Friday, May 27, 2011

Selamat Bercuti

Cuti sekolah akan bermula esok. Saat-saat yang amat dinantikan oleh para pelajar dan guru-guru.  Walaubagaimana pun cuti bukanlah secara total bagi guru kerana perlu menyemak kertas peperiksaan pertengahan tahun yang baru sahaja selesai hari ini.

Diucapkan selamat bercuti kepada semua. Harap dapat manfaatkan cuti ini sebaik mungkin. Para pelajar jangan lupa ulangkaji pelajaran terutama bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.

Tuesday, May 24, 2011

Pusat Sumber SMKTJ

Kebelakangan ini agak sibuk kerana membuat persediaan untuk pertandingan pusat sumber sempena hari guru. Betapa penatnya badan, tapak kaki usah dicakap la, dah rasa kematu dan mula sakit sebab terlalu lama berdiri dan bergerak.  Saban tahun inilah keadaannya apabila tiba bulan Mei  Kadang-kadang rasa nak je beritahu pengetua atau pk supaya tarik diri tak usah masuk bertanding. Kacau bilau rasanya, fikiran asyik tertumpu di PSS sahaja, kadang-kadang terkejar-kejar mana nak masuk kelas lagi, mana nak fikir buat itu ini lagi. Tahun ni pulak rasa tensen  tahap cipan, sebab kekeringan idea...bendalah nak buat lagi, macam mana la nak hias, apa la aktiviti dan bla..bla..bla...Ok layan la gambar. Esok ada pemantau yang akan menilai. Harap-harap markahnya not bad ya. Nanti siapa-siapa yang ada idea untuk Pusat Sumber sekolah boleh share ngan saya ya.

Ruang bacaan

Ruang menonton dan sudut red spot
sudut majalah dan akhbar
Kaunter sirkulasi

Friday, May 20, 2011

Dalam kelas

Semasa sesi kerja kumpulan \


Baca jangan tak baca
Aikk main tolak-tolak pulak
haha ini hasilnya, u all nampak tu ada karate kid
Luahan jiwa kacau dan rock semasa belajar sejarah , tapi ok la sesuai dengan tajuk komunis - Perang Saraf


Tak boleh nak tidur. Penat mencari benda yang tak dapat dicari, so meh kita layan gambar kelas yg paling 'baik' (ni la kelas zombie kg pisang). Macam-macam cara nak suruh depa ni belajar dan akhirnya alhamdulillah depa buat jugak seperti arahan, walaupun nak menyiapkan peta minda ni macam nak pergi berperang.

Monday, May 16, 2011

Happy Birthday and Happy Teacher's Day

Satu-satunya perayaan yang penyambutnya syok sendiri...
Dia rancang majlis hari guru ...
Dia yang buat untuk diri sendiri...
Dia buat ucapan sendiri
Dia main bola pakai kain batik sendiri
Dia nyanyi sendiri
Dia buat sukaneka main sendiri
Beli hadiah berbagi sendiri
Itulah insan bernama guru
Selamat Hari Guru!

Haha..itulah mesej yang kuterima pagi tadi. Semuanya benar belaka tidak ada satu pun yang tidak benar. Apa pun ini lah kerjaya yang menuntut pengorbanan seperti lilin membakar diri. Seperti biasa aku meraikan dua sekaligus, birthday dan hari guru. Memang teramat la matching kan?

Tahun ini tema kami adalah biru..huhu gelombang biru ke. Hurmm apa kata tahun depan tema hijau , hehe...ada yang cuak je bila sebut hijau kan. Apa pun layan gambar... (perasan sendiri!)

Waktu pagi dah jadi tradisi untuk bergambar sebelum make up di muka cair.

Do i like blue?haha

Thank u so much dear..(my librarians) so sweet. i like the cake very much
Thanks for the present. I really like it
Luv u all

Kak Zie thanks for the cake. Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...lalallalalala....(so perasan sendiri kan?) 
Sesi memotong kek yg dihadiahkan oleh kak zie, bersama Ruby
My Spa Q geng
Yeah!!! dah 38 tapi perangai cam 28 ke 18?. Apa pun semoga Allah merahmati aku yang banyak kekurangan ini.Semoga menjadi guru yang lebih berdedikasi lagi. Sekian untuk hari ini, terima kasih sebab blog walking!

