|
Rumah Dato' Bahaman - pelajar perempuan dengan tanduk..hehe kreatif cikgu-cikgunya. |
Taraaaa...! berjumpa semula. Begitu lama menyepikan diri. Entah kenapa tahun ni, imunisasi badanku semakin lemah agaknya. Asyik tak sihat, sakit kepala, lesu dan pelbagai masalah lagi. Tapi yang sebenarnya diriku ini kepenatan berkejar-kejaran dengan kerja, assingments, kuliah dan macam-macam lagi. Hari ini baru ada mood untuk mencatat segala yang telah ditinggalkan. Ok kita mula dengan sukan sekolah kali ke-10 dulu. Disebabkan masih lagi jadi tukang ambil gambar jadi , ambil gambar je la kerjanya. Tahun ni baju guru-guru perempuan tak adalah 'pink colour' seperti tahun lepas. Baju kami kali ini lebih kepada muslimah style. Menarik juga tahun ini perarakan rumah lebih meriah dan berwarna-warni serta kreatif. Mari kita layan gambar hari sukan SMKTJ pada 17.02.2011. Layannnnnn.........................
|
Rumah Dato' Bahaman - pelajar lelaki dengan rambut alfro
|
|
Rumah Tok Gajah
Rumah Orang Kaya Haji merupakan johan perarakan rumah sukan.
Memang kreatif dan menarik.
Maskot Rumah Orang Kaya Haji
Maskot Rumah Tok Gajah!
Hehe..maskot rumah Dato' Bahaman. Macam tak kena je kan...doraemon.
guru-guru yang berdedikasi!
Setiap tahun begini la padang kami. Tak ada rumput!Ibarat tanah gersang di Gurun Sahara. Kenapa tak ada peruntukan untuk tanam rumput ni. Kesian budak-budak kalau jatuh memang luka sebab tanah berbatu. Apa pun tahniah kepada rumah Dato' Bahaman kerana menjuarai kejohanan sukan ini selama 6 tahun berturut-turut.
|
No comments:
Post a Comment