Wednesday, February 22, 2012

Ulasan Jurnal Bahasa Inggeris

Paper ini diambil semasa semester pertama  (2010) ,Pendidikan Sejarah di Malaysia.  Apabila diminta oleh prof ini untuk mengulas jurnal dalam bahasa Melayu ia tidak menjadi masalah, tetapi kami diarahkan mengulas sepuluh jurnal Bahasa Inggeris. Apa yang menyebabkan kami begitu cuak apabila arahan itu dibuat apabila kami ingin memulakan cuti semester. Bayangkan setelah kami menghantar segala assingments tiba-tiba terima mesej supaya kami menyiapkan ulasan 10 jurnal Bahasa Inggeris dan masa diberi hanya seminggu. Apa lagi 'menangis tak berlagu' la masa tu. Bersekang mata menyiapkan. Jadi ini la hasil-hasilnya ulasan  jurnal-jurnal Bahasa Inggeris itu. Mungkin banyak kesalahan tatabahasa di sini, sebab dibuat dalam keadaan yang masanya agak singkat .



ULASAN JURNAL 1
Tajuk : Apakah yang dimaksudkan dengan  ‘Guru yang baik’?:  Pandangan pelajar –pelajar lelaki
(What is a ‘Good Teacher’?: The View of Boys)
Penulis: Malcom Slade
Sumber: International Education Journal Vol 2, No.4, 2001
Pengenalan
            Pelajar-pelajar lelaki dikatakan sering mempunyai masalah dalam pelajaran , seperti tidak menunjukkan minat untuk belajar, kurang memberikan tumpuan , suka bermain-main di dalam kelas,  dan sebagainya.  Sebenarnya banyak  faktor yang menjadi penyumbang  kelemahan  pelajar-pelajar lelaki  dalam akademik dan ini disedari oleh mereka.  Namun begitu pelajar-pelajar lelaki ini juga turut berpendapat bahawa punca kelemahan mereka dalam pelajaran juga disebabkan oleh kekurangan ‘guru yang baik’.
Tujuan Kajian
Jadi tujuan  kajian ini adalah ingin mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan ‘guru yang baik’ berdasarkan perspektif pelajar-pelajar lelaki.
Methodologi
            Merupakan kajian kualitatif .Kaedah kajian yang digunakan ialah temubual dan perbincangan yang diambil daripada  1800 pelajar-pelajar lelaki yang berumur dari 9-11 tahun daripada 60 buah sekolah-sekolah di selatan Australia.
            Dalam kumpulan seramai 10 orang pelajar-pelajar lelaki ini mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan secara terbuka selama 90 minit.  Dua kumpulan untuk setiap sekolah yang terlibat dipilih secara rawak.  Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki yang berumur 9-11 tahun.  Manakala kumpulan pelajar yang ketiga terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dari kumpulan ‘berisiko’.
            Responden-responden ini diminta untuk meluahkan pengalama dan berbincang tentang masalah-masalah yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajaran mereka dan yang menyebabkan mereka tidak bersedia untuk ke sekolah.  Faktor-faktor atau masalah-masaah tersebut dirumuskan  dan dibincangkan dalam 90 minit yang kedua.  Bagi memastikan hasil rumusan atau dapatan itu sah, pelajar-pelajar lelaki ini diminta membuat ulasan secara kritikal dan melakukan perubahan sekira perlu terhadap apa yang telah dibincangkan.



Hasil dapatan
            Hasil daripada pandangan dan perbincangan bersama pelajar-pelajar lelaki tersebut  adalah jelas dan seragam di seluruh sekolah , tahap tahun dan tahap pencapaian. Perbezaan dari sudut pandangan pelajar-pelajar lelaki itu adalah kecil.  Apa yang diluahkan oleh mereka adalah seragam iaitu tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah dan mereka tidak memfokuskan kepada isu-isu lain.
            Hasil daripada perbincangan tersebut maka, pada pandangan pelajar-pelajar lelaki ini ‘guru yang baik’ ialah:-
(i)                 Guru yang baik mampu membuat perbezaan.
(ii)               Guru yang baik boleh melakukan perubahan.
(iii)             Guru yang baik sanggup menanggung risiko
(iv)             Guru yang baik sama ada lelaki atau perempuan
(v)               Guru yang baik sama ada tua atau muda
(vi)             Guru yang baik adalah orang yang baik.
            Hasil daripada perbincangan tersebut maka dapat dirumuskan ciri-ciri  ‘guru yang baik’ dari perspektif pelajar-pelajar lelaki ialah:-
·         Merupakan pendengar yang baik.
·         Melayan pelajar seperti rakan.
·         Menunjukkan rasa hormat kepada pelajar.
·         Mampu melayan pelajar seperti orang dewasa .
·         Santai dan enjoy.
·         Boleh ketawa.
·         Fleksibel, tetapi tegas dan konsisten
·         Jelas tentang tugasnya.
·         Mempunyai perancangan.
·         Menjelaskan setiap penilaian yang dibuat.
·         Menjadikan sesi di dalam kelas menarik dan kreatif untuk mengambil perhatian pelajar.
·         Member respon kepada setiap soalan pelajar-pelajar lelaki dan jangan membuatkan mereka tertunggu-tunggu hingga menyebabkan mereka membuat bising.
·         Membenaran pelajar bercakap dan  bergerak di dalam kelas.
·         Membenarkan pelajar pergi ke tandas apabila perlu dan bila-bila masa.
·         Tidak memilih pelajar-pelajar yang cemerlang sahaja
·         Tidak bergosip tentang pelajar di dalam bilik guru.
·         Tidak memalukan pelajar di hadapan kelas.
·         Jangan menjatuhkan semangat pelajar dengan mengatakan mereka patut berhenti sekolah dan bukan pelajar yang baik.
·         Jangan melabelkan pelajar berdasarkan perangai.
·         Memberi peluang kepada pelajar untuk berubah.
Kesimpulan yang dibuat oleh pelajar-pelajar lelaki ini ialah mereka mahu diberi kebebasan   untuk memilih guru yang sepatutnya mengajar mereka.  Pada pandangan pelajar-pelajar ini lagi mereka merupakan ‘pengguna’ dan mereka percaya ‘pengguna’ berhak mendapat yang terbaik.