Saturday, May 14, 2011

Cerita yang lepas

Baru selesai makan tengah hari. Menu ringkas sahaja sup ayam dan kentang, sotong goreng kicap , telur dadar dan salad berserta tomato yang dicicah dengan mayonis. Bab-bab masak ni memang la aku kureng sikit, yang simple boleh la, kalau yang paling 'prestij' pun aku hanya boleh masak nasi ayam dan mee soto , itu pun sebab aku suka makan dua benda tu. Apa pun kena pegang pada falsafah makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.  Ditambah dengan keadaan hubby yang tidak mengizinkan untuk makan macam-macam, maka rumah kami ni dipenuhi dengan roti jagung, oat , susu segar dan nestum. Kalau orang nak datang bertandang memang aku selalu mewar-warkan supaya call dulu, sebab nak membeli apa yang patut, barang basah dalam peti jarang ada.

Eh panjangnya mukadimah! dalam kepala nak cerita lain, tapi lain pulak yang ditulis.  Pagi tadi melayan Nia dan kawan-kawannya membuat persediaan untuk Hari Guru yang akan disambut Isnin depan. Wah budak-budak sekolah rendah amat bagus kalau bab meraikan Hari Guru ni. Siap kumpul duit kelas , lepas tu pergi tempah kek di Secret Recipe. Ada duit yang lebih , pergi pula ke kedai hadiah 'Buble' , beli lagi hadiah untuk cikgu. Huhu...penat jugak melayan dan menjadi supir budak-budak ni. Apa pun aku hanya mengikut dan memberi sokongan. Bukan sebab mama nia ni cikgu, tetapi budak-budak dari kecil patut dididik supaya menghargai guru. Bukan bermaksud menghargai guru hanya pada hari guru ini sahaja, tetapi sekurang-kurangnya hari itu mereka dapat meluahkan perghargaan mereka kepada guru-guru mereka.

Keadaan ini sebenarnya jauh berbeza di sekolah menengah. Di sekolah menengah kalau Kelab Guru tidak menyediakan hadiah pada semua guru ,alamatnya tak ada la hadiah. Itu la hakikatnya, di sekolah menengah hanya guru yang benar-benar dirasakan baik , tidak suka memarahi pelajar, sporting yang selalu menerima hadiah daripada peajar. Tapi itu semua tak menjadi hal, kami dah lali. Dan aku pun  bukanlah cikgu favourite sebab rata-rata pelajar mengatakan aku garang. Hahaha...kalau tak garang u all ni pijak kepala ya....

Sebagai seorang guru bermacam-macam pengalaman yang dilalui. Antaranya beg duit hilang. Pada ketika itu mengajar tingkatan 4 dan tinggalkan beg tangan sebentar di kelas tersebut untuk mengambil buku di bilik guru. Sesampai je di kelas tersebut aku teruskan pengajaran seperti biasa , setelah beberapa ketika barulah tersedar yang beg duit telah hilang. Geledah sana-sini dan akhirnya ada  aku melihat dalam tong sampah, maka di situ la beg duit aku diletakkan. nasib baik kad pengenalan tidak hilang dan duit...minta maaf ya memang jenis aku tak bawa duit banyak-banyak setakat untuk makan sahaja. Setakat 10 ringgit hilang aku tidak ralat sangat. Cuma yang aku paling ralat ialah tiada siapa pun mengaku melakukan perbuatan tersebut dan tiada siapa pun berani untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Semua bila ditanya menjawab tidak tahu. Oh tuhan je tahu betapa meradangnya aku! rasa nak hempuk je mereka semua. Itulah perangai pelajar, mereka lebih senang mengunci mulut dari menceritakan perkara tidak baik yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.


Berada 3 tahun di sekolah tersebut, aku akhirnya berpindah ke sekolah yang amat berhampiran dengan rumah. Sebenarnya sekolah yang tadi tak la jauh mana,tetapi memang jenis aku yang mudah bosan. Konon-kononnya nak environment baru. Haha..environment baru sungguh. Di sekolah ini lah banyak pengalaman yang kadang-kadang membuatkan aku mendidih kepanasan tahap maksimum, merasa geram dan berdosa.  Malah di sini buat pertama kalinya aku menangis kerana dihentam teruk ketika dalam mesyuarat kurikulum.  Pelikkan , rupanya kerja kerajaan ni kita tak boleh cakap banyak, hanya kena yes boss atau hangguk saja. Memang itu bukan cara aku, bila bos menghentam kita atas perkara yang bukan kesalahan kita, mestila kita nak membela diri kan? So aku hanya membela diri, memberi alasan yang sewajarnya, menerangkan perkara yang sepatutnya. Oh dikatakan aku tidak layak menjadi guru,mempersoalkan macam mana boleh memikul tanggungjawab sebagai guru. Ya, ampun..aku bukanlah mahu berlagak kurang ajar, tetapi menyatakan kebenaran tentang sesuatu kepincangan dan kepincangan yang dibuat oleh 'gengnya'. Pada sesi itu bermati-matian aku membela diri dan membalas setiap apa yang dikatakan. Dan bila keluar dari mesyuarat seorang guru senior berkata ' you yang salah sebab menjawab, lain kali diam je, iyer kan aje". Oh tidak!!! masa tu aku rasa mahu menjerit dan merasa teramat menyesal menjadi guru. Aku hanya mengatakan kebenaran bukan memberi alasan!

