Semenjak dua menjak ni aku jarang menjenguk dan menulis dalam blog nih. Ada banyak perkara yang ingin dicatat tetapi tak ada mood. Pertamanya aku sibuk berfacebook. Sakan betul aku berfacebook maklumlah teruja bertemu semula rakan-rakan lama di alam siber.
Rakan-rakan dari sekolah rendah, menengah hinggalah ketika di universiti. Namun dalam kegembiraan bertemu mereka di alam maya ini terselit jugak rasa terkilan dan aku mula menyedari hakikat bahawa sedangkan pantai pasti berubah inikan manusia.
Kadang-kadang kita menganggap mereka masih mengingati kita, saat bermain, bercerita atau bergembira namun hakikatnya ada yang telah melupakan segala-galanya , malah tidak ada sekelumit pun kenangan yang dibawa bersama.
Suasana dan penghidupan baru rupanya banyak mengubah seseorang. Kadang-kadang aku hanya tersenyum sendirian, masing-masing sudah berubah lebih berstail, lebih banyak 'english' dari bahasa sendiri. Bila sudah bertemu dan berbual aku sudah mula memikirkan masa sudah jauh meninggalkan segalanya yang ada hanya kenangan!
2 comments:
salam
saya sendiri pernah jumpa balik kawan yang sama2 susah senang di Universiti dulu.kira kawan airmata lah.
tapi awal tahun ni terjumpa dia kat hospital,dah lain sangat rasanya,arsa macam ekna ada protokol pula kalau nak berbual dgnya..
Sabar je la kan..ingatkan macam dolu2..tapi rupanya dah lain. kalu jadi cam tu just say hi dan senyum je la.
Post a Comment