ULASAN JURNAL 2
Tajuk : Pengaruh pendidikan guru terhadap keyakinan guru tentang tujuan pendidikan, peranan dan amalan.
(The Influence of teacher education on teachers’ beliefs about purposes of education, roles and practice.)
Penulis: Maria Teressa Tatto, Michigan University.
Sumber: Journal of Teacher Education- January-Februray 1998, Vol.49, No.1

Pengenalan
Pengaruh teori sosial konstruktivisme terhadap pendidikan guru member fokus kepada perubahan dalam kognisi guru dan proses berfikir dengan mencipta corak pengajaran mereka sendiri.  Namun begitu pendidik konstruktivisme bersetuju perubahan dalam pendidikan atau latihan guru memerlukan kajian yang mendalam terutama tentang teori dan amalan pengajaran.  Ini adalah perlu bagi pelajar memahami perkembangan konseptual da pandangan kritis tentang pendidikan.
            Pendidikan guru konstruktivisme memerlukan proses belajar yang mendorong kepada refleksi, dialog, berfikir secara kritis, memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam konteks dan komuniti pembelajaran.
Tujuan Kajian
Dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui tentang kepercayaan pendidik guru dan pelajar yang berada dlam program pendidikan guru tentang tujuan pendidikan, peranan guru sebagai professional dan amalan mengajar serta sejauhmana program atau latihan perguruan dapat membentuk keyakinan.  Berikut merupakan soalan-soalan yang boleh dijadikan panduan dalam kajian ini:-
(i)                 Sejauhmana guru berkongsi tentang tujuan pendidikan, peranan guru dan amalan mengajar?
(ii)               Sejauhmana pelajar kursus pendidikan  guru memahami tentang tujuan pendidikan, peranan guru dan amalan mengajar?
(iii)             Sejauhmana pelajar kursus pendidikan guru memahami dasar-dasar yang ingin dicapai oleh pihak fakulti pendidikan?
Hipotesis
Hipotesis utama dalam kajian ini ialah pendidikan yang berasaskan konstrktivisme lebih menekankan kepada pembelajaran akif daripada pelajar yang boleh member pengaruh kepada pelajar berbanding kaedah konvensional. Pendidikan guru bercorak konstruktivisme boleh membantu guru untuk mengembangkan falsafah bersama, pandangan dan pemahaman berbanding pendekatan konvensional.
Methodologi
Pengkaji mendapatkan data daripada Teacher Education and Learning To Teach (TELT).  Penyelidikan TELT mengkaji tentang hubungan antara pendidikan guru dan perubahan dalam pengetahuan, kemahiran dan kedudukan.
            Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada data soal selidik.  Pengkaji menggunakan temubual dan pemerhatian data daripada NCRTE untuk melakukan triangulasi penemuan. Pelajar-pelajar dalam kursus pendidikan ini menunjukkan sejauhmana persetujuan atau tidak bersetuju dengan setiap soalan; manakala fakulti menunjukkan bagaimana mereka ingin  lulusan dari program-program mereka dapat memberikan kesan.
            Sebuah titik 7 Skala Likert dengan 7 set soalan digunakan kepada pelajar dan fakulti. Program dalam kajian ini mewakili perbezaan-pendekatan atau semasa dalam pendidikan guru di Amerika Syarikat.  Data diambil daripada 9 program pendidikan guru iaitu 5 program dalam perkhidmatan, 1 dalam induksi, 1 menggunakan kaedah lain dan 2 dalam perkhidmatan.
            Soal selidik digunakan terhadap 113 fakulti, 552 guru yang sedang dalam mengikuti  program pendidikan, 265 guru dalam perkhidmatan.  Ciri-ciri kumpulan ini didapati mempunyai persamaan kerana tiada perbezaan signifikan yang ditemui 10 daripada 12 pembolehubah yang dianalisis berdasarkan latar belakang.
Hasil dapatan
Hasil dapatan menunjukkan terdapat dua cabaran dalam pendidikan guru dan reformis.  Pertama kurangnya norma-norma professional dalam program pendidikan guru dalam aspek tujuan pendidikan, pengetahuan disiplin dan amalan mengajar yang dikatakan mempunyai konflik .  Arus reformasi pendididkan menyarankan perlu diadakan satu pembangunan yang standard dalam penilaian, untuk pengajaran mata pelajaran berbeza dan untuk pengesahan atau pentauliahan guru. Tiadanya keselarasan dalam program pendidikan dan amalan menyebabkan ia boleh menjadi factor menyebabkan kegagalan di sekolah.
            Tiadanya kesepakatan atau kerjasama antara guru pendidik dan guru dalam hala tuju pendidikan menyebab sukar untuk melakukan perubahan dalam pendidikan guru.  Guru juga disarankan memainkan peranan dalam  membuat perancangan dan keputusan untuk menambah baik aspek-aspek dalam bidang pendidikan. Keadaan ini dikatakan satu cabaran yang besar buat guru-guru untuk membangunkan satu kefahaman tentang hala tuju bagi meningkatkan pencapaian sekolah.
            Cabaran yang kedua ialah adalah terdapat program-program tertentu dalam latihan pendidikan guru telah mempengaruhi pandangan bakal-baka guru ini. Ini menunjukkan bakal-bakal guru ini terpengaruh dalam sesetengah keadaan.  Ini perlu difikirkan oleh para pendidik dan pembuat dasar sama ada perlu memasukkan elemen ini bagi meningkatkan kualiti pengajaran.







