Asslamualaikum . Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga setiap langkah perjalanan hidup ini diberkatiNya. Juga semoga kita sentiasa memohon keampunan daripada-Nya atas segala kesalahan, kelalaian, kejahilan dan segala dosa yang tersurat dan tersirat.
Tiba-tiba malam ini berjaga lewat malam setelah siap menyemak kertas ujian budak-budak ni. Melawat blog yang dah lama sangat tidak dikunjungi hingga lupa pula pasword. Hampir 5 kali cuba mengingati pasword alhamdulillah akhirnya setelah teka sana sini berjaya juga.
Tiada apa yang istimewa sangat untuk dikongsi. Cuma hari ini merupakan hari lahir encik suami. Beberapa tahun kebelakangan ini tiada kad dan hadiah untuk dihadiahkan. Kesibukan menyebabkan tidak berkesempatan untuk membeli semua itu. Namun itu bukanlah tanda kurangnya kasih sayang atau perhatian.
Walau tiada kad atau hadiah, seawal jam 12 malam aku dah mula mengucapkan harijadi kepadanya. Sudah menyusun ayat mendoakan semoga lelaki yang hampir 16 tahun bersamaku ini agar hidupnya dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah. Semoga dia berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Semoga dijauhi segala perkara yang tidak baik.
Doa dan harapan terhadapnya adalah semua yang baik dan positif. Mengenangkan usia yang semakin bertambah ini yang paling diharapkan ialah agar kita dapat menjadi muslim yang sebenar-benarnya yang dapat mengikut landasan agama Islam. Mematuhi dan mengikut ajaran yang Islam. Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Itulah HARAPAN dan DOA. Semoga Allah memakbulkan setiap harapan dan doa itu.
Sebelum memejamkan mata, mari kita mengucap syukur kepada Allah kerana masih lagi bernafas dan menikmati hidup ini. Marilah kita mengikis setiap sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita. Marilah kita saling memaafkan di antara satu sama lain.
Sekian...semoga keimananan, ketakwaan milik kita................................