Saturday, September 22, 2012

Pulau Pangkor

Sambung pasal cuti-cuti Malaysia sempena Hari Malaysia.  Pada 16 Sept tu kami membuat lawatan setengahari di Pulau Pangkor. Cadangnya nak buat lawatan sehari tetapi entah macam mana aku menukar fikiran . So kami hanya menyewa kereta untuk 3 jam iaitu RM70 sahaja.  Kalau sewa untuk 1 hari RM110.  Cuaca pada hari itu hujan dan mendung mungkin itulah antara penyebabnya kami menukar fikiran.


Harga tiket feri untuk pergi dan balik murah jer, RM 10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.  Kalau tak silap ada 3 syarikat perkhidmatan feri ni.  Ketika membeli tiket kami beli dari syarikat Mesra Feri, tapi bila feri kat jeti tu sampai kami bantai jer naik walaupun bukan dari syarikat itu.  Perkhidmatan feri ni setiap setengah jam seawal 7.00 pagi dah bermula dari jeti Lumut, sehinggalah pukul 10 malam.
Keadaan dalam feri selesa la jugak, ok la sebab bukan kapal layar mewah ya...hehe..
Turun di jeti yang kedua ya iaitu jeti Pulau Pangkor. Ada dua jeti yang pertama tu tak ingat pulak nama jetinya.
Bila dah sampai ke Pulau Pangkor tu jangan risau tentang kenderaan. Kalau yang berderet anak boleh la sewa kereta atau van.  Kalau nak romantik boleh la sewa motor, kalau nak adventure daki jalan dalam Pulau Pangkor yang berbukit tu boleh la sewa basikal. Bila sampai di jeti tu ramai la tokey-tokey kereta/motor/basikal sewa ni datang mempromo kenderaan masing-masing.  

Aktiviti kami yang pertama ialah Boat Trip. Mak ai sewa bot RM110, tu termasuklah utk aktiviti snorkeling (alat snorkeling kena sewa RM10), mandi-manda dan sebagainya.  Kalau tak nak aktiviti tu pun tak pe pemandu bot tu akan bawa kita pusing-pusing melihat 7 buah pulau. Tapi macam tak cukup pun 7, lepas tu tak nampak cam pulau pun. Hurmm untung tokey bot tu dia pusing-pusing bawa kami bertiga tak sampai pun 2 jam dah dapat seratus lebih.
Menurut kata pemandu bot yang kami sewa ni, yang merangkap pemandu pelancong tak bertauliah kami, chalet dalam gambar di atas harganya untuk satu malam RM800 (ini yg paling murah ya).  Paling mahal RM2000 lebih. Huhu...nak jer aku teropong sapa la yang datang kat situ, mesti kaya-raya belaka.Nasi lemak sepinggan RM80. Oh duduk dua malam tempat macam ni dah boleh pergi Mekah buat umrah bagi golongan marhaen macam koi ni.


Ramainya snorkeling


Setelah selesai dengan bot trip kami kemudiannya pusing-pusing pulau dengan kereta sewa. Pulau ni kecik jer, tak sampai pun 3 jam dah habis pusing (ya ke? entah-entah kami yang tak jumpa jalan, maaf la ya.) Aktiviti yang seterusnya ialah ambil gambar dan posing.

Nampaknya perlu tamatkan di sini, walaupun banyak lagi yang ingin dicoretkan , namun disebabkan mataku ini mula layu.

Semoga anda semua dirahmati Allah.

Friday, September 21, 2012

Lumut Waterfront

Kami dah pun sampai ke Lumut (tempat lawatan cuti-cuti Malaysia selepas Menara Condong). Suka sangat-sangat waterfront ni. Memang best la. Pemandangan yang cantik. Kami sampai ke Lumut ni dalam pukul 4.30 ptg. Check in hotel, solat dan sebagainya. Disebabkan lapar maka sampai la kami di sini. Ini merupakan taman rekreasi, menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong, sebab masa kami sampai ramai jugak orang. Di sini ada gerai-gerai , kedai makan, kedai mamak, KFC dan sebagainya. Gerai yang menjadi tumpuan pelancong sudah semestinya yang menjual makanan laut: sotong, ikan bilis, sate ikan, macam-macam la. Mee udang pun ada RM8 sepinggan ya. Tapi rasa not bad la. Datang la ya.


Cantikkan? Kalau ada peluang pasti ke sini lagi.  Sesuai la kot untuk orang-orang yang nak honeymoon sambil melihat matahari terbenam. Chewahhh....