ULASAN JURNAL 3
Tajuk: Persepi Guru-guru terhadap aktivit pembelajaran professional.
( Teacher’s perception of their professional learning activities)
Penulis: Shirley M.Yates, Flinders University
Sumber: International Education Journal, 2007, 8(2), 213-221

Pengenalan
Pembaharuan dalam profesion perguruan dan peningkatan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran merupakan satu agenda penting di setiap negara.  Guru-guru masa kini berhdapan dengan satu keperluan untuk meningkatkan diri untuk melakukan perubahan.  Apatah lagi dengan perkembangan pesat bidang teknologi dan pada masa yang sama guru-guru juga berhadapan dengan masalah bilangan pelajar yang ramai di dalam satu-satu kelas.  Di Australia misalnya mempunyai ramai guru-guru senior  dan Menteri Pelajarannya berpendapat guru-guru senior yang berpengalaman dan berkeyakinan dalam pengajaran, perlu melakukan pembaharuan terutama untuk mengemaskini dari aspek kurikulum dan pedagogi mereka.

Prinsip Pembangunan Professional Guru yang berkesan (Principles of effective teacher professional development (CERI, 1998)
  1. Pengalaman, guru-guru teribat berperanan untuk menjelaskan tentang pembelajaran dan pembangunan pendidikan.
  2. Galakan peserta, berdasarkan pada penyelidikan, refleksi dan ujikaji.
  3. Bekerjasama, interaksi yang melibatkan perkongsi pengetahuan.
  4. Perkaitan antara tugas guru dengan pelajar dan penyelesaian masalah secara kolektif berdasarkan masalah-masalah tertentu dalam pengajaran.
  5. Sokongan dari segi pemodelan, pembinaan dan penyelesaian masalah secara kolektif.
  6. Perkaitan dan integrasi dengan perubahan sekolah secara menyeluruh.
  7. Berterusan dan intensif.


Tujuan Kajian
Kajian ini ingin mengenalpasti persepsi guru-guru di sekolah rendah dan menengah tentang aktiviti pembelajaran professional yang dilakukan melalui tinjauan berdasarkan lima daripada tujuh prinsip-prinsip yang terdapat dalam CERI (Centre for Educational Research and Innovation ).
Methodologi
Kajian ini menggunakan 395 orang guru yang telah menamatkan akiviti pembelajaran professional di antara bulan Julai 2003 dan April 2004.  Umur guru-guru ini ialah di antara 22 hingga 63 tahun dengan umur pertengahan 46 tahun.
            Seramai 192 orang guru-guru  tersebut mengajar di sekolah rendah , 200 mengajar di sekolah menengah, manakala 3 orang lagi tidak menyatakan jenis sekolah . Manakala dari segi jantinanya pula, 142 adalah lelaki , 227 perempuan dan 26 guru tidak menyatakan jantina.  Terdapat 93 orang guru yang mengikuti aktiviti berasaskan kurikulum iaitu 243 topik yang berasaskan aktiviti. Manakala 60 orang guru mengikuti program ICT berasaskan pembangunan profesionalisme.  Secara keseluruhannya 232 guru-guru menghadiri seminar , 79 orang menghadiri bengkel dan konferens , manakala 84 orang menghadiri kursus.
            Tinjauan yang dilakukan mengandungi 21 pernyataan mengenai pembelajaran professional yang diambil berdasarkan lima prinsip-prinsip yang terdapat di dalam  CERI.  Kesemua guru-guru yang terlibat perlu menjawab soal selidik tersebut setelah menamatkan program pembelajaran professional yang telah mereka ikuti.

