Mula-mula dengar perkataan selfie ni daripada anakanda aku la. Aku dok perhati jer budak ni dok ambil gambar sendiri sambil tersengih-sengih dan macam-macam memek muka yang dibuatnya. Mula-mula memang la rimas tengok budak ni termasuklah makcik-makciknya yang anak dara tu, Sabor jer la ...bila yang jadi mangsa adalah hand phone ku ini la.
Rupa-rupanya selfie ni memang kegilaan orang Malaysia. Huh tak cukup dengan berselfie dengan hp rupanya ada lagi penambahnya boleh selfie ramai-ramai menggunakan batang besi tu. Aku panggil batang besi jer pada mulanya. Bila dengar budak-budak di sekolah sebut monopod barulah aku tahu benda tu namanya monopod. Huwaaa...sempena Hari Guru dan Hari jadi hari tu dan kebetulan ada cikgu yang bawa monopod tu maka sakan ler kami orang berselfie dan bermonopod. Sesekali jadi muda remaja. Haha...macam best jerr...tapi tunggu monopod tu harga RM10 baru aku nak beli. Tapi sesekali macam orang sakit kepala jer tersengih menggunakan benda alah tu. Hurmmm....apa sekali pun boleh layan kegilaan budak-budak ni sekali sekala kan.....