Sememangnya bekerja dalam era pemerintahan 'bos kuku besi ' itu bermacam perkara terpakasa dilalui. Tatkala menjadi ajk backdrop aku pernah diarah untuk merombak semula back drop yang telah selesai pada waktu maghrib. Bayangkan aku terpaksa datang semula ke dewan sekolah dan membuat semula hingga ke pukul 12 tgh malam.  Kalau menjadi ajk pamplet pun begitu, dekat 10 kali tunjuk pamplet tersebut barulah diluluskan. Itu belum bab menulis laporan mingguan. Kami rasa nightmare kalau bertugas minggguan. Laporan perlulah bermuka-muka surat, tak boleh ringkas. Contohnya kalau melaporkan tanda bersih perlu dijelaskan bagaimanakah bersihnya tandas tersebut. Kalau bertugas minggu alamat petang baru boleh balik.

Itu belum bab nak MC atau cuti. Hoho..bukan senang nak cuti atau MC beb! Pernah seorang guru yang anaknya sakit mengambil cuti untuk membawa anaknya ke klinik dan terpaksa membawa ubat ke sekolah untuk ditunjukkan sebagai bukti bahawa anaknya benar-benar sakit dan dia bukanlah membuat alasan. Sampai ke tahap begitu sekali keadaan pada ketika itu. Sabar je la....

Itu semua pengalaman, walaupun kebanyakan kami menyimpulkan era ketika itu amat teruk mental dan fizikal kami 'didera' tetapi kesan setelah itu sebenarnya amat positif. Disebabkan dah biasa dengan rejim yang tegas dan cara kerja yang teliti dan cerewet aku dah tak menjadi hal bila di kritik atau ditegur. Sebab dah biasa susah kan, jadi setakat masalah yang datang tu kita dah boleh menghadapinya.  Amat kelakar bila teman-teman guru di sekolah ku sekarang merasa terkejut apabila aku ditegur oleh pengetua dan dihentam dalam mesyuarat aku masih boleh membuat muka selamba seperti tiada apa yang terjadi. "Ya Allah,zai kalau akak la kat tempat awak, dah lama akak menangis" Heheh aku gelak je. Sebenarnya apa yang mereka rasa teruk itu tidak la teruk bagi diriku. Di tempat lama, lebih teruk daripada ini yang terpaksa aku hadapi. Di sini alhamdulillah aku mendapat ketua yang prihatin dengan kakitangannya. Setakat kena tegur tu adat la , tapi teguran mereka cara yang berhemah tak menyakitkan hati, jadi aku boleh terima.


Wednesday, May 11, 2011

Coretan setelah tamat kelas

Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar , pelbagai rasa yang wujud. Kadang -kala rasa marah, geram, seronok , lucu dan kadang-kala kasihan.  Sepanjang 12 tahun mengajar pelbagai rasa itu sentiasa wujud malah ia kadang-kala teradun menjadi satu.  Kalau boleh ditulis ia mampu menghasilkan sebuah novel.  Pengalaman setiap tahun mengajar pelajar-pelajar kelas 'hujung' bukan sahaja menguji kesabaran dan kewibawaan malah ia membawa pada satu situasi yang berbeza.  Pelajar-pelajar sebegini bukan sahaja memerlukan seorang guru , malah lebih dari itu mereka memerlukan sahabat untuk berkongsi cerita.

Apa yang pasti masalah disiplin dalam kalangan pelajar sebenarnya amat berkait rapat dengan cara mereka dididik di rumah oleh ibu bapa. Pelajar-pelajar yang bermasalah ini kebanyakannya mempunyai 'masalah' di rumah mereka sendiri. Kebiasaanya mereka datang dari keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian. Mereka tiada tempat untuk mengadu, bila ibu bapa sibuk dengan masalah dan mengikut haluan masing-masing. Mangsanya anak-anak yang 'terpaksa' mengubah arah kepada rakan-rakan di luar rumah, tempat-tempat melepak untuk menghilangkan kebosanan dan ini seterusnya membawa kepada pelbagai aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, menghidu gam, merempit, malah yang lebih teruk terlibat dengan dadah.