Hasil Dapatan
  • Tidak ada pertalian yang signifikan di antara jantina.
  • Tidak ada perbezaan di antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.
  • Guru-guru yang mengikuti program pembelajaran professional dalam jangka masa yang lama mempunyai peningkatan dalam pembelajaran profesionalnya.
  • Guru-guru yang mengikuti program pembelajaran professional juga didapati dapat meningkatkan kualiti pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar.
  • Kajian ini juga mendapati, semakin lama guru-guru itu mengikuti program pembelejaran professional maka mereka dapat melaksanakan pembaharuan dan perubahan ketika pengajaran mereka di dalam kelas. Malah guru-guru juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui program tersebut.
  • Berdasarkan kajian ini juga guru-guru tersebut dapat melakukan perubahan dari segi pedagogi dan secara tidak langsung boleh memperbaiki pencapaian pelajar.
  • Daripada kajian ini juga didapati guru-guru yang mengikuti program pembelajaran professional ini dapat meningkatkan keyakinan diri.








Ulasan Jurnal 4
Tajuk: Akauntabiliti guru dan sekolah: pendekatan nilai tambah.
(Accountability of teachers and school: A value – added approach)
Penulis, I Gusti Ngurah Darmawan, University of Adelaide
Sumber: International Education Journal, 2006, 7(2), 174-188

Pengenalan
Pada masa kini telah wujud tuntutan-tuntutan berkaitan dengan akauntabiliti guru dan sekolah.  Bagi mendapatkan satu perbandingan yang adil di antara sekolah.  Justeru itu disarankan segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku di sekolah perlu diperbaiki.  Ada pendapat menyatakan bahawa prestasi murid dipengaruhi oleh tiga faktor umum iaitu: latar belakang pelajar, bilik darjah dan kandungan sekolah dan polisi serta amalan sekolah.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauhmana kesan tiga faktor ini ke atas pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains.
Methodologi
Data kajian ini diambil daripada 1,984 pelajar-pelajar junior sekolah menengah dari 71 buah kelas di 15 buah sekolah di Canberra, Australia. Daripada 15 buah sekolah ini, 9 daripadanya ialah sekolah kerajaan, 4 dari sekolah katolik dan 2 buah sekolah persendirian bebas. Sembilan daripada sekolah ini menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Manakala enam sekolah hanya mempunyai satu jantina pelajar (3 buah sekolah pelajar lelaki, dan 3 buah sekolah pelajar perempuan).  Manakalan 10 daripada 15 buah sekolah menjalankan dasar menempatkan pelajar yang berprestasi tinggi di kelas yang lebih besar.


Hasil dapatan
  1. Daripada analisis kajian ini menunjukkan bahawa tindakan psikologi sosial seperti status ekonomi, aspirasi pendidikan  mempengaruhi sikap peajar terhadap belajar Sains.  Sekitar 32% daripada varians antara pelajar dalam kelas tidak dapat dijelaskan.  Ini menunjukkan bahawa ada fakor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar.
  2. Manakala di peringkat kelas pula, sekitar 8% daripada jumlah keseluruhan variasi kelas atau hanya 1.7% dari jumlah keseluruhan varians tidak dapat dijelaskan dengan tahap keseluruhan pencapaian kelas rata-rata mempunyai kesan signifikan.
  3. Selain daripada itu, saiz-saiz kelas mempunyai kesan positif pada peringkat prestasi pelajaran iaitu pelajar dari kelas yang lebih besar pencapaiannya lebih baik daripada pelajar di kelas-kelas kecil. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan corak pentadbiran sekolah yang meletakkan guru-guru yang terbaik di kelas-kelas pelajar yang berprestasi tinggi di kelas-kelas yang lebih besar.
  4. Kajian ini juga mendapati bahawa status pekerjaan bapa boleh mempengaruhi prestasi pelajar.  Pelajar  yang mempunyai bapa berstatus pekerjaan tinggi mempunyai  prestasi yang lebih baik di dalam kelas.
  5. Hasil kajian juga mendapati bahawa jenis sekolah tidak memberi pengaruh kepada prestasi pelajar. Sekolah yang mempunyai kedua-dua jenis jantina  dengan sekolah yang hanya ada satu jantina tidak ada perbezaan dari segi prestasi pelajaran sains.
  6. Dua penemuan penting dalam kajian ini iaitu yang pertama, tahap kelas mempunyai varians yang besar. Oleh kerana itu dalam menyemak nilai tambah di sekolah-sekolah tahap kelas tidak boleh diabaikan.




