Di Pusat pembuatan sampul surat- sampul-sampul ini akan dibekalkan untuk jabatan-jabatan kerajaan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Model lombong bijih timah.
Model lombong bijih timah yang terdapat dalam muzium.
Fatin dan Hijrah di hadapan pintu masuk utama muzium.
Muzium Sg.Lembing.
Itulah sahaja setakat ini, semuga info ini memberi manfaat utk anda semua. Akhir kata selamat berpuasa untuk semua.
Muzium Sg.Lembing.
Aku baru balik dari pemilihan tokoh nilam negeri Pahang yang diadakan selama empat hari di BTPN Beserah. Seronok juga kali ni jadi guru pengiring sebab banyak bersantai, cuma kena ikuti aktiviti pelajar aje.
Salah satu aktiviti dalam program itu kami dibawa melawat ke Muzium Sg.Lembing. Bila lihat agenda lawatan aku dah mula rasa bosan. Mana taknya dah berapa kali aku ke muzium tu. Tapi nak tak nak kena juga pergi sebab dah jadi guru pengiring.
Selepas melawat muzium kami juga berkesempatan melawat ke pusat pembuatan sampul surat orang-orang cacat. Yang ini memang aku suka sebab tak pernah pergi. Melihat sendiri bagaimana sampul surat itu dilipat oleh orang-orang kurang upaya itu memberi keinsafan pada aku supaya sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah.
Di sini aku sertakan beberapa info tentang Muzium Sg.Lembing (manalah tahu kot kau orang tersesat ke sana satu hari nanti).
- Pekan Sg.Lembing terletak lebih kurang 42km dari bandar Kuantan.
- Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk mempamerkan bukti-bukti sejarah di Negeri Pahang.
- Sg.Lembing pernah menjadi pengeluar utama bijih timah dunia dan digelar El-Dorado Timur kerana disinilah perkampungan masyarakat Inggeris.
- Perlombongan bijih timah ini dilakukan secara intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga zaman kejatuhannya 1986.
- Selain daripada melawat muzium pelancong juga bolehlah menyejukkan badan atau berkelah di tepi Sg.Kenau atau pun ke Bukit Panaroma untuk melihat pemandangan yang menarik sekitar Sg.Lembing.
Itulah sahaja setakat ini, semuga info ini memberi manfaat utk anda semua. Akhir kata selamat berpuasa untuk semua.