Kadang-kadang kita merasa perwatakan atau cara kita tidak langsung meninggalkan kesan atau menarik perhatian individu lain. Itulah yang aku sering rasakan. Apa yang kita buat, apa yang kita pakai itu beberapa contoh peribadi yang hanya disedari oleh keluarga dan kawan rapat sahaja.
Namun beberapa peristiwa benar-benar membuatkan hatiku begitu terkesan. "Ada orang ingat aku!", itulah ayat yang meluncur keluar dari benakku. Orang di sini merujuk kepada kawan-kawan yang kurang rapat, yang seringnya kita pandang dan senyum sahaja. Bukan tempat berkongsi cerita.
" Baizura!kau Baizurakan?". Nama yang disebut itu membuatkan aku tercenggang. Wajah ceria dan peramah itu aku kenali, namun dia bukanlah teman rapat kami. Bunyi nama yang akan sama membuatkan gadis 'mesra alam' itu memanggilku Baizura.
"Bukan Baizura, Zainura la, aku membetulkan kesilapannya itu. Dia terjerit kegembiraan. "Tapi, aku memang ingat sangat kau. Uniform sekolah kau berbeza dari kami. Paling aku tak tahan, kau suka tocang rambut dua. Riben ko warna kuning lagi. Dari jauh dah boleh nampak reben kuning kau tu. Hehhehe benar-benar menarik perhatian orang". Terlopong aku mendengar penerangannya. Macam mana dia boleh ingat semua itu. Semasa di perhimpunan, di kantin, di padang sekolah aku hanya memandangnya sambil tersenyum sahaja. Seingat aku kami tidak pernah berbual panjang. Dia boleh cam aku yang hanya bersekolah selama tiga tahun sahaja di sekolah rendah itu. Selepas peristiwa itu kami menjadi akrab. Sya, sayang kau selalu!!!
Dia pernah sekelas denganku ketika di sekolah rendah. Kehadirannya seperti rakan-rakan kelas yang lain yang tidak pernah aku pedulikan sangat dan dia pun tidak juga mempedulikan aku.Mungkin aku tidak mempedulikannya sebab dia merupakan pelajar yang popular dan diminati ramai oleh pelajar perempuan. Jadi dah ramai peminat tak payah la aku pulak nak menyibuk-nyibuk.
Ketika di sekolah menengah kami ditakdirkan di sekolah dan kelas yang sama untuk 2 tahun. Seperti dulu juga, kami setakat berbual perkara-perkara penting sahaja. Dia kelihatannya semakin pendiam dan kurang menonjol berbanding di sekolah rendah. Kami ditakdirkan berjumpa semula selepas 8 tahun di Puduraya ketika aku mahu pulang ke Kuantan kerana cuti semester. Dari jauh aku melihatnya tersenyum dan bila dia mendekatiku dia menyapa, "Zainura!".
"Kau ingat lagi nama aku?". Soalan itu, bila difikirkan semula macam nampak bodoh sangat. Hehe masa itu hanya itu sahaja yang termampu keluar dari mulutku ini.
" Aku ingat kau, aku ingat sangat terutama senyumaan kau tu. Bila nampak kau senyum aku tahu kau Zainura, senyuman kau manis sangat". Hohoooo masa itu aku macam terlayang-layang ke udara sahaja, seronok, terkejut, tak sangka bercampur aduk. Mengingati namaku mungkin perkara biasa sebab kami pernah sekelas, namun dia mengingati aku atas satu alasan yang tidak pernah orang lain nyatakan, satu alasan yang berbeza!. Itulah kali terakhir kami bertemu. Kalau dia mengingati senyuman aku, aku juga masih mengingati senyumannya hingga kini. Al-Fatihah untuk kawanku Zulkifli semuga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kawanku seorang ini pun dari sekolah rendah yang sama. Disebabkan aku hanya sempat belajar tiga tahun sahaja di situ dia mungkin 'hilang ingatan' sebentar tentang aku walaupun kami memasuki sekolah menengah yang sama. Aku pula tidak ada inisiatif memperkenalkan diriku kepadanya walaupun kami selalu bertembung. Hanya memandang sepi dan terdetik di fikiranku adakah dia perasan akan aku yang pernah sekelas dengannya. Bertemu kembali di dalam Facebook. Aku terkejut apabila dia menghantar message. Hahahah ingatan dia terhadap aku lagi kelakar, aku sendiri tak pernah terfikir perkara sebegitu menyebabkan aku diingatinya. "itula pasal aku ingat dulu, ko tak suka pakai baju kurung kan.. lepas tu ko suka duduk atas bangku tangan kau dua2 ke belakang pegang penyandar kerusi.... tul kan. Aku gelak sakan bila membaca messagenya itu dalam FB. Itu la kegemaranku. Bila masa pulak mamat ni perhatikan aku. Sekolah rendah memang la tak pakai baju kurung, bukan tak suka, tapi masa tukan budak-budak lagi.
