Tuesday, July 31, 2012

Tiga Hari Pertama Kematian

Apa yang orang hidup perlu buat semasa 3 hari pertama kematian : tak perlu buat kenduri 3 hari 3 malam sebab kalau bukan ahli keluarga yang doakan dan baca Yassin hanya secawan sahaja pahala yang sampai untuk arwah berbanding kalau ahli keluarga yang buat…100% akan dapat pahala kepada arwah. Kita perlu buat juga wasiat berikut ini untuk anak2 kita dan kaum keluarga kita sekiranya kita meninggal dunia. Kerana simati sebenarnya merayu meminta tolong pada kita…..kita yang tak mendengarnya….

1) Pada malam pertama kematian…buat Solat Sunat Hadiah …niatnya..’Sahaja aku solat sunat hadiah 2 rakaat untuk (sebut nama simati) kerana Allah taala.

Pada rakaat pertama baca al Fatihah serta suratul Qursi, At Takasur dan Ak Ikhlas 3X.

Pada rakaat kedua baca sama seperti rakaat pertama.

Fadilatnya simati tidak akan kena azab kubur pada malam pertama dan akan tidur seperti pengantin kerana azab kubur pada malam pertama adalah menakutkan kerana simati akan dihimpit oleh kubur dari kiri kanan atas dan bawah oleh bumi.

Selesai solat bacakan suratul Ikhas sebanyak mungkin setiap ahli keluarga yang hidup.

2) Pada malam ke 2 pula baca kan Yassin dan hadiahkan untuk simati. Fadilatnya insyaAllah akan terlepas azab dari terpecahnya tulang belulang.

3) Pada malam ke 3 bacakan Yassin dan hadiahkan buat simati kerana pada malam ini dapat mengelakkan pasir yang akan mula masuk ke hidung mayat.

Roh akan berada dalam rumah selama 1 bulan….hendaklah kita membaca ayat2 suci Al-quran dan sedekah kan pada simati tiap2 malam selepas 3 malam pertama diatas… seperti surah Al-Mulk dll lagi.

Moga ada manfaatnya.

Mangkuk hayun

Kalau nak cerita kerenah pelajar memang tak pernah habis. Kalau boleh dibukukan mahu beribu-ribu jilid. Dari hal sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya macam-macam kerenah pelajar  ni.  Menjadi guru ni kemungkinan untuk mendapat penyakit darah tinggi amatlah mudah dan terbuka luas, seluas-luasnya.  Setiap hari berjumpa hampir seratus orang pelajar yang mempunyai bermacam perangai.  Kadang-kadang aku fikir kalau kerja ternak kambing , lembu, ayam itik lagi bagus dari mengajar budak-budak ni.  

Tahun ni aku tak mengajar kelas Zaaba yang ala-ala zombie kg pisang tu, tapi masih juga mengajar kelas yang hampir serumpun dengan Zaaba ni cuma baik SIKIT je mungkin penambahan peratus baik tu dalam 0.5%. Ditakdirkan tahun ni aku bertemu dengan kelas 4IH. Kus semangat budak-budak ni aku dah jumpa masa di tingkatan 3 dan ada beberapa orang yang memang boleh menyebabkan darah aku mendidih dan boleh meletup seperti larva gunung berapi. 


Cikgu pun manusia jugak. Kadang-kadang jiwa cikgu bukan harmoni sangat. Nak-nak kalau dah masuk ke kelas yang waktunya arah ke tengahari dan petang yang masa tu badan dan otak dah penat sangat. Minggu lepas aku memang hilang sabar dengan budak sorang ni. Memang terlepas la perkataan Bang*** pada budak ni. Sapa la tak hilang sabar, aku rasa kalau orang utan dalam zoo tengok perangai budak ni pun mahu dikeronyok kepala dia walaupun orang utan tu tak berakal. 

Masuk ke kelas tu seperti biasa mood aku dalam keadaan baik. Tapi mood aku dah mula macam oven yang baru nak dipanaskan bila soalan esei tak disiapkan.  Ingatkan masuk nak bincang dan nak ajar tajuk baru. Tapi mangkuk-mangkuk tingkat dalam kelas tu tak siap. Oh dalam hati aku sabarkan hati, arahkan mangkuk-mangkuk bertingkat tu siapkan soalan esei tu. Kat situ ada la aku membebel sikit, biasa la dah tak siap kerja, takkan cikgu nak cakap "ok pelajar-pelajar tak siap kerja rumah tak per, siap la bila ada masa" . Huh korang ingat kalau aku cakap macam tu alamat goyang kaki la mangkuk-mangkuk tu sampai SPM. 

Semua mengikut arahan aku dalam keadaan senyap macam sedar je diri tu bersalah sebab tak siapkan kerja. Cuma ada sorang mangkuk hayun ni aku perhati je dia buat tak tahu jer, dia bercakap pot pet pot pet walaupun volume suara tu tak kuat sedangkan orang lain semua sibuk mencari jawapan untuk soalan esei tu. Aku tunggu dan perhati dia buat derk je. Aku round kat meja dia (dah macam tawaf pulak rasanya) pun dia buat tak faham. Oh silap orang la mamat ni. Ko ingat cikgu ko kat depan ni robot , ko ingat arahan cikgu ko ni arahan pada anak-anak itik ayam suruh masuk reban. 

Lepas setengah jam , darah aku dah mendidih. Aku hampiri meja dia " apasal kamu tak buat soalan esei?" aku tanya dia dalam keadaan suara aku pun dah mula meninggi. Amboi jawapan dia sadis betul "mana saya tahu sapa buat soalan esei, saya dah siapkan bahagian saya, esei tu orang lain kena buat". Oh banyak cikadak ko punya jawapan,. Aikk ko tak perlu jawab ke soalan esei tu, nanti masa exam ko dikecualikan ke menjawabnya. Yang aku panas tu dia menjawab balik, dengan mata dan mukanya macam nak telan aku. EEEE...bencinya masa tu, aku rasa nak makan je budak tu hidup-hidup. Sebab tu la kena Bang*** ngan aku.

Entah la apa nak jadi. Aku pun semakin hari macam meluat jer tengok budak-budak yang macam ni. Cuma buat tak nampak jer atau tak dengar jer. Tapi kalau hilang sabar gitu ler jadinya. Dah la tension pulak aku mengenangkan budak cikadak sorang tu.

Sunday, July 29, 2012

Kerja yang tak habis

Baru selesai key in data dalam IQ-PSS.  Baru je nak print baru perasan nama pengetua tak update. Masa tengah key in tadi, tak ada la pulak nampak ruangan nama pengetua. Esok terpaksa la ke PKG nak betulkan balik nama pengetua tu, nanti tak pasal-pasal ada yang kena nanti. Tu la kan , suka sangat buat kerja last minute. 30 Julai kena hantar, 29 Julai aku baru terkial buat benda ni. Macam-macam hal la sekarang, semua benda online. Kalau line internet kat sekolah tu laju macam jet pejuang tak pe la jugak, ni slow macam kereta lembu zaman Pak Kaduk.  Apa sekalipun dah lega sebab dah majukan IQ-PSS tu ke PKG.

Lepas ni nak pulun markah kerja kursus budak-budak tingkatan 3 ni. Ada satu lagi kelas yang belum siap markahnya. Maklumlah kelas zombie kg pisang, cikgu nak menanda pun kena tunggu mood yang betul-betul baik. Tapi malam ni bukan kes mood baik atau tak, tapi seperti biasa markah dah kena submit pada SU Peperiksaan PMR akhir bulan ni. Seperti biasa memang aku suka sangat last minute.  Bila last minute otak aku laju jer , mata pun tak mengantuk, jari pun pantas je menaip. Apa-apa la ya asalkan kerja siap dan tak menyusahkan orang lain.

U all kalau tak teror macam I jangan buat kerja last minute ya.

Ikan Patin

Ikan patin salai masak lemak cili api
Pais Patin Tempoyak

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdullillah kita diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat.  Semoga kita dapat meningkatkan amalan dan ibadah kepada Allah.  Agak lama tidak mengupdate blog ini, bukan kerana kekangan masa tetapi kerana kesihatan tidak begitu mengizinkan.

Salam Ramadhan kepada semua pengunjung.  Jangan membazir ketika berpuasa , bersederhanalah kerana masih ramai lagi saudara kita di luar sana yang terpaksa berlapar dan mengalami kebuluran.  Kikiskan dari minda kita semua yang Ramadhan bukanlah bulan pesta makan kerana sehari kita menahan lapar dan dahaga. Apa yang penting Ramadhan menuntut kita lebih bermuhasabah diri. 


Ketika makan ingatlah ya kepada orang-orang yang kelaparan terutama anak-anak kecil. Bersyukur dengan segala nikmat dan kemewahan yang kita kecapi.