Pejam celik pejam celik lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal. Mood raya amat ketara terutama dalam kalangan pelajar dan mungkin sebahagian daripada kita semua. Di bilik-bilik guru juga sibuk menceritakan persiapan raya. Di atas meja sudah mula kelihatan biskut-biskut raya yang di tempah sebelum puasa dahulu.
Kalau sebelum ini aku juga antara orang yang teruja untuk menyambut raya. Selalu memikirkan berapa pasang baju raya aku patut tempah, biskut raya berapa banyak perlu ditempah , kasut raya, dan berbagai-bagai lagi. Namun semua itu mula pudar semenjak 4 tahun lepas. Keterujaanku untuk diri sendiri semakin lama semakin pudar semenjak abah meninggal.
Bukan diselubungi kesedihan yang berpanjangan akibat pemergian arwah abah tetapi tanggungjawab yang perlu digalas menyebabkan aku terlalu sibuk berkira dan merancang kewangan untuk mak dan adik-adik yang pada ketika itu kebanyakannya di bangku sekolah. Jadi keperluan diriku aku terpaksa tolak ke tepi dahulu.
Mengenangkan keadaanku masa mula-mula arwah abah tiada memang agak kalut. Aku sendiri dihurung perasaan bimbang dan celaru. Bimbang duit tidak cukup antara satu perkara yang selalu ada dalam kepalaku. Dulu aku suka sangat mengira duit gajiku ; berapa lagikah yang tinggal untuk sampai akhir bulan, cukup ke ni , dan macam-macam lagi. Sampaikan kadang-kadang ia mencetuskan perselisihan faham dan pergaduhan.
Kelakar pun ada pada ketika itu. Takut sangat duit tak cukup. Hehe...memang amat jahil sangat. Akhirnya aku penat kerana setiap bulan dok fikir pasal duit cukup ke tak cukup. Malah aku rasa rimas dengan kehidupan yang sebegitu. Mujur aku sempat tersedar. Akhirnya aku buat keputusan JANGAN KIRA DUIT lagi!. Apa yang aku lakukan ialah bila terima gaji aku asingkan duit untuk mak dan keperluan adik-adik awal dan yang selebihnya itulah untuk diri dan keperluan keluargaku sendiri , tidak kiralah berapa balancenya. Dan aku pun tak lagi merancang untuk membeli itu dan ini. Aku juga tawakkal. Ya tawakkal la ya puan-puan, sebab kena percaya dengan sungguh-sungguh rezeki tu Allah yang bagi, yang penting kita kena usaha dan selebihnya serahkan pada Allah.
Jadi kini , alhamdulillah adik-adik pun dah semakin dewasa dah ada yang bekerja. Kadang-kadang bila toleh kembali macam tak sangka je aku dapat harung semua itu. Yelah semua perkara yang nak dibuat dan hendak dibeli hanya bersumberkan duit gaji je, bukannya ada ladang getah ke yang boleh ditoreh, atau kerbau lembu ke yang boleh dijual atau sarang burung walit ke yang boleh mendatangkan keuntungan ribu raban.
Cuma di sini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk seseorang. Tanpa keizinan dia, tanpa pengertian dia (walaupun ambik masa, at last boleh faham) aku dapat membantu mak dan adik-adik. Malah dia tidak banyak soal dan tidak mempertikaikan langsung yang duit ku ini banyak mengalir keluar untuk keluargaku. Semoga Allah memberkati dan merahmati dia, mudah-mudahan makin murah rezeki. Terima kasih untuk mr hubby yang memahami.
Friday, August 19, 2011
Thursday, August 18, 2011
berleter jap
Baru selesai menanda kertas percubaan Sejarah PMR. Tak berapa tension sangat sebab untuk menengah rendah formatnya soalan objektif sahaja. Sejam dah boleh siap untuk tiga kelas. Tahun ini amat terasa kepenatan kerana mengajar lower form and upper form (ting 3,4,5). Pening kepalo den nak ingat untuk tiga tingkatan ni. Tapi walau apa pun masih bersyukur berbanding di Kuantan dahulu semua aku sapu bersih: tingkatan 3 semua kelas kena ajar, tingkatan 5 semua kelas dan tingkatan 4 ada la tersangkut satu kelas. Masa tu lagi haru. Bayangkan hanya aku sorang yang option Sejarah jadi hendak tak hendak hadap la sendiri.
