Sunday, December 28, 2008







nampak tak banyak barang tapi banyak.Suami aku sewa lori yang muatan untuk 5 tan. Hah, itu pun terpaksa angkut untu second round.



Setelah dua tahun akhirnya kami benar-benar berpindah. Yelah setelah aku merasa begitu penat menguruskan dua buah rumah jadi kami mengambil keputusan untuk berpindah yang sebenar-benarnya. Kalau dahulu kami hanya memindahkan pakaian sahaja tapi kini semua sekali dipindahkan.


Bila mak tanya perlu ke tidak pertolongan dia untuk mengemas barangbarang di Kuantan aku hanya menolak pertolongan yang dihulurkan. Aku beritahu mak barang-barang kami tak banyak aku boleh mengemas dengan suamiku sahaja. Melihat kepada barang-barang dalam rumah aku rasa begitu sedikit sahaja berbanding rumah-rumah kawan aku di taman ni.


Tapi apabila aku mula mengemas...mak oiii banyak rupanya. Huh tu pun nasib aku bukan jenis suka membeli barang-barang perhiasan. Yang banyaknya barang-barang kecil dan pakaian lama. Permainan anak aku dari dia kecil sampai sekarang dah separuh rumah, buku-buku mengalahkan profesor (buku-buku suami aku la tu, yang aku punya dah lama dah jadi abu).


Aku macam bertaubat je untuk berpindah - randah ni. Banyaknya benda kena buat dan kena kemas. Bab menyusun barang-barang dalam lori dah satu hal. Nasib baik la suami aku dah mengupah pekerja dari majlis tu datang untuk tolong memunggah segala barang-barang tu, kalau tak aku rasa mahu aku ambil tambah sebulan lagi cuti.


Namun mujur juga aku mempunyai jiran yang begitu baik kak Nah dan abang Jamal serta Nita dan suami. Kak Nah siap menolong menyediakan minuman lagi untuk kami semua. Selamat!!!!gula aku, gelas semua ntah di mana kalau nak suruh tuan rumah sediakan. Hehheeh itulah gunanya jiran.


Sedih bila Kak Nah beritahu abang Jamal sedih sebab kami berpindah. Dia mungkin amat terasa kehilangan suami aku yang memang suka melayannya bersembang dan sering membuat lawak.

Suamiku kata malas nak layan perasaan sedih tu. Memang rasa sedih meninggalkan satu tempat yang menjadi tempat permainan kita dan hampir keseluruhan usia kami di daerah ini.

Aku dan suami tak pernah menyangka akan berpindah dan mempunyai kehidupan di tempat lain. Tapi itu keadaannya : kita merancang Tuhan yang menentukan.


Jadi pada 27 Dis 2008 kami dengan rasminya berpindah ke Temerloh dari Kuantan. Huwaaa aku sedih sebenarnya. Lepas ni tak boleh lagi tiap minggu nak balik Kuantan. Rumah tu pun akan disewakan.


Dan lepas ni pun aku tak boleh nak bertenet dengan internet. Kena tunggu bajet lain untuk beli celcom broadband. Perumahan tu masih tak ada tiang untuk talian telefon jadi aku tak boleh nak pindahkan streamy kami ke sana.


Doa aku agar segala-gala akan bermula dan berakhir dengan kebahagiaan. Aminn!












Saturday, December 27, 2008

Tengok Ikan

Cik Kak ni kena suruh senyum barulah nak senyum masa posing dalam aquaria.

ikan apa?Pari kot.

ikan apa? ntah (aku memang lembab sikit bab-bab ikan)


ikan apa? lagi la aku tak tahu dan tak ingat.



Janji mahu membawanya ke Aquaria telah lama dibuat. Bukan seminggu dua tapi dah bertahun-tahun. Jadi janji perlu dikotakan walau macam mana payah sekali pun. Apatah lagi jika janji itu dibuat kepada budak-budak. Mesti merengek selagi kita tak memenuhi janji tersebut.

Dalam kesibukan untuk berpindah ditambah lagi dengan kepenatan kami pergi la memenuhi janji untuk melihat ikan. Ikutkan hati aku nak saja bawa anakku itu ke pasar. Tengok la ikan puas-puas kat situ. Cuma ikan tu dah mati la dan akan dijadikan hidangan sebagai lauk.

