Dua tiga minggu kebelakangan ini aku memang sibuk. Bila dah sibuk secara tidak langsung ia akan jadi penat, bila dah penat tahap tertinggi biasanya hilang mood , tension dan rasa nak menangis berlagu-lagu. Itu la aku...hahah...
Itu la namanya hidup. Bermula awal bulan April aku, mak dan Liana ke Penang menghadiri majlis konvo Liana. Haru juga dibuatnya. Itulah pengalaman pertama pergi ke tempat yang jauh tanpa suami. Seberang Perai , P.Pinang. Malas nak menyusahkan suamiku, ditambah dengan hari bekerja jadi kami menaiki bas ke sana. Bila tiba saat-saat begini amat terasa ketiadaan abah. Kadang-kadang aku mengeluh juga dalam hati amat sukar rasanya tiada abah, banyak perkara aku perlu uruskan. Kadang-kadang tak tercapai dek tenaga perempuanku ini. Tapi walau apa sekalipun itu bukan alasan untuk tidak meraikan kejayaan adikku yang kuat berusaha ini. Susah macam mana pun aku akan pastikan mereka tidak terabai.
Ada juga hati yang terusik bila mendengar kisahku menaiki bas ke sana. Hahah Kak Zie terlopong mendengar ceritaku , matanya berkaca.Alamak Kak Zie melankolik la pulak. Oh , Kak Zie cayang...small matter je tu, zainura ni dah biasa hidup susah. Hehhe. Mungkin Kak Zie terharu kot bila dengar cerita aku yang sampai ke Butterworth pukul 4 pagi , lepas tu tak tahu mana nak lepak. Liana pulak tak beritahu awal pada pihak hotel tu yg kami sampai awal, dia kata boleh check in pukul 2 ptg. Oh Liana kenapa la dia tidak boleh berfikir lebih panjang sikit. Aku pulak serah bulat2 pada dia tentang penginapan ni. Gelisah giler aku, dah la pakcik2 teksi sibuk bertanya itu ini lebih pada kami ni lari dari rumah pulak.
Memang otak aku blur jap, termenung gak aku. Masa solat subuh, aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kami. Kesian jugak kat mak, mesti penat, takkan nak duduk kat terminal bas ni sampai tengahari. Alhamdulillah diberi petunjuk lepas solat, aku menghubungi pihak hotel menceritakan masalah kami. Dan horeyyy kami boleh check in pagi tu juga.
Liana pun kesian, sampai hotel letak bag terus pergi raptai. Nak je aku cakap pada Liana tak payah pergi raptai tu, buat penat dan buang masa je. Hermm..tapi adikku ini skema sikit, ikut peraturan...biar je la.
Aduhai hotel yang bertaraf 2 bintang tu rupanya baru saja dibuka. 1 Bintang ke , 2 bintang ke atau tak de bintang itu bukan masalah padaku. Masalahnya tempat makan jauh. Terima kasih la pada pekerja hotel tu yang sanggup menunjukkan tempat makan pada kami. Berjalan kaki sejauh setengah km. Aku kalu bab2 berjalan kaki ni tak kisah cuma bila melihat mak berjalan tu aduh..rasa sedih sangat. Nak2 musim panas, pukul 9 pagi kami keluar matahari atas kepala.
Hah konon bila sampai ke Penang tu aku berangan la nak makan pasembur, nasi kandar, naik feri. Semuanya tak kesampaian sebab raptai Liana yang dikatakan bermula pukul 8 pagi seperti dalam surat rupanya ditangguh pada petang. Disebabkan penat dia hanya tunggu bersama kawan-kawan dia, mungkin lepak kat surau la kot. Aku pulak dengan mak lepas keluar breakfast dah tak keluar lagi dah, masuk bilik tengok tv dan akhirnya tertidur. Pukul 6 ptg adik aku tu baru balik. Lepas solat magrib kami bergegas ke Butterwoth untuk membeli tiket balik. Lepas beli tiket baru la makan malam.Itu pun Liana dah tak larat, dia kata dia penat sangat. Tapi aku cakap kena makan jugak sebab tengahari dah tak makan.
Hari konvo pada hari Isnin tu kami awal-awal lagi keluar walaupun sesi Liana pada sebelah petang . Berjalan kaki la katakan, slow-slow. rupanya dah tak ramai orang berjalan kaki zaman sekarang ni. Orang pulak cam pelik je tengok kami berjalan 3 beranak, cam nak gi beraya la pulak.hehe.So lepak di surau Politeknik tu aje sementara menunggu pukul 2 petang. Segalanya selesai pada pukul 6 petang, kami naik bas Utama Ekspress pada pukul 10 mlm. Aku turun di Temerloh, sementara mak dan Liana turun di Kuantan. Weh..rupanya naik bas ni lagi penat , terlambung-lambung, sakit badanku ini. Sampai pukul 5 pagi. Huwaaa...pukul 7 aku ke sekolah. Perhh..hari tu ke sekolah ibarat jalan tak jejak bumi, penat sangat.
Apa sekalipun, penat ke , kena berjalan kaki ke, aku bersyukur dah dapat menyelesaikan satu perkara penting dalam hidup adik ku itu. Sebagai Kak Long aku perlu memikul segala tugas setelah pemergian abah. Kadang-kadang aku merasa berdosa sebab seringkali mengeluh dalam hati kerana banyak perkara aku perlu fikirkan dan selesaikan serta hadapi. Tapi seringkali jugak bila perasaan jahat itu hadir aku cepat-cepat memujuk hati bahawa itu adalah satu cara untuk aku berbakti kepada mak dan adik-adik yang memerlukan. Aku juga mengingatkan diri bahawa terdapat lagi insan yang lebih teruk atau derita hidupnya. Jadi perlu bersyukur dengan apa yang ada.
Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku begitu terharu. Sewaktu menelefo Liana yang ketika itu menunggu waktu raptai aku bertanyakan Liana sama ada dia dah makan ke belum, sebab dari malam naik bas sehingga sampai kami tak berpeluang untuk menjamah makanan sebab tak lalu. Dia kata dia dah kenyang sebab dah makan di kantin Poli pagi itu. Aku menggesanya supaya makan untuk tengahari , tapi dia berkeras mengatakan dia tidak lapar. Namun cerita sebenarnya terbongkar bila aku berjumpa dengannya tempohari. "Kak Long dah banyak sangat keluar duit, hari tu Ana bukan tak nak makan, tapi nak jimat kalau makan tentu guna duit lagi". Marah betul aku dengan pemikiran skema dia tu. Dia tidak perlu berfikiran sebegitu, sebagai kakak aku tidak pernah bekira itu dah tugas aku. Argh..sedihnya aku...
No comments:
Post a Comment