Saturday, January 23, 2010

Ikan Perkasam Punya Hal

Ni ler ikan perkasam ...
Ikan Patin Masak Tempoyak (siapa masak?)





Kiranya genap la 3 tahun aku menetap di bandar ikan patin ini atau bandar titik tengah semenanjung Malaysia ni. Terus terang kukatakan bahawa sebelum ini ketika berada di Kuantan aku tidak pernah menjeling sedikit pun akan ikan patin. Melihatnya sahaja aku kurang berkenan apatah lagi untuk merasa atau mencuba rasa.

Namun bila dah menetap di sini, hari-hari aku lihat ikan patin. Di kantin sekolah, di kedai makan, di pasar malam, apatah lagi di pekan sehari. Jadi hendak tak hendak aku pun makan ler. Not so bad la. Tapi satu lagi ikan yang terkenal di sini ialah ikan sungai yang dijadikan perkasam.
AKu memang teringin untuk mencuba ikan ini sejak pertama kali melihatnya dijual di pekan sehari lagi. Tapi entahlah suami aku tu macam tidak memberi galakan sahaja. Jadi aku diamkan je la.

Hendak dijadikan rezeki agaknya, petang semalam ada rakan suami yang memberi dua bekas ikan itu. Jadi ikan itu digorenglah. Pada mulanya aku bimbang untuk mencuba kerana memikirkan penyakit resdung yang aku hadapi. Tapi bila si Nia sibuk memuji-muji kesedapan ikan itu aku lantas terus mencedok nasi dan makan! Wah memang sedap pun rasanya lemak, masam dan sedikit masin. Aku beritahu suami best kalu makan dengan pulut.


Tapi kesedapan itu hanya sementara, belum pun sampai 1 jam aku makan aku sudah terbersin, merasa gatal di muka, mata dan hidungku mula tersumbat. Keadaan makin teruk bila kepala mula berdenyut-denyut sakit dan air hidung keluar. Tidak selesa betul, rasa nak menjerit je. Nak menangis pun ada. Selesai solat magnrib aku dah tak larat. Dalam keadaan begitu suami aku memberi suggestion yang sungguh kelakar tahap gaban. "Zai pergi la cuci hidung tu dengan listerin". Hah, aku yang dah tak tahu nak buat apa tu, walaupun merasa tak masuk dek akal pergi juga la ke toilet ikut saranan dia. Depan cermin aku pun terfikir cam ne nak guna listerin dalam hidung. Alih-alih aku hanya basahkan hidungku dengan listerin sahaja sebab terlalu gatal. Eeee..nak marah pun ada. Cam ne la dia dapat idea 'bernas' tu. Bukannya untuk mulut ke?


AKhirnya aku membuat keputusan, kalu tak ambil tindakan cepat-cepat alamat tak boleh pergi sekolah. Aku perlu berbekam. Malam itu juga aku menelefon tempat berbekam itu dan alhamdulillah hilang segala mak nenek sakit, gatal dan tidak selesa di mukaku setelah berbekam.

Hal bekam ni pun satu jugak. Bila semua masalah di muka dan kepala hilang, timbul masalah lain. Muka ku menjadi lebam kebiru-biruan sebab aku bebekam di bahagian hidung dan muka. Macam kena dera dek laki je. Hehhehe tapi apa nak buat terpaksalah tanggung. Hari ini ke sekolah semua kawanku terlopong " Zai!!! kenapa?" Semua mata membulat memang macam betul aku ni didera. Aku gelak dahulu. Last-last aku jawab "kena cium!"hahahhahah. 'Tak la, saya berbekam sebab saya....bla..bla....ikan perkasam punya hal"
Eee..lepas ni tobatla aku tak makan.

Thursday, January 21, 2010

Terima Kasih.