Menara Condong Teluk Intan

Kalau tak silap tali jam, yang akan berdenting setiap 15minit.
Sebelum masuk ke dalam menara boleh la merajinkan diri membaca maklumat tentang sejarah menara ini.
Pemandangan dari atas. Ini kedai-kedai di hadapan menara.
Sempena cuti Hari Malaysia kami mengambil kesempatan untuk ke Pangkor. So dalam perjalanan singgah la di Menara Condong ni. Kalau anda semua nak tahu info tentang menara ini, sila la lawati laman ini ya http://www.mpti.gov.my/leaningtower. Sila baca ya. Merupakan salah satu tempat bersejarah di Teluk Intan ni. Boleh bawa anak-anak, sambil-sambil tu boleh la ambil gambar banyak-banyak.

Sudah tentulah di hadapan menara.
Dalam menara.

So kalau ada masa datang la ya. CUTI-CUTI MALAYSIA. Love Malaysia. Muahhhhh!!!

Friday, September 14, 2012

Lagi mengata cikgu


Bila membaca kenyataan Puan yang amat 'fasih' dalam Bahasa Inggeris ini, aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kebelakangan ini kerap kita dengar dan lihat segelintir manusia yang begitu tidak berpuas hati dengan guru.  Berlegar di benakku ini mengapa la dengki sangat pada guru ni.  Padahal kerja kami tidak semudah yang anda semua lihat.

Ada beberapa perkara yang aku ingin jawab di sini:
1. Guru bukan robot bukan malaikat hinggakan tidak boleh berkahwin atau sakit.  Guru adalah manusia biasa yang mempunyai naluri dan kemahuan, kelemahan dan sebagainya.  Maka dengan itu sebagai manusia biasa/ hamba Allah yang kerdil maka guru juga berkahwin dan dengan izin Allah mengandung/ bersalin dan sebagainya. Salah ke? kalau salah Puan telah melanggar hukum Allah. Sebagai seorang guru adakah kami ni begitu kebal sehingga tidak boleh sakit? kami manusia biasa perlu menjaga kesihatan maka bila sakit  terpaksalah mengambil MC. salah jugak ke? kalau dalam keadaan yang tidak sihat datang mengajar adakah berkesan pengajaran tu nanti? fikir-fikirkan lah Allah dah bagi kita akal.

2. Cuti - untuk makluman semua terutama Cik Puan ni, semua penjawat awam menikmati cuti tersebut. Dah namanya guru tu penjawat awam, tak kira la kerani ke, pensyarah ke, doktor ke, jurutaip ke asal dia penjawat awam kerajaan maka semua menikmati cuti bersalin 3 bulan tu. So banyakkan membaca ya Puan, kalau nak Pekeliling atau nak baca Perintah Am email pada saya, nanti saya poskan.

3. Hantar anak ke tuition - hurmm...hantarlah Puan, sebab di pusat tuition pun yang mengajar adalah guru. Atau tempat tuition anak puan tu yang mengajarnya doktor/ lawyyer/ahli muzik/ engineer.  Setahu saya yang jahil ni la, yang mengajar di pusat tuition tu adalah guru.  Biasanya itulah kriteria utama ibu bapa jika ingin memilih pusat tuition iaitu mestilah diajar oleh guru yang terlatih. So pi mai, pi mai tang tu..Puan tak boleh lepas dengan guru, MELAINKAN apakata Puan ajar sendiri ajar anak Puan tu.

4. Bahasa Inggeris - dari penulisan Puan tu menampakkan sangat Puan amat 'fasih' dan "mahir" berbahasa Inggeris.  Tapi apakata nak membuktikan kepada  guru Bahasa Inggeris yang Puan anggap tak berapa pandai tu Puan tulis dalam ayat Bahasa Inggeris penuh. Apa yang Puan tulis tu cacamarba sangat, dan maaf ya broken english lagi. Tapi saya yakin anak-anak Puan semuanya 'mahir' berbahasa Inggeris sebab ibunya boleh mengajar semua grammar, essay, literature di rumah. Betul kan?

5. Menjual barang-barang- saya mengaku menjual barang-barang itu ada TETAPI setakat yang saya nampak segelintir  guru-guru ini hanya melakukannya ketika waktu cuti, tiada kelas atau waktu free.  Kebanyakkannya hanyalah untuk melepaskan tekanan semata-mata. Tidak logik di akal guru menjual sewaktu pengajaran bukan? Kesian betul kami yang guru ni ya, nak 'menjamu mata' melihat katalog dan beli barang-barang dari katalog pun tak boleh. Tapi kan, ramai jugak anak murid saya yang tolong menjual barangan ibu mereka contohnya keronsang, biskut, kerepek, dan macam -macam lagi. Kami ni golongan guru ada yang membeli dan tak fikir apa-apa pun kerana niat kami ikhlas mahu membantu menambahkan pendapatan mereka. So macam mana tu?

