Aku amat jarang membuat pemeriksaan kesihatan seperti memeriksa bacaan gula dalam darah atau tekanan darah. Seingat aku untuk pemeriksaan gula dalam darah tu aku buat sebelum pindah ke temerloh, lama dah mungkin 2005.
Isnin lepas (19.04.10) sempena minggu Sains dan Matematik, mereka membuka kaunter pemeriksaan tekanan darah tinggi dan gula ni. Budak-budak tu seronok buat aktiviti tersebut ala-ala doktor gitu. Entah kenapa bila lalu depan pelajar-pelajar ni yang begitu riuh sedang memeriksa pelajar dan guru aku pun turut berhenti dan duduk. "cikgu kena bayar RM3 kalu nak test gula dalam darah".Sambil berseloroh aku jawab cukup mahal RM3 tu. Saja menyakat. Bacaan gula aku selepas makan ok tak ada la terlebih gula.Alhamdulillah.
Tapi bila aku check high blood. Ayoyoooo..aku memang terkejut 142/101. Eh!takutnya, biar benar. Keesokan harinya aku periksa lagi dengan pelajar-pelajar tu, turun sikit 138/84. Tapi menurut kata Suzi (cikgu Sains) aku dah kena berwaspada. Balik rumah aku periksa sendiri (kat rumah ada alat tu, tp malas nak guna, suami je yg selalu check), arghh masih lagi bacaan yang sama.
Patut la kebelakangan ini kepala aku sentiasa sakit dan berdenyut-denyut. Stress sangat kot aku dengan budak-budak ni.Macam-macam alasan la dalam kepala aku nih. Sebab aku makan mayonis dengan salad ke hari sebelum tu?aku masak ikan masak kicap terlebih kicap ke?macam-macam ada.... Tapi yang paling ketara aku dah terlalu lama tidak berjogging. Rasanya tahun ni hanya beberapa kali aku berjogging bersama suami. Kalau dahulu memang setiap hari. Tahun ni memang malas, bila dah balik rumah rasa lesu sangat, apatah lagi tengok cuaca yang panas bertambah la malasnya. So bila dah tengok bacaan yang tinggi gitu dalam kepala aku ni konon-kononnya nak pergi aerobik menggantikan jogging, tak la berpanas sangat. Hishhh tapi bila fikir semula...aku tak pernah pergi aerobik, setakat yang sekolah anjurkan aerobik main-main ada la.
Tapi yang paling kelakar bila Nia dapat tahu "takkan mama kena juga, mama kan muda lagi".Hahah...muda lagi ke mama ni Nia....Last sekali ayat dia "Eee..takkan dua-dua kena darah tinggi" (dia maksudkan aku dan abahnya). Apa sekalipun selepas ini aku kena ubah beberapa perkara: kena rajin beriadah, kena cool dengan budak-budak ni (korang tak nak hantar kerja kursus lantaklah....), kena ceria selalu dan tidur perlu cukup.
No comments:
Post a Comment