Wednesday, November 6, 2013

My happy day


Alhamdulillah, maka pada 27 Okt, 2013 dengan ini tamat lah secara rasmi episod berulang-alik ke UKM Bangi.  Sebenarnya menghadiri konvokesyen untuk kali kedua ini suhu keterujaannya tidak setinggi ketika menghadiri konvokesyen pertama kali untuk sarjana muda pada tahun 1997. Namanya sarjana muda , masa tu tengah muda remaja memang la teramat teruja, berdebar dan sakan gembira. Untuk peringkat sarjana ni umur pun dah meningkat dah matang (kononnya) so lebih cool ler.  Apa sekalipun ini adalah saat kemuncak meraikan segala penat lelah, bersekang mata, tension mencari tajuk, tension membuat temujanji dengan supervisor yang suka batalkannya di saat-saat terakhir.  Tension terkejar-kejar menyiapkan segala tugasan di sekolah dan kemudian mengadap lap top mencari bahan untuk assingment , presentation dan sewaktu dengannya,

Ohhh....lega, syukur kepada Allah kerana dengan iziNya memberi kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi, kelapangan dan kemudahan.  Tanpa izinNya memang tidak mungkinlah dapat memakai jubah, topi dan memegang jambangan bunga yang amat cantik.  Terima kasih kepada en suami yang amat memahami kehendak isterinya, untuk anakanda  tercinta yang mengerti di saat mamanya yang sering terkejar-kejar dan meninggalkannya hampir setiap minggu.  Tidak lupa terima kasih untuk mak yang mengiringi langkah kehidupan anaknya dengan doa saban waktu.

Banyak cerita pahit manis, masam, lemau di sebalik kejayaan ini.   Rasa sakit, geram, rendah diri , bengang dan macam-macam rasalah semuanya ditelan dan dicampak jauh-jauh untuk menggapai sebuah impian ini.
Ini adalah salah satu cebisan sahaja dari episod kehidupan.  Semoga ini merupakan langkah yang akan membawa kepada langkah-langkah kejayaan. Amin.