Cuti Krismas tempohari kami membawanya melihat tempat yang selalu disebutnya itu. Mukanya masih lagi kelat, pelik juga aku. Mungkin dia rasa kurang seronok kerana terlalu ramai orang nak tengok ikan tu pun terpaksa bersesak dan berbaris panjang. Suami aku pun dari awal lagi macam biasa terkedu apabila terpaksa membayar sesuatu yang tak begitu berbaloi.Hehheehe biasa la tu.

Anakku memang tak seronok, katanya ikan tu sikit sangat dan panas di dalam aquaria tu. Tu ler nak sangat pergi. Yang penting janji dah ditunaikan.Seronok ke tak seronok ke belakang kira.

Monday, December 22, 2008

Nia dan sepupu-sepupu

Anis Batrisya yang suka merajuk dan suka dipuji. Kalau puji dia cantik hemmm senyum meleret2.

Tu dia Nia and the gang macam-macam posing ada. NIa memangku Adam, Iskandar baju purple, Danish, Sara dok menutup mata dan Qistina merenung jauh tengah berfikir kot.

Geram tengok rambut maggie Qistina.


Lama tak upload picture so aku upload gambar-gambar anakku dan anak-anak saudaraku. Time semua balik macam ni anak aku la yang paling gembira dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya tu. Semua kata nia macam babysitter, buat susu , tukar pampers, mandikan iskandar yang memang rapat dengan dia. Tapi semua kerja tu dia dengan rela hati buat tak ada siapa yang memaksa dan menyuruhnya. Kalau tak bagi dia buat semua tu terutamanya tang buat susu dia boleh mengamuk sakan. Tapi yang sebenarnya semua mak sedara dia suka...sebab they all boleh rileks.



Apa pun aku tak kisah sangat sebab Nia perlu juga dilatih menjadi seorang kakak walaupun hanya dia seorang. Dia perlu dilatih untuk mengalah dan berkongsi barang , jadi masa ni la nak tunjuk macama mana dirinya yang sebenarnya. So far dia memang sukakan budak-budak, tapi kadang kala datang angin dia budak-budak tu disakat juga sampai menangis.







Aku tak cuti !!!

Cuti panjang tahun ni aku rasakan begitu pendek sekali. Sedar tak sedar dah nak masuk minggu terakhir cuti. Huwaaaa....penatnya dan kalau boleh nak je sambung lagi cuti. Macam mana la aku tak rasa macam tu cuti tahun ni aku asyik berulang alik dari Temerloh ke Kuantan pas tu ke Kemaman pulak. Seingat aku sepanjang cuti ni hanya dua minggu aje aku duduk di Temerloh selebihnya di Kuantan dan Kemaman.
Sebelum cuti sekolah dulu macam-macam yang aku plan untuk student aku. Nak buat module la, nak buat soalan la, nak siapkan nota la, nak siapakan semuanya untuk library la. Hahhaha alih-alih satu pun aku tak buat, kecuali menyemak data buku di library itu pun siap sebab aku upah budak.
Susah jugak duduk jauh dari mak ni. Tak balik kan asyik teringat je , kesian pulak pada dia menguruskan semua benda seorang diri. Kalau dulu masa kami semua duduk di Kuantan senang aje aku nak jenguk orang tua tak sampai sejam. Apa pun aku dah selesaikan mana yang patut. Tahun ni aku tak sempat nak bawa adik-adik aku beli peralatan sekolah tapi aku siap bagi duit pada mereka. Pandai-pandai la si Nabila dan Aisyah tu beli sendiri. Hehheheh Kak Long dah penat gilerr dok ke hulu ke hilir.
Apatah lagi aku nak pindah rumah di Temerloh ni, nak angkut semua barang-barang dari Kuantan ke sini. Memang la aku ke hulu dan ke hilir. Kemas rumah di Kuantan, kemas rumah sewa di Temerloh, cuci rumah yang nak pindah ni. Pegi survey lampu la, perabot la. Huh...kering ler aku tahun ni. Apa nak buat masuk rumah cam tu la.
Apa pun aku mesti siapkan jugak module untuk budak-budak form 3 nanti. Senangkan kerja aku jugak, lebih-lebih lagi budak kelas hujung-hujung dunia tu...tak la aku rasa darah aku mendidih sampai ke kepala bila budak-budak tu tak bawa buku.
Esok aku dah kena pergi sekolah dah..nak jenguk library yang mungkin dah berabuk. Cikgu Iqbal mesti bengang pada aku janji nak siapkan mengecat dinding luar library hari Jumaat dulu tapi aku tak sempat sebab kena balik Kuantan. Tak pe la ada seminggu lebih lagi ni aku pulon la siapkan kerja. Lagipun aku ni memang la last minute person.

