Agak lama menyepi. Bukan tiada cerita tetapi hanya tiada mood ditambah dengan kesibukan pada awal tahun. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma yang berbeza aku kini sudah mula membuat BBM untuk para pelajar. Kenapa? sebab aku mahu segalanya berjalan dengan lancar dan tidak mahu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat bising atau merasa bosan.
Paling ketara, aku telah membawa balik buku Rancangan Mengajar untuk disiapkan di rumah. Hahhaha kak Umi terkejut! " Zai, bawa balik buku ni".Hehhehe aku tersengih sahaja sambil menyatakan pada kak Umi aku benar-benar mahu bersedia sebelum masuk ke kelas. Tidak lagi terkial-kial seperti dahulu.
Tapi mengapa tahun ini setelah hampir 12 tahun? Hurmmm...sekurang-kurangnya kesedaran itu penting walaupun lewat tetapi masih belum terlambat. Sekian, salam tahun baru untuk semua.
2 comments:
salam
apa khabar kzai
lama tak dgr khabar berita?
enjoyed ur day and taking care
salam Nur,
kak zai ada, cuma sibuk ngan kerja sekolah je. Jarang nampak Nur kat FB.
Post a Comment