Agaknya memang budaya orang Malaysia tak suka membacakan. Sebab itu Sejarah ini merupakan subjek 'pembunuh' setiap kali peperiksaan. Haha pembunuh tu , mat salleh panggil 'killer subject'. Yelah Sejarah antara subjek penggagal peratus lulus sekolah. Yang peningnya cikgu ya tuan puan. Setiap kali post mortem cikgu kena menjawab kenapa peratus menurun, kenapa budak target ni tak dapat A, kenapa kelas ni ramai yang gagal. Huhuuu...kena bagi alasan tapi ALASAN BUDAK TAK MEMBACA DAN TAK BELAJAR TIDAK BOLEH DITERIMA. Alasan itu walaupun amat logik, munasabah dan relevan bagi CIKGU yang mengajar tetapi tidak diterima oleh pihak atasan. Hah ! bayangkan betapa meruncingnya perasaan dan emosi cikgu-cikgu Sejarah memendam perasaan kerana tidak boleh memberi alasan yang paling munasabah itu. Jadi alih-alih jawapan plastik yang selalu diberi (oleh aku la ya, orang lain tak tahu ler) "Ya, saya mengaku tidak sempat ulangkaji dengan pelajar-pelajar, ya saya sebagai cikgu masih belum ajar tajuk ini, maaf guru tak beri latihan yang secukupnya pada pelajar". Cehhh....!!! padahalnya semua cikgu dah ajar. Hakikatnya memang budak-budak tak membaca. Aku pernah tanya dari hati ke hati hampir 80% budak-budak ni tak membaca.
Ikut korang la ya budak-budak. Tak nak membaca korang pakai la dadu. Baling dadu tu dan hitamkan jelah jawapan. Yang kertas esei tu pulak korang jawab je la apa yang tahu. Sebab semuanya salah cikgu bukan sebab budak yang nak ambik exam yang tak membaca.

Tuesday, August 16, 2011
Cerita sebelum berbuka
Hari ini mr hubby ada jemputan berbuka puasa di luar. Jadi hanya aku dan Nia sahaja la yang mengadap meja makan nanti. Tapi menu tetap menyelerakan: sup tulang, telur dadar,ikan bakar, sawi goreng dan nasi goreng. Hehe tiba-tiba muncul nasi goreng ek? nasi lebih semalam jadi tak baik la membazir, maka terhasil la nasi goreng.
Apa yang menariknya puasa kali ini tahap kerajinanku di dapur sudah meningkat 50%. Setakat hari ini lah hanya tiga kali sahaja kami menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Itu pun on de way balik ke Kemaman dan on the way balik ke Temerloh dan kali ketiga tu hari Sabtu lalu kami ke bazar Ramadhan Jerantut kerana mr hubby amat teringin makan murtabak syed yang terkenal sedap itu. Suka sangat murtabak itu belum cuba murtbak feri lagi sedap! Paling mengujakan kami untuk setakat ni masih tidak menjenguk mana-mana bazar Ramadhan di kawasan tempat kediaman kami. Hehe jangan marah ya orang Temerloh.
Maka dengan penerangan ini menunjukkan hari-hari yang lain dalam bulan puasa ini aku memasak sepenuhnya! Wah kalau cerita pada mak dan adik-adik mesti kurang nak percaya nih. Yelah dulu-dulu tu aku terkenal dengan suka melayan kepenatan, jadi nak masuk ke dapur pun kena fikir banyak kali , kalau penat la. Kalau tak penat rajin tau. Tapi kali ni penat ke tidak aku tetap mengagahkan diri untuk memasak. Memang berbaloi la sebab boleh berjimat apatah lagi mr hubby dan cik kak tu pun suka.
Weh dah nak berbuka la! Selamat berbuka puasa , jangan lupa doa dulu ya!

Friday, August 12, 2011
Jawapan exam
Huh! baru sebahagian menyemak jawapan pelajar untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5. Aku rasa nak menangis dan nak meraung je tengok jawapan budak-budak ni. Rasa nak muntah pun ada. Jawab merepek dan merapu sah la tak membaca langsung. Soalan senang setakat tanya faktor-faktor penghijrahan Rasulullah ke Madinah, itu pun korang tak boleh jawab. Pelik betul, dalam Sejarah ajar, dalam Pendidikan Islam pun ajar pasal penghijrahan tu. Yang tingkatan 5 pun satu hal, tentang kerajaan Maritim pun masih banyak yang salah. Beku betul otak ni, cam mana la nak suruh ingat fakta dan faham. Penatnya ajar Sejarah tapi budak malas membaca. Korang tau tak Sejarah ni kena membaca. Oh bosannya dan rasa nak muntah sangat. Aku ke yang salah kaedah mengajar. Huuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Thursday, August 11, 2011
Pesanan
Hari ini agak lewat pulang ke rumah, hampir pukul 4 petang. Sebaik meletakkan kunci dan beg tangan di atas meja kayu di ruang tamu mataku tertancap pada sekeping kertas bersaiz A4 yang tertera jadual ujian pencapaian sekolah rendah 2011 atau bahasa ringkasnya UPSR. Aku hanya menjeling sambil lalu kerana mahu menyimpan barang-barang yang dibeli di dapur terlebih dahulu.
