Wednesday, November 6, 2013

My happy day


Alhamdulillah, maka pada 27 Okt, 2013 dengan ini tamat lah secara rasmi episod berulang-alik ke UKM Bangi.  Sebenarnya menghadiri konvokesyen untuk kali kedua ini suhu keterujaannya tidak setinggi ketika menghadiri konvokesyen pertama kali untuk sarjana muda pada tahun 1997. Namanya sarjana muda , masa tu tengah muda remaja memang la teramat teruja, berdebar dan sakan gembira. Untuk peringkat sarjana ni umur pun dah meningkat dah matang (kononnya) so lebih cool ler.  Apa sekalipun ini adalah saat kemuncak meraikan segala penat lelah, bersekang mata, tension mencari tajuk, tension membuat temujanji dengan supervisor yang suka batalkannya di saat-saat terakhir.  Tension terkejar-kejar menyiapkan segala tugasan di sekolah dan kemudian mengadap lap top mencari bahan untuk assingment , presentation dan sewaktu dengannya,

Ohhh....lega, syukur kepada Allah kerana dengan iziNya memberi kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi, kelapangan dan kemudahan.  Tanpa izinNya memang tidak mungkinlah dapat memakai jubah, topi dan memegang jambangan bunga yang amat cantik.  Terima kasih kepada en suami yang amat memahami kehendak isterinya, untuk anakanda  tercinta yang mengerti di saat mamanya yang sering terkejar-kejar dan meninggalkannya hampir setiap minggu.  Tidak lupa terima kasih untuk mak yang mengiringi langkah kehidupan anaknya dengan doa saban waktu.

Banyak cerita pahit manis, masam, lemau di sebalik kejayaan ini.   Rasa sakit, geram, rendah diri , bengang dan macam-macam rasalah semuanya ditelan dan dicampak jauh-jauh untuk menggapai sebuah impian ini.
Ini adalah salah satu cebisan sahaja dari episod kehidupan.  Semoga ini merupakan langkah yang akan membawa kepada langkah-langkah kejayaan. Amin.

Saturday, October 5, 2013

boleh update di mana-mana

Wah dah bersawang buku mayaku ini. Sibuk mengalahkan menteri pelajaran. Ni lagi la budak-budak nak exam SPM , cikgu yang kelam kabut.

Ahaksss tak nak cerita pasal budak buat hilang mood jer. Now dah ada telefon baru boleh ler update blog selalu.

Ni baru balik dari kursus di Pengkalan Cepa Kelantan. Lebih kurang 5 hari berada di sana. Wah makanan di Kelantan memang marvelous! Pagi nasi, tengahari nasi, malam nasi . Huwaa nasib baik tak duduk lama kalau tak boleh naik kilo. Apa pun memang nasi kerabu sana best.

Sempat la koi mengambil beberapa keping gambar semasa berlegar- legar di pekan Pengkalan Cepa itu. Happening la jugak sebab ada UMK


Friday, August 23, 2013

suddenly


Tiba-tiba sahaja teringat dairi lama ini. Tiba-tiba sahaja nak menepek lagu ini walaupun sebenarnya tidak relevan dah tapi sesekali melayan perasaan apa salahnya kan. Semenjak dua menjak ini dunia ini terasa sungguh kejam sekali. Melihat wajah-wajah suci, besih, comel, tenang dan yang pastinya tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman, kezaliman, penindasan dan rakusan manusia yang berhati syaitan dan iblis. Mesir, Syria, Palestine benar-benar menggoncang hati dan nurani. Limpahan simpati masih tidak mencukupi melihat nasib umat Islam yang tidak bersalah ditindas sebegitu rupa.

Wednesday, June 26, 2013

"7%" Written by a 90 year old

"7%" Written by a 90 year old

This is something we should all read at least once a week!!!!! Make sure you read to the end!!!!!!

Written by Regina Brett, 90 years old, of the Plain Dealer, Cleveland, Ohio .

"To celebrate growing older, I once wrote the 45 lessons life taught me. It is the most requested column I've ever written.

My odometer rolled over to 90 in August, so here is the column once more:


1. Life isn't fair, but it's still good.

2. When in doubt, just take the next small step.

3. Life is too short – enjoy it.

4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and family will.

5. Pay off your credit cards every month.

6. You don't have to win every argument. Stay true to yourself.

7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.

