Masih belum boleh lena. Menyebabkan aku mengadap blog aku ini. Tetapi fikiran masih kosong, tak tahu apa yang patut aku coretkan. Serabutnya fikiranku saat ini. Seperti tali yang berpintal-pintal tak tahu mana satu hujung pangkalnya. Alih-alih aku suka menghias blog aku dengan cartoon sahaja. Hehheheh kadang-kadang best jugak jadi macam cartoon menyebabkan kita boleh ketawa sentiasa.
Masalah memang sentiasa ada. Kadang-kadang selesai satu masalah, masalah lain pulak yang akan timbul. Ada ke orang yang tak ada masalah? Agaknya apa rasa jika tiada masalah? Seronok agaknya berbanding dengan orang yang asyik dilanda masalah. Tapi orang yang tiada masalah itu sebenarnya bermasalah jugak. Hehheh apalah yang aku merapu ni, mentang-mentangla otak aku tengah serabut.Pejamkan mata, bayangkan anda berada di satu tempat yang indah dan menggembirakan. Di tepi pantai yang begitu putih pasirnya, airnya yang begitu biru mendamaikan jiwa tatkala memandang. Itu la antara terapi untuk menghilangkan tension yang pernah aku baca. Macam-macam cara-cara. Namun cara yang paling baik ialah ingatkan Allah, berdoa banyak-banyak.
Doaku biarlah semua dan segala-galanya berakhir dengan kegembiraan. Amin!
No comments:
Post a Comment