ULASAN 5
Tajuk: Perbandingan merentas budaya pemahaman tentang pemahaman mahasiswa mengenai latihan mengajar.
(A cross-cultural comparison of students concern in the teaching practicum)
Penulis: Rosalind Murray-Harvey, Halia Silins, Judith Saebel, School of Education, Flinders University of South Australia
Sumber: International Education Journal Vol1, No1, 1999

Pengenalan
Pelajar-pelajar yang menjalani latihan mengajar atau praktikum dikatakan mengalami tekanan (stress).  Justeru itu adalah perlu member kefahaman kepada bakal-bakal guru ini akan faedah-faedah yang boleh diperoleh daripada latihan mengajar ini.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ingin melihat perkaitan atau perbandingan merentas dua budaya antara pelajar-pelajar perguruan Singapura dan Australia tentang tekanan yang dihadapi ketika latihan mengajar.

Sampel
Sampel diambil dari Singapura dan Australia.  Walaupun berbeza negara, namun didapati kedua-dua negara ini mempunyai banyak persamaan. Responden diambil daripada pelajar-pelajar program sarjana perguruan 4 tahun dan progam pra-sarjana 2 tahun. Kedua-kedua kumpulan responden ini telah selesai menjalani latihan mengajar untuk kali pertama dan telah menjawab soal selidik tentang prakikum.
            Responden terdiri daripada 397 orang pelajar perguruan dari Singapura dan 309 orang pelajar dari Australia. Di Singapura pelajar perempuan yang diambil sebagai responden melebihi pelajar lelaki yang hanya 13.6% dan 78.6% pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan. Begitu juga di Australia 26.3% responden terdiri daripada pelajar lelaki dan majority adalah pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar-pelajar di Australia juga menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah kerajaan iaitu sebanyak 90.4%. Daripada jumlah tersebut 10 daripada pelajar-pelajar tersebut di tempatkan di sekolah menengah, manakala yang selebihnya ditempatkan di sekolah-sekolah rendah. Bagi sampel dari Singapura tiada data tentang umur, manakala untuk sampel di Australia, umur pelajar-pelajar perguruan ini ialah dari 20-53 tahun.
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik yang diambil dari Survey Practicum Stress (SPS).  Namun begitu survey ini telah ditukar kepada Perceptions of Teaching atas permintaan Jawatankuasa Etika Universiti.  Soal selidik ini adalah untuk mengkaji bidang stress yang dialami oleh pelajar-pelajar perguruan tahun pertama di Singapura.  Dalam soal selidik tersebut mempunyai 29 item yang turut diberikan kepada pelajar-pelajar perguruan di Australia. Soal selidik ini terdiri daripada item-item yang berkaitan tentang tekanan (stress) semasa mereka menjalani latihan mengajar; misalnya ketika mereka menguruskan kelas, menguruskan disiplin, beban kerja, penilaian oleh penyelia, kebimbangan gagal dalam latihan mengajar. Skala Likert digunakan iaitu:- 1- Tidak pernah stress, 2- stress tetapi hanya beberapa waktu, 3- Stress untuk sebahagian besar waktu, 4-Stress sepanjang waktu.
Hasil Dapatan
Bagaimana pelajar-pelajar perguruan di Singapura dan Australia memahami konsep latihan mengajar (Praktikum)?
·         Didapati penggunaan model yang berbeza telah menyebabkan perbezaan pandangan pelajar-pelajar perguruan di Singapura dan Australia tentang peranan mereka sebagai guru.
·         Daripada hasil kajian didapati di Singapura mereka berpendapat guru hanya memainkan peranan dalam proses belajar dan untuk meningkatkan pencapaian akademik semata-mata.
·         Berbeza di Australia yang berpendapat guru juga bertanggungjawab ke atas emosi, fizikal dan mental pelajar. Ini menunjukkan system pendidikan di Australia lebih bervariasi dan guru-guru diharap menunjukkan sikap yang lebih responsif terhadap komuniti sekolah.
·         Di Australia tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi dalam masa yang sama merupakan pembantu kepada murid.  Ini berbeza di Singapura yang membezakan antara dua peranan tersebut. Mereka lebih memfokuskan akademik semata-mata.
·          

