Baru selesai key in data dalam IQ-PSS. Baru je nak print baru perasan nama pengetua tak update. Masa tengah key in tadi, tak ada la pulak nampak ruangan nama pengetua. Esok terpaksa la ke PKG nak betulkan balik nama pengetua tu, nanti tak pasal-pasal ada yang kena nanti. Tu la kan , suka sangat buat kerja last minute. 30 Julai kena hantar, 29 Julai aku baru terkial buat benda ni. Macam-macam hal la sekarang, semua benda online. Kalau line internet kat sekolah tu laju macam jet pejuang tak pe la jugak, ni slow macam kereta lembu zaman Pak Kaduk. Apa sekalipun dah lega sebab dah majukan IQ-PSS tu ke PKG.
Lepas ni nak pulun markah kerja kursus budak-budak tingkatan 3 ni. Ada satu lagi kelas yang belum siap markahnya. Maklumlah kelas zombie kg pisang, cikgu nak menanda pun kena tunggu mood yang betul-betul baik. Tapi malam ni bukan kes mood baik atau tak, tapi seperti biasa markah dah kena submit pada SU Peperiksaan PMR akhir bulan ni. Seperti biasa memang aku suka sangat last minute. Bila last minute otak aku laju jer , mata pun tak mengantuk, jari pun pantas je menaip. Apa-apa la ya asalkan kerja siap dan tak menyusahkan orang lain.
U all kalau tak teror macam I jangan buat kerja last minute ya.