Thursday, December 18, 2008

KATA LELAKI "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..... besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....


Hehehhehe setuju ke tak?

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.

Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
Renungilah dan mari la berfikir.

Wednesday, December 3, 2008

Mak Datin Linda seronok jumpa kau!!!

Seronok tak terkata hari ni. Nasib baik Asmiah add aku di facebook, kalau tak berkurun la aku tak jumpa kawan-kawan aku masa di Shah Pekan. Thanks a lot As. Heheheheheh Mak Datin (ingat tak panggilan aku untuk kau Linda) aku ni dok ingat kau siang dan malam. Selalu la aku berharap terserempak dengan kau di mana-mana di sudut2/bangunan/tempat di Kuantan tu. Tapi hampehhh.
Terlalu gembira sampai tak terkata la Linda, dapat tengok kau tengok Kim. Ni aku dok tunggu bila la Kim nak bagi message kat aku. Terima kasih kerana komen utk posting aku dlm blog. Aku cuba bukak facebook malam ni tapi tak dapat. So kalau kau baca ni kau tahu la aku dah baca semua komen kau dalam email aku.
Hehehhe kau pun tak berubah, cam dulu brutal. Aku jiwang ke? Alamak!!! kau silap kot. Aku la manusia yang kadang-kadang belasah je. Aku tak macam dulu tau.
Ok la hari ni aku tulis dalam blog ni special untuk kawan-kawan semasa di SHAH Pekan, 1st batch (sape2 budak Shah yang terbaca tu add la aku dalam facebook).
Akhir sekali selamat bertemu kembali Linda, Suli, Lin, Phaten, As, Siti Nor dan semuanya sekali.
Lepas ni boleh la chat dalam ym.

Belajar buat movie maker

Boring dok rumah sorang2 cuti ni. Aku mencuba untuk membuat movie maker ni. Hehheeh menjadi gak walaupun try and error je. Tak tahu la lagu tu sesuai ke tidak aku pakai belasah je lah. Seronok bila dah lihat hasilnya. Lepas ni boleh la aku buat lagi tak payah nak upload gambar satu-satu. Hehheheh mesti hubby aku tengok ni terpana punya. Lagi satu tak payah dah nak cuci gambar masuk dlm album. Tengok je kat sini.

Tuesday, December 2, 2008

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa bolehHalang!!!

Orait jugak pantun ni. Seorang kawan telah meletakkan dalam tagged aku. Hayati , renungkanlah dan yang penting jangan tinggal sembahyang.

CINTA

CINTA-Sentiasa berhikmah dan berdiplomasi,
Berikan penghargaan ataupun pujian sebelum
menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati
pasangan dengan sengaja.


CINTA-Sentiasa bertanggung jawab. Cuba buat
senarai semak mengenai apa yang perlu kita
lakukan bagi memupuk kasih sayang dan me-
motivasikan pasangan.


CINTA-Sentiasa bahagia. Programkan hati dan
minda sentiasa bahagia walaupun masih banyak
masalah yang belum selesai ataupun belum
diatasi.


CINTA-Tidak memaksa pasangan mengalah demi
mendamaikan keadaan. Bila pasangan terpaksa
mengalah, hati akan terguris dan hubungan ter-
ancam pada jangka panjang.

Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir
hayat dan bersambung di alam akhirat.

Monday, December 1, 2008

Awana Kijal








Hampir seminggu aku dan anak di rumah mak di Kemaman. Cuti panjang ni tak boleh nak ke mana-mana sangat. Tambah-tambah musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur. Tapi hati anak aku terubat la sedikit bila suami aku perlu menghadiri mesyuarat di Awana Kijal. Dia sibuk merancang untuk ke kolam renang. Itu la aktiviti budak-budak kalau ke hotel, mesti nak cari kolam punya.