Apakah perkara-perkara yang menyebabkan pelajar-pelajar perguruan ini paling tertekan dan yang paling tidak tertekan?
·         Pelajar-pelajar perguruan di Singapura didapati mengalami tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar di Australia ketika menjalani latihan mengajar.
·         Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang kedua-dua kumpulan pelajar dari Singapura dan Australia merasa tertekan ketika menjalani latihan mengajar iaitu dari segi beban kerja, jangkaan yang tinggi ketika menjalankan tugas,dan pemerhatian dan penilaian oleh penyelia. Pelajar-pelajar Singapura didapati stress sepanjang masa dan peratus tekanan yang alami lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar Australia.
·         Manakala perkara-perkara yang tidak mengalami tekanan  oleh kedua-dua kumpulan pelajar ini ialah berkaitan dengan hubungan dan komunikasi dengan Pengetua / Naib-Pengetua,hubungan pelajar-pelajar perguruan dengan guru-guru.
·         Kesimpulannya, perkara-perkara yang amat dirasakan tekanan ketika latihan mengajar ialah berkaitan dengan persiapan dan penilaian mengajar.  Manakala perkara yang berkaitan dengan hubungan interpersonal tidak member tekanan kepada pelajar-pelajar perguruan ini.
Mengapa pelajar-pelajar perguruan di Singapura dilaporkan mempunyai tahap tekanan yang tinggi?
·         Daripada hasil kajian mendapati corak pendidikan di Singapura lebih bercorak peperiksaan merupakan penyebab kepada tekanan yang dialami oleh pelajar-pelajar perguruan ini ketika latihan mengajar.
·         Tambahan pula hubungan antara guru dengan murid, pelajar-pelajar perguruan dengan penyelia terlalu bersifat formal. Keadaan ini juga menjadi penyumbang kepada tekanan ketika latihan mengajar.
·         Keadaan ini berbeza di Australi yang mana guru berperanan sebagai pembantu.  Maka hubungan pelajar-pelajar perguruan ini denga penyelia atau murid-murid lebih mesra dan tidak berapa formal.

Ulasan Jurnal 6
Tajuk : Pengetahuan pedagogi pelajar tentang penggunaan soalan oleh guru.
(Students’ pedagogical knowledge about teachers’use of questions).

Penulis:            Tu Anh Thi Tran (School of Education, Flinders University )

Michael Lawson (School of Education, Flinders University )

Sumber: International Education Journal, 2007, 8(2), 418-432.


Pengenalan

Sebagai pelajar adalah penting mempunyai pengetahuan yang sedia ada terhadap sesuatu subjek yang ingin dipelajari.  Malah lebih dari itu pelajar juga perlu mengetahui dengan jelas tentang pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar juga harus tahu bagaimana menyelesaikan masalah dan menggunakan pengetahuan yang telah mereka pelajari itu bagi menyelesaikan masalah di tempat kerja kelak. Selain daripada itu pelajar juga perlu menguruskan masa untuk melakukan kajian bebas mereka sendiri.


Tujuan kajian
Kajian ini ingin mengkaji tiga pokok persoalan iaitu
1.      Apakah pengetahuan kaedah pedagogi yang diketahui oleh pelajar berkaitan penggunaan soalan oleh guru?
2.      Bagaimana pelajar-pelajar perguruan ini membangunkan kaedah pedagogi?
3.      Apakah pelajar-pelajar ini menggunakan kaedah pedagogi dalam rancangan mengajar mereka?

Metodologi
Responden kajian ini ialah 19 orang pelajar perguruan dari Universiti Australia yang terlibat secara sukarela dalam kajian ini.  Mereka ini terlibat dalam lima aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak pengkaji. 

            Setiap responden ditetapkan untuk mengadakan pertemuan dengan penyelidik dan mereka diminta untuk membawa contoh bahan pengajaran mereka yang akan digunakan ketika waktu pengajaran mereka di dalam kelas.  Responden juga perlu menjawab soal selidik berkenaan dengan penggunaan soalan oleh guru-guru. Mereka juga diwawancara oleh penyelidik.

Hasil dapatan

Analisis deskriptif data menunjukkan bahawa pelajar-pelajar pendidikan tidak mempunyai pengetahuan tentang ‘penggunaan soalan oleh guru’ sebagai sebahagian dari pengetahuan pedagogi mereka.  Pengetahuan tentang ‘penggunaan soalan’ melibatkan guru, kognitif, dan metakognitif pengetahuan motivasi belajar dan kegiatan belajar.
            Hasil dari kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar boleh menggunakan pengetahuan mereka tentang ‘penggunaan soalan guru’ untuk penyediaan tugasan mengjar mereka dan merancang soalan.
            Pengetahuan pelajar tentang ‘penggunaan soalan guru’ terfokus pada pengetahuan kognitif bukan pada motivasi atau pengetahuan metakognitif.  Pelajar menggunakan kognitif khususnya dalam belajar tanpa sokongan luaran.  Pelajar didapati mempunyai lebih pengetahuan kognitif berbanding pengetahuan motivasi.
            Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh jumlah dan tahap perkembangan pengetahuan diadakan pada jumlah dan tahap perkembangan pengetahuan yang digunakan berbeza antara situasi. Dengan menggunakan kesan daripada jumlah pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar pada jumlah dan tahap perkembangan pengetahuan yang digunakan, ini menunjukkan peranan penting dari jumlah pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar.