Oleh itu tidak hairanlah jika kelakuan atau perangai pelajar-pelajar sebegini menjadi liar dan ganas. Berpeluang bersembang dengan pelajar-pelajar sebegini anda jangan terkejut jika mereka bercerita melakukan perkara yang diluar minda.   Amat ngeri apabila seorang pelajar bercerita tentang rakannya yang memang nakal suka mendera kucing. Kucing tersebut dipusing-pusing dan akhirnya dicampak. Oh..begitu tandusnya jiwa pelajar itu, seoalah tiada rasa kemanusiaan  Tatkala mereka bercerita tentang kegiatan mereka di luar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya, persoalan yang terlintas di minda ialah di mana ibu bapa mereka ketika itu? Waktu yang seharusnya mereka berada di rumah bersama keluarga, bersama buku pelajaran tetapi mereka masih bepeleseran. Macam-macam cerita pelajar-pelajar ini. Semuanya kadang-kadang membuatkan kita sebagai orang dewasa yang waras akan terpana.

Namun untuk menyalahkan ibu bapa seratus peratus pun bukanlah satu perkara yang bijak.  Pernah apabila ditanya mengapa tidak solat atau puasa , pelajar berkenaan menjawab bahawa ayahnya sendiri pun tidak solat dan berpuasa. Tetapi itu bukanlah satu alasan yang munasabah.  Di sekolah telah diajar segalahnya berkaitan hukum halal dan haram, wajib atau tidak.  Kita semua diberi akal yang waras oleh Allah untuk berfikir, mana baik dan buruk.

Apa yang pasti pelajar-pelajar yang bermasalah ini mempunyai motivasi yang rendah. Bila mereka dilingkungi dengan kehidupan bermasalah , mereka turut mengikut arus masalah tersebut menyebabkan mereka tidak ada kesedaran untuk keluar dari kepompong masalah itu dengan melakukan perkara yang bermanfaat. Sebagai seorang guru apabila berbicara tentang masalah dengan pelajar aku sering menyatakan bahawa 'hidup ini adalah deretan-deretan dugaan, cabaran dan masalah. Untuk terus hidup kita kena jadi kuat dan menghadapi segalanya bukan membiarkan  diri kita mengikutn arus" Entah mereka faham entah tidak, tapi yang pasti sebagai seorang guru aku amat mengharapkan mereka ini akan berubah menjadi yang terbaik suatu hari nanti. Mungkin ketika ini mereka masih lagi belum matang (sekadar memujuk hati). Ya semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk menuju kebenaran.


Sunday, May 8, 2011

Sweet Moment


Mother's day present from nia and hubby. Thank u very much, so sweet.

Selamat Hari Ibu

Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu.  Seorang ibu perlu sentiasa dihormati, dikenang, diingati , disayangi setiap saat,detik dan ketika selagi seorang anak itu masih bernafas. Untuk mak Pn.Nattrah, walau kadang-kadang banyak perbezaan pendapat dan cara antara kita berdua tetapi ia bukanlah satu jurang malah ia adalah pengikat dan lengkap melengkapi di antara kita.  Semoga mak sentiasa dirahmati Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi mak membesarkan anak-anak. Sayang mak ...........

Friday, May 6, 2011

Terkedu



Semalam bersembang dengan Nia.  Banyak sungguh ceritanya sebab seharian di sekolah kerana program motivasi. Cik Kak ni macam reporter...setiap hari mesti ada saja ceritanya. Tapi semalam, ceritanya telah membuatkan aku terkedu. "Ustaz suruh pejam mata dan bayangkan  mak ayah. Nia terbayang wajah abah dulu. Sebab  banyak benda abah buat untuk Nia". Oh..makanan yang kutelan masa tu macam tak sampai je ke kerongkong. "Nia tak ingat mama?" soal ku sambil memandang dia yang sedang membasuh pinggan di sinki."lepas abah barulah Nia ingat mama, sebab mama jaga Nia masa Nia sakit, tapi Nia ingat abah dulu....". Entah kenapa setelah itu aku tiba-tiba merasa bercelaru. Apa yang pasti kanak-kanak amat telus. Aku mula menyelidiki waktu-waktu bersamanya. Terlalu kurangkah ?yang pastinya setiap saat seorang ibu sentiasa mengingati anaknya dan mendoakan yang terbaik, walau di mana dia berada. Love u so much..more than i can say.

Thursday, May 5, 2011

terlupa

Kini baru benar-benar merdeka dengan erti kata yang sebenarnya. Hari ini telah mengepos assingment yang terakhir setelah dua minggu berhempas pulas menyiapkannya. Sibuk dengan pelbagai tugas hingga menyebabkan kami terlupa tarikh penting. Kalau tidak aku la yang selalu mengingatkan suami tarikh tersebut. Tapi tahun ini dia pula yang mengingatkan aku setelah sehari berlalu. Happy Annivesary!!! Mendoakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga.