Hari ni memang amat penat. Dari pagi berhempas -pulas menyiapkan bahan-bahan untuk mesyuarat AJK PSS. Ditambah lagi, terpaksa menguruskan jualan akhbar sebanyak 30 naskah. Huh, mujur habis jual kesemuanya. Terkejar-kejar ke kelas lagi. Namun sedikit lega di kepala ini bila dapat menyelesaikan bab 2 dengan pelajar-pelajar 3IK itu. Lepas ni kena prepare soalan ujian untuk tingkatan 3 dan 4 pula.
Mesyuarat tadi pun selesai hampir pukul 4 ptg. Balik rumah , badan dah penat tahap kritikal. Bila tengok kain yang berlambak, lagi la kritikal tahap ICU. Akhirnya dalam kepenatan itu, mengagahkan juga diri untuk melipat kesemua kain-kain itu. Yess...kain dah berlipat.
Cumanya aku dok membelek-belek assingment ni, tapi masih belum ada 'jiwa' untuk membuatnya. Mungkin aku rasa dah tepu kot sebab dua hari dok mengadap assingment tu aje. Apa sekalipun kena siapkan jugak. Esok aku kena pulun siapkan. Assingment teori masih belum berusik lagi. Aduh..aduh..dah la aku yang volunteer nak present dulu. Bila dalam keadaan kritikal penat dan tepu macam ni , aku nak sangat menyambung belajar secara sepenuh masa. Semoga permohonan itu berjaya. You all tolong doakan sekali ya (hehe..ada ke yg baca nih..)
Tahun ni asyik cerita penat je...macam la orang lain tak penatkan....