Ulasan Jurnal 7
Tajuk : Staying Longer at School and Absenteeism: Evidence from Australia Research and the Longitudinal Surveys of Australia Youth.
Penulis: Sheldon Rothman (Australian Council for Educational Research)
Sumber : International Education Journal Vol 5, No 1, 2004
Pengenalan
Jurnal ini membincangkan tentang kadar pelajar-pelajar yang menamatkan zaman persekolahan lebih awal dari yang sepatutnya di Australia.  Daripada statistic yang ditunjukkan  jumlah pelajar yang menamatkan persekolahan semakin meningkat bermula pada tahun 1967 iaitu sebanyak 22.7%. Lapan tahun berikutnya jumlah ini semakin meningkat sebanyak 31.4% pada tahu 1982. Selama 10 tahun berikutnya berlaku peningkatan sehingga 77.1% pada tahun 1992.  Manakala dalam tahun 2000-an peratusnya mencecah 72%.  Pada tahun 2002, 75.1%  pelajar-pelajar yang berada di tahun 7-12 telah menamatkan persekolahan mereka.
            Manakala dalam tempoh 1980-1990-an , golongan pelajar yang berusia antara 15-19 tahun yang bekerja sepenuh masa jumlahnya telah turun dari 32% kepada 17% pada tahun 2002.  Namun yang demikian jumlah pelajar yang bekerja separuh masa pula semakin bertambah .  Justeru itu kajian ini ingin menunjukkan adanya hubungan yang kuat antara pasaran tenaga kerja dan remaja yang menghabiskan lebih banyak masa di sekolah.  Keadaan ini menunjukkan bahawa menghabiskan lebih banyak masa di sekolah dapat mengurangkan jumlah pelajar yang bekerja sepenuh masa dan ini sekaligus dapat mengurangkan  mereka menamatkan persekolahan mereka lebih awal.
Metodologi
Kajian menggunakan kaji selidik yang dinamakan Youth in Transition (YIT). YIT merupakan satu program kaji selidik longitudinal yang dilakukan oleh Australia Council for Education Research (ACER) yang telah bermula pada tahun 1978.
            Program ini direka untuk mendapatkan sampel nasional sebanyak 6000 orang golongan muda yang lahir pada tahun 1961. Golongan tersebut  berpengalaman menjadi pelajar semasa berusia 14 tahun di Australia Studies in School Performance pada tahun 1975.
            Sampel baru ditambah pada tahun 1981, 1985, 1989. Data dikumpul daripada tiga kumpulan tahap pertama hingga pertengahan 1990-an.  Pengumpulan data dari Cohort kelahiran 1975 yang berakhir pada bulan Disember 2002. Sebuah kumpulan baru ditambah lagi pada tahun 1995 dan 1998. Jumlah sampel pada tahap ini ialah 13000 orang golongan muda
            Kepentingan kajian ialah ingin mengenalpasti peralihan golongan muda dari alam persekolahan; adakah untuk bekerja, untuk menyambung pelajaran, atau menjadi komuniti orang dewasa.

Hasil Dapatan
Siapa yang tinggal di sekolah?
Daripada dapatan kajian dapatlah dikenalpasti bahawa latar belakang keluarga mempengaruhi golongan muda ini untuk menamatkan pelajaran mereka hingga ke tahun 12. Misalnya pelajar yang berasal dari banda dan dari luar Bandar mempunyai perbezaan 10%.
Apa yang pelajar-pelajar ini belajar di sekolah?
Beberapa subjek dikatakan menjadi sebab mereka tidak berminat untuk meneruskan pelajaran. Subjek Matematik misalnya yang telah diperluaskan menjadi matematik dalam masyarakat dan matematik amalan menyebabkan pelajar mengalamai kejayaan yang terhad dalam subjek ini. Malah dengan memasukkan subjek pendidikan vokasional juga merupakan salah satu sebab mereka berhenti sekolah awal.
Pendidikan Vokasional di sekolah merupakan salah satu punca golongan muda ini menamatkan persekolahan awal.  Keadaan ini disebabkan dengan mengikuti latihan vokasional di sekolah mereka telah memperoleh kemahiran untuk bekerja dan didedahkan dengan suasana kerja. Apatah lagi mereka yang mengikuti kemahiran vokasional di sekolah ini ialah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai prestasi  rendah dalam pelajaran.
Selama 20 tahun terdapat perubahan dalam kehidupan sosial, ekonomi dan pendidikan golongan muda di Australia.  Keadaan ini telah mewujudkan masalah baru di sekolah-sekolah menengah di Australia.  Hasil daripada kajian ini juga didapati penyertaan pelajar-pelajar atau golongan muda ini dalam bidang pekerjaan semakin meningkat terutama dalam kalangan pelaja-pelajar yang ibu bapanya bekerja. Buktinya pada bulan Julai 2002, sejumlah 779500 orang remaja yang berumur 15-19 tahun telah memasuki bidang pekerjaan yang mewakili 57% daripada jumlah mereka yang bekerja.  Lebih satu pertiga daripada pelajar sekolah menengah yang berusia antara 15-19 tahun dan 30% daripadanya bekerja sepenuh masa (Australia Biro Statistik, 2002).
            Walaupun didapati peningkatan jumlah golongan muda di sekolah-sekolah menengah, namun masih terdapat satu perempat daripada golongan muda ini meninggalkan sekolah sebelum menamatkan tahun 12.  Antara alasan yang mereka berikan ialah ; untuk mendapatkan pekerjaan, mendapatkan kemahiran, ingin mendapat kebebasan dan mahu memiliki duit sendiri.