Check in sahaja dia dah sibuk untuk ke kolam. Panas juga la hati aku sebab banyak benda lain dulu yang kena dilakukan. Selesai sahaja solat Zohor kami terus ke kolam renang. Suami sibuk mengajak aku berenang sama. Baju renang semuanya tertinggal menyebabkan aku malas untuk menyertai mereka. Tapi keesokan harinya aku pun turut terjun jugak ke dalam kolam tu dengan T shirt dan slack. Hehhee lantak la. Mak oii punya la berat nak berenang ngan T shirt. Tambahan pulak memang dan hampir dua tahun aku tak berenang. Lambat jugak la aku nak dapatkan skill renang tu semula dekat setengah jam jugak.


Walau pun hanya dua hari tapi seronok jugak. Nasib baik hari tak hujan setakat mendung sahaja. Kalau tak terperap dalam bilik la jawabnya. Sempat juga aku merakam beberapa foto sepanjang kami di sana. Saja untuk kenangan masa tua nanti. hehhehe.








Friday, November 21, 2008

JANGAN SUSAH HATI!

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.



Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
Kalau memang kita bersalah..



Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
(sumber :.... tah !!! aku xingat sapa antaq)




Monday, November 17, 2008

Indahnya malam pertama

Indahnya malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikanSeluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur ...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur .....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....

Mencari positif bagi sesuatu negatif

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat , krn itu bermakna kita cukup makan .
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9.. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" \

Friends

Sweet words are easy to say, Sweet things are easy to buy, But sweet people are difficult to find Life ends when you stop dreaming, Hope ends when you stop believing, Love ends when you stop caring, Friendship ends when you stop sharing. To love without condition, To talk without intention, To give without reason, And to care without expectation is the heart of a true friend. Life is short, Forgive quickly, Love truly, Laugh uncontrollably, And never regret anything that made you smile.

Monday, November 10, 2008

Masalah?

Masih belum boleh lena. Menyebabkan aku mengadap blog aku ini. Tetapi fikiran masih kosong, tak tahu apa yang patut aku coretkan. Serabutnya fikiranku saat ini. Seperti tali yang berpintal-pintal tak tahu mana satu hujung pangkalnya. Alih-alih aku suka menghias blog aku dengan cartoon sahaja. Hehheheh kadang-kadang best jugak jadi macam cartoon menyebabkan kita boleh ketawa sentiasa.

Masalah memang sentiasa ada. Kadang-kadang selesai satu masalah, masalah lain pulak yang akan timbul. Ada ke orang yang tak ada masalah? Agaknya apa rasa jika tiada masalah? Seronok agaknya berbanding dengan orang yang asyik dilanda masalah. Tapi orang yang tiada masalah itu sebenarnya bermasalah jugak. Hehheh apalah yang aku merapu ni, mentang-mentangla otak aku tengah serabut.

Pejamkan mata, bayangkan anda berada di satu tempat yang indah dan menggembirakan. Di tepi pantai yang begitu putih pasirnya, airnya yang begitu biru mendamaikan jiwa tatkala memandang. Itu la antara terapi untuk menghilangkan tension yang pernah aku baca. Macam-macam cara-cara. Namun cara yang paling baik ialah ingatkan Allah, berdoa banyak-banyak.

Doaku biarlah semua dan segala-galanya berakhir dengan kegembiraan. Amin!

Friday, November 7, 2008

CINTA

ke gurun engkau ikut
ke kutub engkau turut
bersama sehidup semati
demikian kau ucapkan janji
menangis kita berdua
tertawa bersama
tapi kini apa yg terjadi
segalanya kau tak peduli lagi
dan yg lebih menghancurkan kalbu
kau bercumbu di depanku

* ya Tuhan tunjukkanlah dosa dan salahku
mudahnya dia buat janji
semudah dia ingkari janji
alangkah kejamnya cinta
alangkah pedihnya

** kejam oh kejam
pedih oh pedih
cinta oh cinta

ROSSA - Cinta

Ini la lagu kegemaran aku sejak kebelakangan ni. Aku pun memang minat dengan suara Rossa.

Sunday, November 2, 2008

PELUK ISTERI 10 SAAT!

Artikel tentang kesihatan ini menarik perhatianku. Artikel yang kubaca dari majalah kegemaranku iaitu Rapi. Bagaimana pelukan selama 10 saat dapat memanjangkan umur lima tahun.

