Thursday, January 21, 2010

Terima Kasih.

Tidak ramai yang mengetahui aku mempunyai blog dan aku tidak bercadang untuk memberitahu semua rakanku. Blog ini sebenarnya satu medan utk melepaskan penat lelah, tekanan dan kebosanan.(Huhuuuu jiwang karat betul). Apa yang penting ia untuk dijadikan tatapan untuk anakku. Walaupun dia selalu membaca di blog ini tetapi dia masih tidak mengetahu apa yang tersirat dan tersurat. Dia selalu berkata"mama ,nia bukak blog mama,tunjuk pada kawan-kawan." Hehhehe budak-budak sebenarnya bukan baca pun ayat berjela-jela ni. Cuma dia suka membaca cerita lucu yang aku dan dia upload dari sebuah laman.
Namun dunia cyber ini telah memberiku pengalaman yang tidak boleh kubeli atau kudapat di mana-mana. Ada baik dan buruknya jika sesiapa yang meminati dunia ini. Baiknya kita akan dapat menambah kenalan. BUruknya ? Jaga-jaga rumahtangga boleh binasa! hahahhaha dan ada yang 'fake' terutama kalau kita mempunyai kenalan chating. Jangan percaya semuanya! Kadang-kadang bila mengenang kali pertama aku berchating ni aku hanya senyum sendirian, betapa naifnya. Itulah pengalaman.
Apapun aku juga mempunyai pengunjung yang setia, NUR dan UMMU MASYITAH! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca luahan kak zai yang kadang-kadang lebih banyak merapu. Walaupun kak zai tidak selalu memberi komen dalam blog Nur dan Ummu tetapi setiap posting yang baru kak zai akan baca. Kalau tidak disebabkan 'kesewelan' broadband pasti kak zai akan memberi komen untuk semua posting. Dan untuk sesiapa sahaja yang mungkin 'bersembunyi' di sebalik daun atau celah-celah pokok, terima kasih kerana sudi singgah.

2 comments:

ummu said...

Salam kak,
hu hu yang pastinya saya tak sembunyi di celah2 pokok kan?
saya ni pula berblog nak wat palartform dgn bekas pelajar.sebab diorang call minta saya tuliskan pasal keunseling walaupun merka dah masuk kolej.
erm,masalahnya kalau nak tulis kaunseling.banyak perkara yang perlu diambil kira.sedgkan saya dok terbaring kat rumah,pelayar yang lain mula konfius.(sebab tak semua kawan2 tahu saya ada blog.suami saya nak buat blog dan nak tulis kat blog saya macam mana dia menjaga saya dan rawatan yang dilakukan,tapi saya rasa segan pula.)
last2 anak murid saya langsung tak meninggalkan jejak kak.yang ada cuma kenalan maya yang mana en suami akan 'memantau' saya. hi hi jealous juga dia kat saya kak..

hikayathati said...

Salam masyitah, heheeh en.suami cemburu gak ek? yelah ummu kan banyak followers, tu yg dia risau.Ummu punya blog tu dah cukup bagus la, secara tak langsung dah menyentuh tentang kaunseling tu. Memang pun bila dah berblog ni yg jadi kawan kita adalah kawan2 yg baru.Ok take care!