Friday, August 17, 2012

Maaf Zahir dan Batin


Tak lama lagi nak sambut raya. Sesiapa yang menjengah ke blog yang tidak seberapa ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri.  Pesanan utama, berhati-hati ketika memandu. Jangan laju sangat sebab kampung halaman tu takkan bergerak ke mana, ia tetap di situ menunggu kita. Kalau bawa kereta laju-laju takut kita  yang bergerak ke hospital. 

Di samping bergembira menyambut raya, makan ketupat rendang tu...ingat la ramai lagi insan yang menghadapi kesusahan: tak dapat makan, berperang, ditindas contohnya orang Islam Rohingya. Jadi bersederhana lah.

Akhir kata..chewahh cam bagi ucapan pulak.  Memohon maaf dan memaafkan atas apa jua kesalahan.  Jangan simpan di dalam hati. 

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Takbir!!!

Tuesday, August 14, 2012

Novel-Wildest HEart





Agak lama tidak menulis tentang sinopsis novel.  Minat membaca novel memang tidak boleh tinggal.  Walaupun ada satu masa aku bertekad untuk meninggalkan tapi tak boleh. Oh kalau mak tahu pastinya kena bebel, sebab dah janji dengan dia tak nak dah baca bahan yang laro-laro ni. Apapun nak buat cam ne kan dah minat dari kecil.

Novel Jayne Ann Krentz ni aku tak beli pun, tapi diberi oleh seorang cikgu yang ingin berpindah ke daerah lain. Mungkin dia dah malas nak menyimpan jadi dia bagi aje pada aku yang ulat novel ni.  Novel-novel ini kepunyaan isterinya. Hampir dua tahun menyimpannya, baru minggu lepas membelek semua novel-novel ni..  Mula-mula rasa macam tak best jer. Tapi masa tu boring punya pasal, paksa diri baca. Wah rupanya best novel ni.

Seperti biasa ini adalah novel cinta.  Jalan cerita sama sahaja dengan penulis-penulis novel cinta kalau anda biasa dengan Amanda Quick, Julie Garwood, dan banyak lagi, aku pun lupa penulis tu. Kalau watak lelaki tu heronya macam biasa la, handsome, bergaya, nampak ala-ala sombong, kaya, penuh dengan tarikan dan bla...bla...bla..Manakala watak heroin memang la digambarkan cantik, menggoda, menawan dan macam-macam la lagi.

Dalam novel ini, heronya bernama Oliver Rain dan heroinnya Annie Lyncroft. Si Annie ni nak menyelamatkan syarikat adiknya yang bernama Daniel (yang hilang ) jadi meminta Oliver mengahwininya. Perkahwinan tu macam kahwin kontrak la sebab perjanjian yang dibuat bila Daniel kembali mereka akan bercerai .Si Oliver ni seorang businessman yang terkenal dan berjaya di Seattle. Lagipun Oliver ni merupakan rakan yang agak baik dengan Daniel.  Jadi nak mendapatkan kepercayaan  pemegang saham Annie perlu berkahwin dengan Oliver kerana dia tidak berapa mahir untuk menguruskan syarikat besar Daniel.

Pengakhirannya korang semua pun tahu, si Daniel kembali semula tapi hero dan heroin tak jadi nak bercerai sebab akhirnya jatuh cinta. So jalan cerita biasa je kan. Cuma cara Jayne Ann Krentz mengolah ayat, menggambarkan situasi, suasana, perasaan , mood watak-watak tu menyebabkan sebagai pembaca nak menyelak helai demi helai, walaupun tahu dah ending macam mana. 

Novel ni aku habiskan dalam masa dua hari. Kira cepat la sebab ia novel Inggeris kan. Paling tidak aku mengambil masa dua minggu dan berbulan. Wah panjang lebarnya cerita. Gitu la gayanya kan (ambil ayat Nia).

Saturday, August 11, 2012

kelas tambahan lagi!!!

Aduhai, sekejap lagi nak ke sekolah ada kelas tambahan dengan budak-budak tingkatan 3. Ni dah tiga minggu berturut-turut aku kena buat kelas tambahan. "Bercinta" sungguh nak pergi. Dah la orang ada mood nak buat biskut raya ni. Hujung-hujung minggu nak lepak king pun tak boleh. Asyik kena kelas tambahan jer. Budak-budak pun kesian, mesti penat asyik menjawab soalan jer kerjanya.  Sesekali bagi la budak-budak tu    belajar sendiri atau biar mak ayah depa pulak yang ajarkan, ahakkksss.........

Ni tak tahu la berapa kerat budak yang datang.  Oh begini la nasib cikgu. Sapa kata kerja cikgu mudah dan separuh hari. Banyak la separuh hari korang. Dah la minggu depan budak-budak exam trial PMR. SU peperiksaan nak markah naik cuti raya. Wei tiap-tiap tahun macam ni, sebelum cuti buat exam , so dalam cuti kena menanda kertas budak. Tak ada maknanya cuti atau raya. Kepala otak serabut dengan kertas budak yang kena tanda. Hah korang ada macam ni, cuti-cuti kena buat kerja.

Hoho...kurang pahala puasa aku hari ni, membebel-bebel. Betul la rasa penat sangat , orang nak kemas rumah bagai,nak lipat baju, nak mengelap. Huwaaa..balik nanti sure dah penat. Apa pun kena pergi jugak, SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

Friday, August 10, 2012

Memujuk Hati

Bila melihat result semester lepas yang baru diperolehi Isnin lalu hilang segala mood.  Bayangkan aku ketika itu baru selesai membeli-belah untuk persiapan raya.  Baru sahaja bercadang untuk membeli sebuah novel.  Memang teruja sangat untuk membaca novel tersebut "Someone else garden".  Sedang sibuk membelek-belek novel di Popular Book Store sms masuk. Wah result! Oh kenapa ada B+ . 