If a doctor, lawyer, or dentist had 40 people ini his office at one time, all of whom had different needs and some of whom didn't want to be there and were causing trouble, and the doctor, lawyer, or dentist without assistance, had to treat them all with professional excellence for nine months, then he might have some conception of the classroom teacher's job - Donald D. Quinn

Fahamilah betul-betul kata-kata di atas.  Guru tidak perlukan pujian, penghargaan, atau apa sekalipun. Cukup lah jika dia melihat anak muridnya berjaya lebih dari dirinya sendiri. Sudah-sudahlah mengata atau mengkritik guru kerana tugas kami adalah untuk 'memanusiakan' manusia bukanlah satu tugas yang ringan.


sekian coretan petang, mata amat penat kerana baru balik dari Bangi.  Semoga anda di luar sana memahami apakah "GURU".



Sunday, September 2, 2012

Betul-betul menghiris hati guru






Monday, November 28, 2011


Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..



8 comments:

  1. sgt stuju!! bila ak kje tiap2 hr blk lmbt bru ak pn sdr perkra neh ckgu neh sgt beruntng sbnrnya tp diorg x besyukr...sgt ssh nk jmpa yg btul2 mengajar ngn niat ikhlas
    Reply
  2. kan?tu pun cikgu cakap keje cikgu susah...and kalau kita tengok secara detail la kan...ramai yang jadi cikgu disebabkan
    1. mak/parent suruh
    2. kpli:diamana mereka tak dapat pun kerja yang depa nak..setelah menganggur, depa apply kpli..then jadi cikgu..
    3. rjuk no 2 semula..hehehe
    Reply
  3. jeles la 2..nk jd ckgu x dpt
    Reply
  4. tau takpe...and kalo aku dapat jadi cikgu pun..aku akan tergolong dalam golongan yang telah aku nyatakan..mmg aku nak jadi cikgu sbb gaji and keje senang je....sape taknak jadi cikgu...dihormati walaupun tak reti pape...
    Reply
  5. bestlah jadi cikgu, relak waktu cuti ni gaji wau masukkkkkk. eh, kenapa tak nak jadi cikgu. mohonlah?....wa wa wa kha kha kha kelaka betul la kamu ni. saya suka jadi cikgu.........
    Reply
  6. nape saya tanak jadi cikgu?sebab saya rasa saya tak layak pun jadi cikgu.better saya jadi engineer macam sekarang. gaji pun ok je..memang lan penat lebih dari cikgu, tapi at least ilmu saya berkembang..tak de la macam cikgu..ajar bio...reti biologi je..fizik tak retiii pun..kan?
    Reply
  7. untng jadi cikgu....
    dengan KPLI..... jd cikgu...
    dengan DPLI ..... jd cikgu...
    dengan kursus perguruan kat u .... jd cikgu...
    dengan maktab perguruan .... jd cikgu ..
    dengan UPSI ... jd cikgu...
    waaaahhhhhh... untung yew jadi cikgu....
    ader kerani... gaji besor... leh mengadu kat PM..
    meyh rakyat malaysia jadi cikgu...
    keje lain tak untung....!!!!!!!
    Reply
  8. eh..orang lain kene la keje..kang cikgu takde gaji...agensi lain kan yang berhempas pulas mengerah tenaga nak bayar gaji cikgu yang mahal tu....ade ke plak semua jadi cikgu..takkan la dah terer2 tiba2 jadi cikgu je??
    Reply

Saturday, September 1, 2012

Raya 2012


Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu sambutan kami adalah sederhana sahaja. Tahun ini pun  masih tidak lengkap adik-beradik yang dapat berkumpul. Tapi apa sekalipun ia tetap meriah dengan juadah sate, nasi minyak, rendang ayam, kuah kacang dan ketupat nasi. Paling menarik rendang ayam kali ini dimasak oleh Puan Bed kita . Huhu...bukan senang nak rasa air tangan Puan Bed kita ni.  Kebiasaannya yang memasak rendang mr hubby, tapi tahun ni my dear hubby lepaskan pada adik-adik ipar jer.


Seperti biasa di pagi raya kami ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri dan selepas itu ke pusara arwah abah. Rindunya. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Selepas itu barulah sesi untuk kanak-kanak, iaitu mengutip duit raya ...happy tengok muka budak-budak yang ceria dapat duit raya.

Hari raya ini sebenarnya apa yang lebih bermakna kita dapat bersama dengan keluarga, mengeratkan lagi hubungan. Lebih penting lagi kita dapat menggembirakan hati orang tua yang ingin menatap wajah anak-anak. Sekian semoga anda semua terus dilimpahi kebahagiaan.