selesai menukar pakaian dan mencapai buku untuk dibaca aku lantas memandang jadual tersebut. Baru terfikir untuk mencapai dan melihat subjek apa yang akan anak daraku itu akan hadapi terlebih dahulu. Sudah kelihatan di atas jadual itu Nia telah menggunakan highlighter pen berwarna kuning untuk setiap tarikh dan subjek.
Melorot ke bawah jadual peperiksaannya, mataku melihat sebaris ayat yang menggunakan highlighter tersebut "Paksalah Nia buat kerja rumah kerana nak buat amal ibadat supaya dapat pahala dengan menolong ibu bapa yang tersayang". Bercampur baur perasaan antara sedih , sayu dan gembira. Akhirnya Nia faham juga peranan seorang anak, erti keberkatan hidup ini. Walaupun bukan keseluruhannya namun aku yakin anakku itu faham untuk mencapai kejayaan bukan sahaja perlu bergelumang dengan buku, sekolah , tuition dan sebagainya malah membantu ibu bapa itu dapat membawa kejayaan dalam kehidupan kerana keberkatan yang akan dicapainya.
Apa yang Nia tulis itu sebenarnya itulah yang telah kulaksanakan semenjak di bangku sekolah lagi. Kata-kata ustazah ketika di sekolah masih terngiang-ngiang "kalau nak berjaya dalam hidup kena bantu ibu bapa, kena buat baik pada ibu bapa". Itulah prinsip yang kupegang sehingga kini, malah aku penuh yakin dan percaya Allah akan memberi ganjaran kepada hambanya yang berbuat baik pada ibu bapa. Dan alhamdulillah kata-kata ustazahku itu benar.
Kini anakku pula memahami konsep dan prinsip yang sama yang aku amalkan. Aku pasti Nia sengaja meletakkan jadualnya yang berisi pesanan itu di atas meja yang menjadi tumpuan ku dan abahnya meletakkan kunci dan beg. Aku amat bersyukur, lega , gembira dan bangga , pesanan Nia itu merupakan 'keputusan peperiksaan' yang lebih cemerlang daripada keputusan 5A yang sedang Nia buru sekarang.
Thursday, August 4, 2011
Bertahanlah
Saat kamu menangis sambil berkata: "Mengapa Allah membiarkan masalah ini menimpaku?'Katakan kepada dirimu:"Kerana Allah Maha tahu bahawa kamu akan tumbuh menjadi org yg kuat!"Bila kamu mengeluh sambil berkata:"Mengapa masalah ini tidak henti2 mghampiriku?"Katakan kepada dirimu:"Kerana Allah sedang mendidik kamu dgn cara itu.Bertahanlah! dan tunggu saat DATANGNYA Pertolongan ALLAH". InsyaAllah..
Monday, August 1, 2011
Berbuka puasa daaa....
Yesss dah siap masak untuk berbuka hari ini. Kebetulan sekolah kami cuti peristiwa sempena larian satu Malaysia dulu. Jadi boleh la sedia apa yang patut untuk berbuka puasa. Special untuk cik Nia kita kari ayam yang akan dimakan dengan lempeng (ni permintaan mr hubby), puding roti, sandwich tuna , ayam goreng dan kacang bendi goreng. Itu je la ya Nia yang mampu mama masak hari ni. Nia tak suka lempengkan jangan risau nasi tetap ada. Esok tak tahu la mama mampu masak ke tidak sebab hari sekolah, lepas tu ada kelas tambahan lagi sampai petang, jawabnya menu bazar ramadhan je la.
Selamat berbuka untuk semua. Jom ramai-rami pergi solat terawih.
Selamat berbuka untuk semua. Jom ramai-rami pergi solat terawih.
Subscribe to:
Posts (Atom)