Tidak ramai yang mengetahui aku mempunyai blog dan aku tidak bercadang untuk memberitahu semua rakanku. Blog ini sebenarnya satu medan utk melepaskan penat lelah, tekanan dan kebosanan.(Huhuuuu jiwang karat betul). Apa yang penting ia untuk dijadikan tatapan untuk anakku. Walaupun dia selalu membaca di blog ini tetapi dia masih tidak mengetahu apa yang tersirat dan tersurat. Dia selalu berkata"mama ,nia bukak blog mama,tunjuk pada kawan-kawan." Hehhehe budak-budak sebenarnya bukan baca pun ayat berjela-jela ni. Cuma dia suka membaca cerita lucu yang aku dan dia upload dari sebuah laman.
Namun dunia cyber ini telah memberiku pengalaman yang tidak boleh kubeli atau kudapat di mana-mana. Ada baik dan buruknya jika sesiapa yang meminati dunia ini. Baiknya kita akan dapat menambah kenalan. BUruknya ? Jaga-jaga rumahtangga boleh binasa! hahahhaha dan ada yang 'fake' terutama kalau kita mempunyai kenalan chating. Jangan percaya semuanya! Kadang-kadang bila mengenang kali pertama aku berchating ni aku hanya senyum sendirian, betapa naifnya. Itulah pengalaman.
Apapun aku juga mempunyai pengunjung yang setia, NUR dan UMMU MASYITAH! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca luahan kak zai yang kadang-kadang lebih banyak merapu. Walaupun kak zai tidak selalu memberi komen dalam blog Nur dan Ummu tetapi setiap posting yang baru kak zai akan baca. Kalau tidak disebabkan 'kesewelan' broadband pasti kak zai akan memberi komen untuk semua posting. Dan untuk sesiapa sahaja yang mungkin 'bersembunyi' di sebalik daun atau celah-celah pokok, terima kasih kerana sudi singgah.

Spoon Feed 2

Teringat kembali perbualanku bersama seorang rakan rapat yang telah menjadi pensyarah, "apa yg u all buat pada student, tak tahu berdikari langsung". Aku hanya gelak mendengar luahan hati dia tentang pelajar-pelajar walaupun cemerlang dalam keputusan peperiksaan tetapi dalam aspek lain masih tidak bijak. "atas kertas aje, straight A tapi nak ke library pun takut, tak tahu nak cari bahan semua mintak ngan lecturer", sambung kawan aku lagi.
"Spoon feed, macam ko suap nestum ke mulut anak ko yang baby", akhirnya aku menjawab. Itulah hakikatnya yang terjadi di sekolah. Mengapa wujud situasi 'spoon feed' itu? ramai la yang menunding jari menyalahkan guru. Guru tak pandai guna kaedah itu ini, guru hanya 'chalk and talk', guru itu dan guru ini..bla..bla...
Tarik nafas dalam-dalam. Ramai yang tidak menyedari akan hakikat sistem pendidikan kita yang terlalu terikat dengan peperiksaan. Setiap subjek mempunyai silibus atau sukatan pelajaran yang perlu diselesaikan sebelum peperiksaan percubaan lagi. Mahu atau tidak guru perlu menyelesaikan semua silibus itu selewat-lewatnya sebelum bulan Ogos.
Jadi apa yang berlaku guru akan menyediakan segala-galanya untuk pelajar seperti nota, peta minda, soalan. Malahan ada guru yang membawa pen atau kertas untuk diberi kepada pelajar yang sering memberi alasan tidak membawa pen atau buku. Begitulah hakikatnya, disebabkan guru sebenarnya bosan dengan pelbagai alasan pelajar jadi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar maka guru menyediakan semua itu. Namun begitu apa yang dinyatakan di sini mungkin tidak berlaku di semua tempat. Bergantung kepada lokasi dan latar belakang keluarga pelajar.

Sunday, January 17, 2010

Spoon Feed

Sebenarnya, aku tidak pernah membicarakan tugas seorang guru secara detail di dalam blog ini. Hari ini aku merasa terpanggil untuk menceritakan dunia guru yang dianggap "separuh hari" oleh kebanyakan orang di luar sana.
Sebenarnya tiada istilah "separuh hari", bebanan kerja itu perlu di bawa sehingga ke rumah untuk diselesaikan. Begitulah rutin setiap hari. Itu belum ditambah dengan "clerical work" yang saban waktu perlu diselesaikan. Malah guru kini bukan dibebani dengan kerenah anak murid di dalam kelas turut sama dibebani dengan kerenah ibu bapa.
Bersambung......hehhehe tiba-tiba mengantuk

Friday, January 15, 2010

Bicara 2010

Agak lama menyepi. Bukan tiada cerita tetapi hanya tiada mood ditambah dengan kesibukan pada awal tahun. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma yang berbeza aku kini sudah mula membuat BBM untuk para pelajar. Kenapa? sebab aku mahu segalanya berjalan dengan lancar dan tidak mahu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat bising atau merasa bosan.
Paling ketara, aku telah membawa balik buku Rancangan Mengajar untuk disiapkan di rumah. Hahhaha kak Umi terkejut! " Zai, bawa balik buku ni".Hehhehe aku tersengih sahaja sambil menyatakan pada kak Umi aku benar-benar mahu bersedia sebelum masuk ke kelas. Tidak lagi terkial-kial seperti dahulu.
Tapi mengapa tahun ini setelah hampir 12 tahun? Hurmmm...sekurang-kurangnya kesedaran itu penting walaupun lewat tetapi masih belum terlambat. Sekian, salam tahun baru untuk semua.