8. It's OK to get angry with God. He can take it.

9. Save for retirement starting with your first paycheck.

10. When it comes to chocolate, resistance is futile.

11. Make peace with your past so it won't screw up the present.

12. It's OK to let your children see you cry.

13. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

14. If a relationship has to be a secret, you shouldn't be in it.

15. Everything can change in the blink of an eye, but don't worry, God never blinks.

16.. Take a deep breath. It calms the mind.

17. Get rid of anything that isn't useful. Clutter weighs you down in many ways.

18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.

19.. It's never too late to be happy. But it’s all up to you and no one else.

20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.

21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.

22. Over prepare, then go with the flow.

23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.

24. The most important sex organ is the brain.

25. No one is in charge of your happiness but you.

26. Frame every so-called disaster with these words 'In five years, will this matter?'

27. Always choose life.

28. Forgive

29. What other people think of you is none of your business.

30. Time heals almost everything. Give time time.

31. However good or bad a situation is, it will change.

32. Don't take yourself so seriously. No one else does.

33. Believe in miracles.

34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.

35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.

36. Growing old beats the alternative of dying young.

37. Your children get only one childhood.

38. All that truly matters in the end is that you loved.

39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.

40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back.

41. Envy is a waste of time. Accept what you already have, not what you need

42. The best is yet to come...

43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

44. Yield.

45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."

Saham akhirat

Lamanya tak update blog. Alasan yang sama dan rata-rata semua orang mempunyai alasan tersebut. SIBUK...menyibuk dan disibukkan. Hari ini meluangkan sedikit masa untuk update cerita. Cerita ke? Hurmm...yela kot. Ni nak cerita tentang D'Garage Community yang terdiri daripada beberapa orang individu membuat kerja-kerja kebajikan secara kecil-kecilan. Kenapa di panggil secara kecil-kecilan kerana ia dibuat secara part time sahaja. Sebab semuanya bekerja dan mempunyai komitmen yang tersendiri. Walau secara kecil tetapi diharap usaha ini dapat meringkan sedikit beban golongan yang memerlukan. 

Projek yang seterusnya adalah mendapatkan sumbangan aidilfitri untuk rumah orang-orang tua.  Anda semua boleh lihat gambar yang dilampirkan di sini.  Sumbangan berupa kain batik dan kain pelekat.  Setakat ini sumbangan untuk kain batik sudah mencukupi. Cuma sumbangan untuk kain pelekat masih dijalankan.  Harap-harap dapat mengumpulkan sumbangan sebelum raya ni. Moga Allah permudahkan.

Ada sesiapa yang berminat nak menyumbang? Nak buat saham akhirat? 

D'Garaje Community

EXECUTIVE PROFILE

Introdcution
We D’GarageCommunity is a voluntary group of individuals who reside in the Klang Valley and has recently joined by a community in Temerloh to extend our passion into assisting others with sincere goals none others than to see our surroundings filled with love, peace and joy.

Our major concern is to respond to the needs of the selected communities who are the Poor, Orphan, Sick, Elderly and Disabled (POSED) in the areas of education, health and well-being.  It is our great pleasure to contribute to the less fortunate and knowing that there are people who are thoughtful in sharing their fortune, has to a great extend touched D’GarageCommunity so pleasingly to continue this heartfelt effort further.  This sincere move continues as we understand there are many out there who are in need and better still when there are more philanthropist.

We are here to gather, trade and surrender the treasures that are entrusted to us for the less fortunate.  Humbly, we are here to reach and bridge those who receive with those who are thoughtful to give through our networking in D’GarageCommunity.

Objectives
We believe this voluntary effort would achieve the following objectives:
1.            To assist fulfilling the needs for the less fortunate communities with comfort  living
2.            To unite the thoughtful communities with the less fortunate in building relationships with society
3.             To create cordial surroundings and develop the concept of sharing and caring among communities
4.            To instill voluntary passion among communities to support the well-being of humankinds
Activities:
1)     Research on target communities in need
2)     Gather goods received from society and make selections
3)     Garage Charity Sale:
a)     PETRON Petrol Station, Sg. Besi, Kuala Lumpur – 3 & 4 August 2012
b)     Masjid Jamek Kajang, Selangor Darul Ehsan – 7, 8 & 14 June   2013
4)     Sponsorship search

