, bila banyak perkara yang perlu diselesaikan aku sebenarnya lebih suka mengasingkan diri. AKu lebih suka baring atas katil sambil memejamkan mata, tidak pun aku termenung.
Hidup ini adalah himpunan-himpunan masalah. Sudah ditakdirkan perjalanan hidup kita ini akan begini, begitu, macam gini , macam gitu dan sebagainya. Namun untuk menyalahkan takdir atas apa sahaja yang berlaku adalah tidak baik. Jika diikutkan hati dan perasaan rasanya mahu menangis dan menjerit sahaja. Namun mujurlah juga kita semua sudah diajar bahawa segala dugaan , masalah semuanya ujian dari Allah.
Cemburu, siapa yang tidak cemburu bila melihat ada rakan-rakan atau orang sekeliling yang begitu lancar perjalanan hidupnya. Tidak pening kepala memikirkan itu, ini. Kalaupun ada masalah sekurang-kurangnya ada yang mempunyai vitamin M (heheh money..duit ler). Duit ni bila difikirkan boleh menyelesaikan banyak masalah, berbanding orang yang tak berduit macam aku ni. Opps !!! tak baik, duit ada cuma cukup-cukup sahaja untuk keperluan keluarga, mak dan adik-adik.
Bila dalam keadaan begini ,keadaan kecelaruan dan kekusutan ini sebenarnya makin mendekatkan diri kita dengan Allah. Lumrah manusiakan, bila susah barulah berdoa panjang mengadu kepada DIA. Bila senang sekejap je duduk atas sejadah tu, baca doa pun ringkas-ringkas aje.
Sebelum aku merepek dan meraban baik aku stop.