Menurut seorang pakar Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan kesihatan:

  1. Pelukan dan sentuhan menyebabkan tubuh mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorfin yang baik untuk kesihatan.
  2. Hormon endorfin ini merupakan sejenis bahan kimia semulajadi bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
  3. Kajian juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Jadi si suami bolehlah membantu si isteri mengurangkan berat badan dengan memeluk isteri sekerap yang mungkin.
  4. Hubungan intim yang penuh kasih sayang membantu pasangan untuk awet muda dan kelihatan menarik.

Saturday, October 18, 2008

NIA AND AIIS (AQFA INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL)
























Aku mahu mengabadikan kenangan Nia semasa berumur 6 tahun ketika dia belajar di AIIS. Detik-detik ketika anakku menyertai sukan tahunan di AISS.

Wednesday, October 15, 2008

Aidilfitri Terakhir


Pelukan terakhir abah untuk Nia


Membelek semula albumku, mata tertancap pada beberapa keping gambar yang mencuit hatiku. Tiba-tiba rasa sayu dan rindu datang menerpa.

2006 adalah aidilfitri terakhir arwah abah sebelum dia pergi buat selama-lamanya pada 19.06.2007.

Sebenarnya aku jarang merakam gambar setiap kali lebaran datang. Tapi kali itu entah kenapa begitu kuat agaknya desakan hati untuk merakam gambar arwah abah yang ketika itu sebenarnya dalam keadaan yang tidak sihat.

Agak kecewa kerana bukan semua adik-adikku ada pada ketika itu. Andai kata adik-adikku melihat gambar ini diharapkan mereka semua akan merasa kehilangan ini. Ingatlah walau ke hujung dunia kita pergi , walau wang dan harta melimpah ruah..semuanya tidak akan dapat mengembalikan ibu dan bapa kita setelah mereke pergi menemuniNYA. Sementara mereka masih hidup marilah kita berbakti kepada mereka.

Kasih, sayang akan tetap untuk abah dari kak long.
Al-fatihah!



Tuesday, October 14, 2008

Memori 1

Ketika di Masjid Putrajaya. Punya la bengang aku masa tu..ada ke makcik jaga tu kata pakaian kami seksi,terbuntang mata aku bila kena jerit dengan jaga tu supaya pakai jubah ni. Balik ke sekolah aku buat lawak pada Arizal mengatakan kami posing style Harry Potter. Hahahha kelakarnya Arizal percaya. Sah dia tak pernah sampai di masjid ni.

Bersama para pelajar 5 Diamond ketika di Times Square

Rombongan ke Petro Sains KLCC
Sharifah Kamariah, aku ler, Lily, Jais , Izam dan Zatil Rakina



SMK Sg Soi merupakan sekolah ketiga tempat aku berkhidmat. Banyak pengalaman yang kukutip selama tiga tahun di sana (2003-2006). Di sana aku masih memegang jawatan yang sama ketika aku berkhidmat di SMK Tanjong Lumpur iaitu sebagai ketua panitia.


Segala pahit manis kenangan itu tetap kemas kusimpan. Bersama guru-guru yang menjadi rakan seperjuanganku: kak Saharada, kak Aneni, kak Jai, Lisa, Lily , Cik Pah, Arizal dan ramai lagi yang tidak dapat kunyatakan kesemua sekali di sini.

Pelajar-pelajar yang manis dan handsome tingkatan 5 Diamond 2006, 3 Diamond 2004 itu semunya masih aku terpahat kukuh dalam ingatanku. Gelagat mereka yang nakal tapi masih menghormatiku sebagai guru mereka


Semuanya akan kuabadikan disini dan di hatiku. Tidak akan kulupakan. Semuga persahabatan kita akan terus berkekalan.

Sunday, October 5, 2008

Jom Makan!

Satar

Koleh Lemak

Otak-otak

Semua makanan di atas adalah makanan tradisional orang Pantai Timur. Makanan tersebut berasaskan ikan dan kelapa.

Sunday, September 14, 2008

Bila Kau Orang Nak Insaf!


Kadang-kadang betapa bosannya aku dengan mereka. Masih boleh buat muka selamba, buat muka tembok dan yang sakitnya buat muka macam tak tahu apa-apa. Entah lah budak-budak itu lah yang sering aku keluhkan kalau melihat mereka seakan masih tidak menyedari bahawa mereka akan menduduki peperiksaan.


