Monday, March 1, 2010

Bengang!!!


Rasa macam nak hempuk je lap top ni. Berjam-jam aku mengedit, cut, paste semua gambar aktiviti sekolah. Rasa nak terkeluar biji mata aku nak mencari gambar yang sesuai. Bila semua dah selesai cuma tinggal nak print saja, tiba-tiba lap top yang kurang sihat tu 'hang'. Huwaaa!!! aku rasa nak menggelupur je, semua yang aku buat tu hilang. Mak, aku lupa nak save!.Memang aku rasa nak menangis. Ingat nak buat semula tapi hari dah pukul 2 pagi.Pukul berapa aku nak tidur kalau nak buat semula? Bengang betul! Tapi memang salah aku, kenapa la aku lupa nak save dan buat kerja last minute. Arghhh...esok la jawabnya aku pulon semuanya di sekolah.

2 comments:

Idi said...

Bengang, jangan engkau bengang
BENGANG! BENGANG!
Bengang bermacam ragam...

ummu said...

Kak laaa penatnya wat...erm,agaknya sistemnya kot yang ting tong...wah rushing lah akak wat kat sekolah?