Ulasan Jurnal 8
Tajuk: Pengajaran dan pembelajaran : Pengaruh pemetaan kontekstual
(Teaching and Learning: Mapping the contextual influences)
Penulis:            Cedric Hall (Victoria University of Wellington)
Joanna Kidman (Victoria University of Wellington)

Sumber:           International Education Journal Vol 5, No 3, 2004
Jurnal ini menerangkan tentang perspektif pengajaran yang berpusatkan guru dan ada beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh guru:-
  • Seorang guru harus mengetahui tentang pelajarnya secara kolektif , sekiranya tidak secara individu.
  • Seorang guru harus mempunyai idea yang baik tentang pelajarnya, misalnya, mengapa pelajarnya berminat denga sesuatu kursus, latar belakang, dan apa yang menyebabkan pelajar bermotivasi.
  • Guru juga harus menggalakkan minat pelajar dalam sesuatu matapelajaran.  Guru harus memastika bahawa beliau telah menggunakan strategi yang paling berkesan dan membuat refleksi.
  • Kandungan pelajaran tidak boleh diabaikan.  Perlu ada konsep menghormati pengetahuan.
  • Guru juga harus menyedari pentingnya konteks dalam pembelajaran pelajar. Guru harus menerapkan tekanan melalui saluran yang tepat bagi mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan belajar.
  • Guru juga harus terlibat dengan komuniti yang lebih luas bagi meningkatkan pengajaran dan pengetahuannya.

Contoh format kajian tindakan

FORMAT KAJIAN TINDAKAN

1.      Nama sekolah (beserta alamat penuh)
2.      Nama penyelidik
3.      Tajuk kajian
4.      Isu / keprihatinan yang dikaji (fokus kajian)
5.      Refleksi masalah
6.      Objektif kajian (am dan khas)
7.      Kumpulan sasaran dan lokasi kajian
8.      Tindakan yang dicadangkan
9.      Bahan yang dicadangkan
10.  Jadual pelaksanaan kajian:- contoh:-

Bil
Aktiviti
Tarikh pelaksanaan
1.
Menulis proposal kajian
10 Feb
2.
Merancang tindakan
11 Feb
3.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
13 Feb
4.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
14 Feb
5.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
15 Feb
6.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
16 Feb
7.
Melaksanakan tindakan aktiviti 3
17 Feb
8.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3
18 Feb
9.
Melakasanakan tindakan aktiviti 4
19 Feb
10.
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
20 Feb
11.
Refleksi kajian
21 Feb
12.
Menulis laporan kajian
22 Feb



 Contoh.

Kajian Tindakan Kelas
Fakulti Pendidikan UKM
Nama
No matrik
Pendidikan sejarah
Sarjana
2011

1.      Kandungan
Pengenalan – lokasi-nama sekolah
Tujuan dan objektif kajian tindakan(objektif ), tujuan-untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran saejarah ting 4 di sekolah ….
Objektif kajian ini adalah:-menggunakan modul kaedah pengajara koperatif.
2.      Sampel kajian- sampel diambil satu kelas dr kelas sastera yg telah ditentukan oleh pihak sekolah.(buat graf  bar tentang taburan jantina).
3.      Pelaksanaan pengajaran
-          Ujian pra-konstruk-jumlah soalan-bahagian2-soalan ttg kandungan 
-          Langkah-langkah pengajaran – dr set induksi hingga penutup-yg diaplikasi pada hari pengajaran yg berlaku pada hari itu-cth;pelajar tiada dlm kelas tidak boleh mengikut RPH.
-          Ujian post-terang sama macam ujian pra-dibuat selepas pengajaran selesai-tujuan untuk menilai respon pelajar setelah pengajaran berlaku manakala ujian pra utk menilai keberkesanan guru di sekolah berkenaan.-jika ujian post meningkat keberkesanan guru pelatih
-          Dapatan kajian-kaji ujian pra dan pos(analisis antara janitina dalam bentuk peratus, min lelaki dan min perempuan, kaji kaedah sebelum dan selepas, konstruk.
4.      Masalah dan kekangan yg dihadapi oleh guru pelatih.-masalah lokasi-masalah respon (pasif) pelajar-persekataran sekolah(kelas yang sempit ramai pelajar dlm satu kelas)-alat LCD tidk berfungsi-pemberitahuan yang singkat surat kebenaran yang singkat.
5.      Tindakan mengatasi masalah-cth:pelajar pasif guna aktiviti.(tindakan di bidang pedagogi, disiplin pelajar
6.      Penutup-kepentingan kajian tindakan-dapat melihat –buat rumusan

                      Lampirkan surat kebenaran pergi sekolah., rancangan mengjar, modul, bahan pengajaran.


*****Ini merupakan catatan yang dibuat ketika dalam kelas penyelidikan dalam pendidikan Sejarah.Sebagai kenangan so aku tampal di blog ni . Nanti bila tua-tua kalau panjang umur boleh baca.