Macam manalah hati aku tak panas, bila masuk kelas tak pernahnya mereka bersedia. Dah nak akhir tahun masih lagi tak tahu peraturan. Itulah budak-budak sekarang. Tepaksa ambil masa beberapa minit untuk menyuruh mereka mengeluarkan buku dan alat tulis.


Hi..kalau ikutkan hati yang panas memang aku nak buat tak tahu sahaja. Lantaklah....tapi mengenangkan itu semuanya bangsaku maka aku sabarkan hati. Bila mengenangkan inilah cabaran yang terpaksa kami hadapi.


Selalu aku sabarkan hati...sabar...sabar...hahahaha....

Kau orang semua periksa tinggal beberapa minggu lagi. Fokus..dalam pelajaran tu, jangan berkhayal.


Idea aku dah kering ni.Kena stop sebelum aku terlebih merapu.

Sunday, September 7, 2008

Demam Sudah Bermula!

Hari ini rasa mahu menulis sesuatu pulak ketika menjengah blog aku ni. Ramadhan sudah masuk ke hari yang ke-6, di samping umat Islam sibuk menjalankan ibadat puasa serta ibadat-ibadat yang lain, kami golongan guru dan pelajar mula dihambat masa kerana peperiksaan sudah terlalu dekat. Rasa mahu demam pun ya..cikgu la yang biasanya terlebih nak demam. Risau kalau-kalau masih belum cukup persediaan yang diberikan untuk para pelajar mereka.


Masa inilah para pelajar pun seakan jemu apabila semua guru akan memberi berset-set soalan untuk dilatih tubi. Hem..inilah sistem kita ..exam oriented. Hi..hi..nak buat macam manakan. Hai..kadang-kadang kami ni tidur pun teringat pada budak-budak fikir bagaimana caranya supaya mereka skor A. Tu yang rasa nak demam tu..


Untuk para pelajar ku khususnya dan semua pelajar di Malaysia amnya selamat berjuang untuk peperiksaan. Masih belum terlambat bagi yang masih belum study tu, study lah dari sekarang. Semuga semuanya dapat menjawab semua soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

GOOD LUCK SEMUA!!!

Saturday, August 30, 2008

Muzium Sg.Lembing

Salah seorang orang kurang upaya menyiapkan sampul-sampul surat.

Di Pusat pembuatan sampul surat- sampul-sampul ini akan dibekalkan untuk jabatan-jabatan kerajaan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Model lombong bijih timah.


Model lombong bijih timah yang terdapat dalam muzium.

Fatin dan Hijrah di hadapan pintu masuk utama muzium.

Muzium Sg.Lembing.




Aku baru balik dari pemilihan tokoh nilam negeri Pahang yang diadakan selama empat hari di BTPN Beserah. Seronok juga kali ni jadi guru pengiring sebab banyak bersantai, cuma kena ikuti aktiviti pelajar aje.



Salah satu aktiviti dalam program itu kami dibawa melawat ke Muzium Sg.Lembing. Bila lihat agenda lawatan aku dah mula rasa bosan. Mana taknya dah berapa kali aku ke muzium tu. Tapi nak tak nak kena juga pergi sebab dah jadi guru pengiring.



Selepas melawat muzium kami juga berkesempatan melawat ke pusat pembuatan sampul surat orang-orang cacat. Yang ini memang aku suka sebab tak pernah pergi. Melihat sendiri bagaimana sampul surat itu dilipat oleh orang-orang kurang upaya itu memberi keinsafan pada aku supaya sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah.



Di sini aku sertakan beberapa info tentang Muzium Sg.Lembing (manalah tahu kot kau orang tersesat ke sana satu hari nanti).

  1. Pekan Sg.Lembing terletak lebih kurang 42km dari bandar Kuantan.
  2. Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk mempamerkan bukti-bukti sejarah di Negeri Pahang.
  3. Sg.Lembing pernah menjadi pengeluar utama bijih timah dunia dan digelar El-Dorado Timur kerana disinilah perkampungan masyarakat Inggeris.
  4. Perlombongan bijih timah ini dilakukan secara intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga zaman kejatuhannya 1986.
  5. Selain daripada melawat muzium pelancong juga bolehlah menyejukkan badan atau berkelah di tepi Sg.Kenau atau pun ke Bukit Panaroma untuk melihat pemandangan yang menarik sekitar Sg.Lembing.