Sakitnya hati bila mendapati result B+ itu untuk kertas projek 1. Rasa macam tak percaya sangat.  Macam mana supervisorku boleh bagi macam tu.  Sedangkan semasa perjumpaan yang terakhir dia dah setuju dengan apa yang aku tulis. Malah aku diminta untuk terus menyiapkan bab 4 dan 5. 

Sebenarnya banyak persoalan yang tak terjawab, banyak perkara yang perlu dirungkaikan.  Kalau ada kesalahan dalam penulisanku, dia sepatutnya mengarahkan aku membetulkannya semula. Kena beritahu mana yang silap apa yang perlu dibaiki. Ini senyap jer, manalah kami sebagain student tahu. Semua dah dihantarkan, so sepatutnya semak dan beritahu apa yang salah.  Entah...kalau nak cerita banyak benda yang terpendam nak cakap pun susah. Maklumlah kita ibarat semut kecil jer.

Dua tiga hari ni , aku dok mengenangkan result tu.  Bukannya nak kata aku ni pandai sangat, memang la tak pandai sebab tu sambung belajar dan nak belajar.  Tapi apa yang terkilan sebagai pelajar sepatutnya kita diberi bimbingan.  Bukanlah nak suruh pensyarah tu jadi seperti cikgu di dalam kelas tu, mengajar satu persatu tapi sekurang-kurangnya perlu ada satu jadual khusus untuk perjumpaan dan perbincangan. Jadi bila kita menulis tanpa bimbingan jadilah syok sendiri macam aku ni.

Sabarlah hati, ada satu semester lagi.  Tak sabar nak habiskan, dan aku tak nak dah sambung di situ. Cukup lah pengalaman-pengalaman yang memeritkan itu, simpan sahaja dalam hati.  Nanti komplen lebih-lebih susah pulak. B+ pun B+ la janji aku dpt grad.

Saturday, August 4, 2012

Gangster la sangat


Hari ni di sekolah kak Umi membebel-bebel apabila si zombie kg pisang 5 Zaaba menconteng namanya di dinding, "makcik Umi" , itulah yang tertera di dinding kelas itu.  Sabar je la Kak Umi.  Sebelum balik kak Umi mengajak kami singgah ke kelas yang dah tak macam kelas tu, saling tak tumpah seperti stor sampah. Selain daripada contengan yang dinyatakan oleh kak umi, aku tertarik dengan contengan di papan kenyataan, seperti yang tertera di gambar .

Amboi hebatnya korang ya, nak jadi gengster. Huwaaa, hahaha...kali pertama tengok contengan tu rasa sakit hati jugak.  Sepertinya nak beritahu kami golongan cikgu supaya takut la. Tapi dah acapkali aku baca rasa geli hati pulak. Gengster konon. Duit pun mak bapak beri tiap-tiap hari.  Makan pun mak bapak yang sediakan. Membaca dan mengira pun tergagap-gagap walaupun dah form 5. Nanti korang habis sekolah baru la tahu gangster setara mana. Belajar malas. Datang sekolah tahu tidur dan ponteng. Dok belakang kelas berborak cam di kedai kopi. Bila cikgu tegur buat tak tahu.

Korang ni betul-betul la ikut nafsu dan emosi. Tak tahu hormat peraturan sekolah, hormat guru jauh sekali.  Datang sekolah sebagai syarat jer.  Ni namanya gangster tahi minyak macam dalam cerita P Ramlee tu gangster yang nama Sarip Dol tu.  Ini lah hasilnya undang-undang yang tidak membenarkan guru menyentuh pelajar, rotan tak boleh, cubit tak  boleh, pukul tak boleh, marah yang menyentuh emosi tak boleh. Alih-alih cikgu yang sakit jiwa.

Tak per la, geram macam mana pun cikgu , dia tetap mendoakan agar pelajarnya menjadi manusia yang baik dari segala segi. So aku doa la budak-budak yang berangan gangster ni supaya dia sedar.



Thursday, August 2, 2012

How To Complete the Quran in Ramadhan


shopping setengah jam.

Selesai berbuka puasa dan menunaikan solat tadi aku dan Nia keluar menyopping baju raya.  Abah Nia tak ikut sebab ke masjid ler solat terawih.  Seperti biasa melayan puteri yang perasan ayu dan cung dulu. Selesaikan bahagian dia barulah aku boleh membelek baju aku, kalau tidak sesak kepala. Hehe anak sorang pun sesak kepala. Akhirnya cik kak sorang tu pilih punya pilih , yang maknya ni belek punya belek harga timbang untung rugi, campur bahagi dan tolak akhirnya...sehelai jubah dan baju kurung menjadi miliknya. Wah cuak jugak aku tang jubah tu dah la harganya memang tak patut sgt utk budak 13 thn. JANJI ya Nia kalau tak pakai jubah tu awak jangan dah beli baju raya untuk 2 tahun. Hahaha......

Seperti biasa aku ni memang simple dan tak banyak cikadak. Nampak berkenan capai dan masuk fitting room. Ok muat dan selesa. Ok la tu. Pilih satu jubah untuk mak yang tercinta di kampung. Hehe tak sampai pun satu jam akhirnya proses menyopping baju raya selesai. So tahun ni selamat duit minyak dan duit tol serta tak perlu bersesak.  Sebelum pukul 10.30 mlm kami dah berada di rumah pun. Oh inilah shopping yang paling singkat , orang lelaki mesti suka, tak payah tunggu berjam-jam. Yelah cam ner tak singkat dan cepat sebab kedai baju tu depan rumah jer.