Antara banyak-banyak sajak yang kubaca, sajak inilah yang paling terkesan di hatiku. Bukan kerana aku guru, tetapi kerana aku begitu menghargai peranan, pengorbanan dan tugas guru-guru yang telah mengajarku. Guru memang banyak berjasa tidak kiralah guru matematik ke, guru bahasa ke, sains ke, semuanya memberi impak dalam kehidupan seseorang pelajar. Namun masa telah berubah peranan guru semakin dipinggirkan. Kadang kala sedih bila melihat anak didik yang berjaya tetapi apabila bertemu guru senyuman pun sukar untuk diukirkan. Hah..begitulah lumrah dunia.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang
No comments:
Post a Comment