Itulah sahaja setakat ini, semuga info ini memberi manfaat utk anda semua. Akhir kata selamat berpuasa untuk semua.

Monday, August 25, 2008

Pantai Kempadang, Kuantan
















Pantai Kempadang ini lebih kurang 1 km dari rumahku. Namun sepanjang aku tinggal di situ inilah kali ke dua aku berkunjung ke pantai ini. Membawa Nia dan adik bongsuku bersiar-siar pada waktu petang untuk menghilangkan kebosanan yang seharian terperap di rumah. Barulah kutahu bahawa pantai ini tidak kurang cantik dari pantai-pantai yang pernah ku kunjungi. Kalau mahu menikmati ikan segar yang baru ditangkap oleh nelayan, di sinilah tempat yang boleh anda kunjungi. Nelayan-nelayan akan pulang dari menangkap ikan lebih kurang pukul 1 petang jadi anda boleh menunggu mereka di sini dan anda boleh terus membeli ikan itu dari nelayan tadi dan balik terus masak. Sedap tu..

Sunday, August 10, 2008

Sanctuary Resort, Cherating




Sekali-sekala membenarkan anakku bermain pasir pantai. Seronok tak terkira..





Seronoknya dapat melihat deburan ombak ni. Tapi nak mandi ...takut la pulak.











10/08/08 kami ke Sanctuary Resort Cherating. Seronok sebab apartment kami betul-betul seaview. Inilah antara beberapa gambar yang aku sempat ambil.

Tuesday, August 5, 2008

Bagaimana Mengawal Perasaan Marah

Lama betul tidak menjengah blog aku ini. Banyak kerja betul sejak-sejak akhir-akhir ini seakan 24 jam itu macam tidak cukup sahaja. Chewahh...malam ini aku mahu berkongsi tentang satu tajuk yang aku telah baca dari satu buku yang bertajuk Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran oleh Dr.Zainal Abidin. Buku ini memang sesuai sangat dibaca oleh kita semua. Antara yang menarik perhatian aku ialah buku ini membincangkan tentang bagaimana kita dapat mengawal perasaan marah. Al maklumlah semua orang marahkan?


Beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk mengelakkan marah iaitu:-

1. Mengingatkan diri betapa sayangnya Allah kepada kita.
2. Memfokuskan pemikiran kepada akhirat agar kembali ketenangan hati.
3. Mengingatkan diri akan kesan negatif sekiranya kita marah.
4. Ingatkan diri betapa buruknya rupa kita semasa dalam keadaan marah.
5. Mencari punca kemarahan dan kemudian merawatnya.
6. Mengambil wuduk.
7. Meninggalkan tempat atau suasna yang menimbulkan kemarahan.
8. Berbaik sangka dan tidak bersangka buruk dengan orang yang kita marah.
9. Mendiamkan diri dan mengosongkan minda bagi meredakan perasaan marah.
10. Berikan kemaafan.


Itulah antara cara-caranya. Memang sukar hendak melaksanakannya tetapi sekurang-kurangnya marilah kita mencuba. Marah ini kalau terlalu kerap boleh membawa pelbagai penyakit. Contohnya darah tinggi!

Thursday, July 24, 2008

Berhentilah menjadi gelas

Masalah itu ada di mana-mana, setiap masa , ketika dan saat. Malah semua orang tidak terlepas dari menghadapi masalah. Tidak kira sama ada tua, muda, kecil, besar , kaya atau pun miskin. Semakin kita mengeluh semakin berat dan terbeban perasaan kita. Jadi hadapilah segala masalah dengan tenang dan sabar. Cerita di bawah antara cerita yang membuka mindaku yang selama ini suka benar memikirkan masalah. Cerita ini aku ambil dari sebuah laman web dah tak ingat apa nama laman web itu.
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnyabelakangan ini selalu tampak murung."Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya."Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuktersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sangmurid muda.
Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaangurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimanayang diminta."Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kataSang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum airasin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringiskeasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekattempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpabicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasaasin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludahdi hadapan mursyid, begitu pikirnya."Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambilmencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggirdanau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, danmembawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingindan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?""Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya denganpunggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumberair di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yangtersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air danmeminumnya lagi.
Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalahdalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang haruskau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuaiuntuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurangdan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pundemikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yangbebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangattergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itujadi sebesar danau."
Jadi carilah kegembiraan itu ia pasti ada.

