Lepas menanda beberapa kerja kursus budak-budak kepala dan otak aku mula keletihan. Nak rehatkan minda sebentar dengan menulis di blog aku ni. Hi..hi..sedar tak sedar dah nak masuk dua tahun aku telah berada di bandar yang terkenal dengan ikan paten ni.
Sebelum ini aku tidak pernah keluar dari Kuantan (keluar la sekejap masa belajar dulu). Walaupun ramai rakan-rakanku yang mengambil keputusan untuk menetap dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi aku tetap ingin meneruskan kehidupan di Kuantan. Kuantan satu tempat yang amat menyeronokkan. Datanglah kalau tak percaya!!.
Tetapi manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan, tiba-tiba rezeki suami ku ditakdirkan di sini. Maka bermula Ogos 2006 suamiku mula bertugas di daerah yang amat terkenal dengan ikan paten ini. Aku dan anak menyusulinya pada tahun 2007.
Mula-mula sampai aku memang mati kutu. Bandar ni tak ubah macam bandar koboi. Pukul enam petang keadaan dah mula terasa sunyi dan kebanyakan kedai dah ditutup. Hi..hi..hi..kebosanan mula melanda kehidupan kami. Kalau dahulu kami sering menyusui deretan kedai di pusat-pusat membeli belah, menghirup udara nyaman pantai sambil berjogging, menikmati kelazatan makanan-makanan laut. Kini tiada lagi. Benar-benar aku tidak tahu ke mana untuk membawa anak untuk keluar menghabiskan masa di hujung minggu.
Sudahnya setiap minggu kami balik ke rumah di Kuantan. Sampaikan aku merasa benar-benar kepenatan. Mana tidaknya ahad malam barulah sampai di daerah ini dari Kuantan dan esok terpaksa bangun pagi untuk bekerja. Benar-benar penat sehinggakan berat badanku turun.
Namun lama-kelamaan aku mula belajar untuk menerima hakikat dan belajar menerima keadaan baru ini seadanya. Aku mula cuba mencari keistimewaan daerah ini dan berhenti membandingkannya dengan Kuantan. Akhirnya aku BERJAYA!!! kerana aku mula menyukai untuk terus tinggal di sini.
Nantilah dalam post yang lain akan kuceritakana mengapa aku mula tertarik dengan daerah yang dulu begitu asing dalam hidupku.
Sampai ketemu lagi. Salam ceria untuk anda semua.
No comments:
Post a Comment