Projects:
1.      Sumbangan Aidilfitri – Pediatric Ward, Hospital Kajang, Selangor on the 15th August 2012  (Please refer to our blog at www.dgarage.com)
2.      Back to School program – Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bandar Baru Bangi, Selangor end of December 2012
3.      Back to School program –Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nur Iman, Kuantan, Pahang end of December 2012
4.      Back to School program – Rumah Anak Yatim Al- Kauthar, Bangi, Selangor end of December 2012
5.      Sumbangan Aidilfitri – Rumah Jagaan Orang-orang Tua, Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Semenyih, Selangor (Ongoing)
6.      Sumbangan Aidilfitri – Rumah Jagaan Orang-orang Tua, Pertubuhan Kebajikan Rose, Kajang, Selangor (Ongoing) 

And we may begin.…..
We believe there is no conclusion to our charity efforts and we may begin with your support in every possible and sincere manner to put a smile in every precious face we see.  To us, we begin with “It is our pleasure to treasure your kind gesture”.
“Alone we can do so little, together we can do so much”
Hellen Keller
Thank You
D’GarageCommunity

  Thoughtful is Helpful

Monday, June 3, 2013

Assalamaualaikum.

Malam ini ada rasa kerajinan bertandang untuk mencoret sesuatu.  Kesibukan dunia ini kadang-kadang benar-benar memenatkan. Kemungkinan besar faktor umur yang semakin meningkat, maka keletihan mudah terasa.  Hehe...agak janggal untuk menulis.  Otak dah semakin membeku. Apa sekalipun kami baru balik dari Pulau Pinang.  Membawa pelajar di bawah PSS ke sana. Seronok dapat berkunjung ke Pulau Mutiara itu.  Namun yang tidak seronoknya makanan di Padang Kota benar-benar 'mencekik'.  Bayangkan makan pasembur dengan harga RM49.00.  Jadi sesiapa yang teringin makan di sana di harap berhati-hati.  Tanya dulu harganya atau jadi macam anak murid saya yang bijak kerana mereka minta pasembur dengan harga RM10.00 sahaja.

Sunday, April 14, 2013

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin baru Ana, semoga rumahtangga diberkati dan dirahmati Allah selalu.
(28.03.2013/30.03.2013)

Thursday, March 7, 2013

Catatan waktu senja

Niat di hati mahu mengemas meja study yang berada di tepi tingkap ini.  dari tingkap ini kedengar kicauan burung, entah burung apa tak pasti la pulak. Dah macam jadi satu muzik alam pulak bila burung-burung ni berkicau.  Membelek buku dan contengan-contengan membuatkan aku tersenyum.  Contengan dan catatan ketika aku sibuk menyiapkan projek penyelidikan. Terlihat catatan skor ujian pra dan pos, senarai nama pelajar, senarai rujukan, catatan-catatan dari buku-buku, bahan internet.  Semuanya mengembalikan nostalgia.  Terasa hilang segala penat, stress bila segalanya telah selesai.  Malah rasa macam kekok pulak bila aku tidak bergelumang dengan assingment dan bacaan. Yelah...kalau orang lain semua mempunyai kepakaran masing-masing; kawan aku Zu memang teror sangat membuat kek, sebut la segala macam kek memang pasti tidak akan mengecewakan. Ada juga yang pandai business; menternak lembu la, buat kraf tangan la, menjahit la dan macam-macam lagi. AKU...hehe..aku pakar makan jer. Aku tak pandai masak. Masak yang simple boleh la, sup, tumis-tumis kalau lebih-lebih alamat berlagu la aku di sebelah dapur tu. Menjahit lagi la. Pernah belajar menjahit langsir tapi huhu..can not go la. sampai sekarang en suami asyik perli je , sakan bayar yuran menjahit yang berjahit hanya alas meja makan untuk 4 orang jer. Pernah sakan membeli cross stich bila tengok rumah kawan aku penuh dengan cross stich yang cantik-cantik, tapi pun sama. Sampai sekarang tersadai dalam kotak.

Yang aku teror sangat membaca novel jer dan buku-buku la ya.  Selain itu aku suka belajar walaupun aku bukanlah kategori orang yang bijak pun, setakat cukup-cukup makan.  Tapi nak kata suka belajar tu pun bukan semua perkara la, yang pasti aku suka sangat suasana universiti, suka dengan perpustakaan, suka tengok dewan kuliah, suka tengok leturer walaupun tot......(tak boleh cakap , simpan dalam lipatan hati jer).  Mai ai dah mengarut la. Magrib dah nak masuk. Senja-senja macam ni kalau melayan perasaan memang la jadi melankolik apatah lagi bila en suami dah 4 hari berkursus....hehe.....