Monday, July 21, 2008

Eye on Malaysia


Tiba-tiba pagi Ahad lalu (20/07/08) suami aku mengajak kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menaiki Eye on Malaysia atau Malaysia Ferris Wheel. Hi..hi..melompat anak aku kesukaan dan aku pula macam tak percaya (sebab suami aku tak suka jalan ke KL). Dalam hati seronok sangat sebab dah lama aku teringin naik benda tu. Padahal selalu sangat naik wheel tu masa pergi funfair dengan abah dan mak. Tapi itu tak samalah dengan Eye on Malaysia tu kan.


Sejak dilancarkan pada 6 Jan 2007 aku memang teringin sangat menaikinya. Tertelan air liur juga apabila membayar tiket. RM15 untuk orang dewasa dan kanak-kanak RM8. Hi..kalau aku ada tiga orang anak atau lebih memang tak kuasa la aku nak naik. Mahalnya!!!Hah..hah..hah suami aku kata cukuplah kita ada pengalaman naik sekali. Fisrt and last la tu maksudnya...


Aku memang sakan nak naik tapi bila gondola tu dah tergantung-gantung dan terbuai-buai ketika di atas terpejam juga mataku. Dapat juga la menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari atas tapi tak boleh tengok lama-lama sebab rasa ngeri pulak. Apa pun ia satu pengalaman untukku dan aku abadikan dalam blog ini. Lepas ini tak tahu bila boleh pergi ke situ lagi.Hi..hi..kena tengok mood KING (hah..hah..hah)

Saturday, July 19, 2008

Kuching

Muzium Sarawak
Di Muzium Kucing

Taman Budaya Sarawak. Tak masuk pun kebetulan hari hujan dan alamakkk mahalnya bayaran seorang dewasa RM60. Posing kat luar sudah..



Di hadapan Water Front. Hanania tengah merajuk, tak nak pandang kamera

Hanania dalam perahu ketika menyusuri Sungai Sarawak



Akhirnya hasratku untuk mengunjungi bumi kenyalang termakbul jua. Dengan usaha bersungguh-sungguh Normi dan Kak Umi maka kami tiga sekeluarga berangkat ke Sarawak pada 01.06.08. Cuma menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Kuching namun cukup meninggalkan kenangan untukku. Masih terbayang di mataku ini dari tingkap Hotel Harbour View aku dapat menikmati pemandangan sungai Sarawak atau lebih dikenali sebagai Water Front. Satu pengalaman yang manis apabila kami menyusuri sungai itu dengan perahu dan hanya dikenakan bayaran 0.40 sen. Pada mulanya kami agak tercenggang apabila mendengar harganya. Macam tak percaya sahaja dalam keadaan yang serba-serbi mahal,bayaran yang dikenakan hanyalah 0.40 sen, rasa tak tergamak mahu memberi 0.40 sen kepada pakcik yang tua itu.


Normi dan Kak Umi sakan membeli belah.Hah..hah..bayangkan Normi membeli 6 bidangSarawak dan Kak Umi membeli 2 bidang. Masa nak balik ke Temerloh dapat bayangkan keadaan kami yang begitu padat dalam van. Tapi itulah pengalaman. Aku, suami dan anak hanyalah juara mengambil gambar. Setiap tempat kami merakamkan segalanya dengan kamera digital. Hanania merupakan modelnya, semua tempat ada gambarnya. Hi...cik kak sorang tu memang suka berposing.


Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan ialah rengekan Hanania yang ingin makan maggie mee dalam flight Air Asia. Huh..aku berkeras tidak memenuhi permintaannya (suamiku hampir kalah dengan cik kak sorang tu). Manakan tidak harga maggie cup tu RM6. Hish..mahalnya..membazir sahaja. Memang merajuk sakan la dia. Aku biarkan sahaja. Setakat maggie tu lepas balik dari Sarawak boleh makan sepuasnya.


Apa pun berjalan atau melancong ni sebenarnya menelan belanja yang banyak. Memang kena betul-betul berkira (hi..hi..itu bagi kami yang tak berapa berada, orang berada mungkin tak kot). Tengok la..hajat di hati kalau diizinkan Allah kami ingin ke Kota Kinabalu pada tahun depan. Tapi kena tengok bajet. Ok sampai ketemu lagi.