Niat di hati mahu mengemas meja study yang berada di tepi tingkap ini. dari tingkap ini kedengar kicauan burung, entah burung apa tak pasti la pulak. Dah macam jadi satu muzik alam pulak bila burung-burung ni berkicau. Membelek buku dan contengan-contengan membuatkan aku tersenyum. Contengan dan catatan ketika aku sibuk menyiapkan projek penyelidikan. Terlihat catatan skor ujian pra dan pos, senarai nama pelajar, senarai rujukan, catatan-catatan dari buku-buku, bahan internet. Semuanya mengembalikan nostalgia. Terasa hilang segala penat, stress bila segalanya telah selesai. Malah rasa macam kekok pulak bila aku tidak bergelumang dengan assingment dan bacaan. Yelah...kalau orang lain semua mempunyai kepakaran masing-masing; kawan aku Zu memang teror sangat membuat kek, sebut la segala macam kek memang pasti tidak akan mengecewakan. Ada juga yang pandai business; menternak lembu la, buat kraf tangan la, menjahit la dan macam-macam lagi. AKU...hehe..aku pakar makan jer. Aku tak pandai masak. Masak yang simple boleh la, sup, tumis-tumis kalau lebih-lebih alamat berlagu la aku di sebelah dapur tu. Menjahit lagi la. Pernah belajar menjahit langsir tapi huhu..can not go la. sampai sekarang en suami asyik perli je , sakan bayar yuran menjahit yang berjahit hanya alas meja makan untuk 4 orang jer. Pernah sakan membeli cross stich bila tengok rumah kawan aku penuh dengan cross stich yang cantik-cantik, tapi pun sama. Sampai sekarang tersadai dalam kotak.
Yang aku teror sangat membaca novel jer dan buku-buku la ya. Selain itu aku suka belajar walaupun aku bukanlah kategori orang yang bijak pun, setakat cukup-cukup makan. Tapi nak kata suka belajar tu pun bukan semua perkara la, yang pasti aku suka sangat suasana universiti, suka dengan perpustakaan, suka tengok dewan kuliah, suka tengok leturer walaupun tot......(tak boleh cakap , simpan dalam lipatan hati jer). Mai ai dah mengarut la. Magrib dah nak masuk. Senja-senja macam ni kalau melayan perasaan memang la jadi melankolik apatah lagi bila en suami dah 4 hari berkursus....hehe.....
Hurmm...macam gini la hidup kan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Hidup kita ni saling melengkapi sebab itu kita jangan sewenang-wenangnya membenci kelemahan orang lain. Ok stop dulu, selamat menunaikan solat magrib. Semoga negara kita aman sentiasa.