Hurmm...macam gini la hidup kan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Hidup kita ni saling melengkapi sebab itu kita jangan sewenang-wenangnya membenci kelemahan orang lain.  Ok stop dulu, selamat menunaikan solat magrib. Semoga negara kita aman sentiasa.

Tuesday, February 26, 2013

apa-apa sahaja

Masih tercari-cari masa untuk menconteng-conteng di sini. Tapi seperti biasa ku tidak bisa mencari masa itu. Walaupun tiada apa yang mahu disibukkan lagi.  Tapi masa tetap mencemburui aku. Apa pun hari ini aku dah menghabiskan masa melihat filem romantik ini dan memang suka sangat soundtrack dalam filem ini. Nak berceloteh banyak tentang filem ini tapinya mata ini sudah meliuk lentok mahu pejam. Semoga anda di luar sana yang patah hati, sakit hati, kecewa hati dan apa sahaja la berdoa banyak-banyak semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagiaan.

Saturday, January 19, 2013

Akhirnya kini pasti

Memang agak lama tidak berceloteh dan merepek raban di sini.  Last update bulan Sept tahun lalu, lepas tu aku dah mula tunggang-langgang , bersilat sana sini dengan kelas dan assingment dan yang amat penting ialah menyiapkan paper projek 2.  Itu belum ditambah dengan keadaan aku yang tak berapa sihat, dengan budak-budak nak exam SPM dan bermacam lagi.  Allah aje yang tahu perasaan aku. Tiap minggu ke Bangi, drive sorang-sorang kadang-kala membuatkan aku nak menangis kepenatan. Sampai satu tahap aku dah tak boleh nak mengadap lap top nak menaip dan mencari bahan bagai.  Bahu belah kanan sakit seperti ditikam.  Hampir sebulan aku terpaksa membiarkan paper projek dan assingment tersadai.  Nasib baik Allah memberi kekuatan untuk membuat slide power point utk presentation, kalau tak entah la. Haha..present dulu baru siapkan assingment.   Semester akhir ni benar-benar menguji, yang membuatkan aku benar-benar merasa 'bahang dan bara' belajar sambil bekerja ni.  Mahu menangis dan menjerit pun ada.  Tapi kena stay cool aje, sebab en suami kata siapa suruh cari beban, sendiri mahu, sendiri tanggung la.  Erkkk....komen yang tak membina semangat dan badan betul.

Alhamdulillah, dengan segala kepayahan akhirnya aku dapat juga submit kesemua bab 1-5 sebelum tarikh tutup. Kelmarin, Khamis (17/01/13) dengan rasa berdebar setinggi Gunung Senyum kat Temerloh ni aku berjumpa dengan en.supervisor.  Punya la risau seluas sg Pahang ni, sebab semester ni aku belum pernah berjumpa dengannya berbincang tentang bab 4-5 dengan dia.  Dalam fikiran aku yang banyak negatif ni tentu sakan dia komen projek paper tu. Aku pasrah aje lah. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia pun dah buat aku menggelabah 360 darjah. "Kalau tak lulus ni , macam mana ya?", tu dia soalan yang buat aku terkebil-kebil beberapa saat.  Biar benar.  " tolong la, saya dah tak larat nak memandu". Itu je jawapan yang keluar dari mulut aku. Memang aku dah tak kisah berapa dia nak bagi sebab aku pun buat tak sepenuh hati sebab kepenatan , kesakitan dan kesibukan , yang penting aku kena lulus jugak, tak larat dah nak sambung walaupun sehari. 

Huhu....akhirnya..............saja je dia nak buat gempak. "okey awak boleh ambil borang kuning untuk saya sign". Yesssss!!!! itu la saja yang aku nak dengar. Borang kuning tu penting beb, sign supervisor penting di situ untuk melayakkan kita boleh grad dan menunjukkan projek paper tu dah setel. Alhamdulillah. Syukur banyak-banyak pada Allah. Bila orang tanya nak sambung Phd lepas ni. Maka dengan pantasnya sepantas Bas Sihat yang selalu aku naik masa zaman sekolah-sekolah dulu aku menjawab
" TAK NAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!".