Entah mengapa tahun ini seperti pintu hatiku terbuka untuk menyambung pelajaran. Perasaan itu amat berkobar-kobar. Sebelum mengisi borang hatiku kuat mendesak agar aku mendapatkan nasihat terlebih dahulu dari bekas pensyarahku dulu. Memang aku pasti dia tidak akan mengingati aku, namun dalam ramai-ramai pensyarah dia kelihatan 'mesra alam' dengan pelajar dan tidak lokek memberi markah. Aku pernah mengambil papernya hanya untuk satu semester sahaja. Jadi tidak mungkin dia boleh mengingati aku. Aku tak kisah janji boleh mendapatkan maklumat yang aku perlukan.
Dengan perasaan takut aku menelefonnya setelah mendapatkan nombor dari telefonis. Setelah memberi salam dan memperkenalkan diri aku tiba-tiba terdiam sebentar. " Ya cikgu, cikgu apa khabar". Hairan bin ajaib betul aku." Sensei ingat ke lagi saya?", adakah itu juga soalan yang bodoh aku tak peduli. Dari hujung talian aku mendengar ketawa kecilnya. "Ingat...orangnya hitam manis, manis-manis, lawa dari Pahang tu. Pernah kerja di golf resort". Bila dia menyebut tempat aku pernah bekerja sebelum mengajar, memang sah dia masih ingat. Aku memang suka, suka sangat, suka sakan dan bersakan-sakan.Tidak pernah pun aku terfikir seoarang pensyarah akan mengingati pelajarnya setelah melebihi 1o tahun. Banyak yang kami bualkan, berulang kali dia mengofferkan diri untuk menjadi penyokongku. Tapi disebabkan jarak yang jauh aku rasa lebih senang mencari penyokong di sekitar sekolahku sahaja.
Aku tidak kisah apa komen atau pandangan orang jika mereka terbaca entri ini. Nak kata aku perasan atau segalanya, cuma jika mereka pernah membaca entri aku tentang perasaan aku sebagai "plain jane" mereka mungkin mengerti. Betapa pendiam dan terpencilnya seorang aku. Oleh itu bila mengetahui ada individu yang mengingati aku disebabkan alasan-alasan yang aku rasakan kurang menarik, aku menjadi begitu teruja. Sekian sebuah catatan dari hati yang semuanya telah kuceritakan dan dalam pengetahuan suami.
4 comments:
Salam kak Nura
terharu sangat baca kisah akak,seorang 'plain jane' yang diingati dalam benak insan lain.
alfatihah juga untuk kawan akak.
good luck untuk sambung belajar tu kak.elok sangat akak futher study.
hubby saya dulu terpaksa tolak HLP sebab dia risau nanti siapa yang akan jaga saya sewaktu dia gi sambung belajar.takdir allah,bila di TJ,dia dapat rezki lain,saya suruh juga dia pergi.opps menceceh pula saya di blog akak.
akak, ni rumah baru saya;http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/
en hubby yg watkan,saya touch up sikit2.masih dlm pembinaan kak.
Salam um masyitah, terima kasih baca. pasal further study tu kalau ada diizinkan Allah, ada rezeki, ada peluang insyaallah akak sambung. harap2 diberi kekuatan dan kesabaran la. Insyaallah akak visit blog ummu.
Zai,
Jangan pandang rendah kemampuan kita mengubah dunia hanya dengan kehadiran dan kewujudan kita.
Hehhe betul tu Idi..
Post a Comment