Agak lama tidak menulis tentang sinopsis novel. Minat membaca novel memang tidak boleh tinggal. Walaupun ada satu masa aku bertekad untuk meninggalkan tapi tak boleh. Oh kalau mak tahu pastinya kena bebel, sebab dah janji dengan dia tak nak dah baca bahan yang laro-laro ni. Apapun nak buat cam ne kan dah minat dari kecil.
Novel Jayne Ann Krentz ni aku tak beli pun, tapi diberi oleh seorang cikgu yang ingin berpindah ke daerah lain. Mungkin dia dah malas nak menyimpan jadi dia bagi aje pada aku yang ulat novel ni. Novel-novel ini kepunyaan isterinya. Hampir dua tahun menyimpannya, baru minggu lepas membelek semua novel-novel ni.. Mula-mula rasa macam tak best jer. Tapi masa tu boring punya pasal, paksa diri baca. Wah rupanya best novel ni.
Seperti biasa ini adalah novel cinta. Jalan cerita sama sahaja dengan penulis-penulis novel cinta kalau anda biasa dengan Amanda Quick, Julie Garwood, dan banyak lagi, aku pun lupa penulis tu. Kalau watak lelaki tu heronya macam biasa la, handsome, bergaya, nampak ala-ala sombong, kaya, penuh dengan tarikan dan bla...bla...bla..Manakala watak heroin memang la digambarkan cantik, menggoda, menawan dan macam-macam la lagi.
Dalam novel ini, heronya bernama Oliver Rain dan heroinnya Annie Lyncroft. Si Annie ni nak menyelamatkan syarikat adiknya yang bernama Daniel (yang hilang ) jadi meminta Oliver mengahwininya. Perkahwinan tu macam kahwin kontrak la sebab perjanjian yang dibuat bila Daniel kembali mereka akan bercerai .Si Oliver ni seorang businessman yang terkenal dan berjaya di Seattle. Lagipun Oliver ni merupakan rakan yang agak baik dengan Daniel. Jadi nak mendapatkan kepercayaan pemegang saham Annie perlu berkahwin dengan Oliver kerana dia tidak berapa mahir untuk menguruskan syarikat besar Daniel.
Pengakhirannya korang semua pun tahu, si Daniel kembali semula tapi hero dan heroin tak jadi nak bercerai sebab akhirnya jatuh cinta. So jalan cerita biasa je kan. Cuma cara Jayne Ann Krentz mengolah ayat, menggambarkan situasi, suasana, perasaan , mood watak-watak tu menyebabkan sebagai pembaca nak menyelak helai demi helai, walaupun tahu dah ending macam mana.
Novel ni aku habiskan dalam masa dua hari. Kira cepat la sebab ia novel Inggeris kan. Paling tidak aku mengambil masa dua minggu dan berbulan. Wah panjang lebarnya cerita. Gitu la gayanya kan (ambil ayat Nia).