Sesekali menonton wayang seronok jugak. Semenjak Nia dah mula meningkat dewasa ni , ada la dalam setahun sekali dua melayan cerita di wayang ni. Kebanyakan cerita memanglah pilihan anak dara sorang ni. Kami bertiga ni (termasuk moksu Ecah la) mengambil kesempatan apabila en.suami ada urusan kerja di Kuantan, maka setelah selesai urusan kerja tu apa lagi menyerbu la ke EC Mall. Suami sibuk nak melihat filem 3D (hurmm...aku ikut je la). Pada mulanya bercadang nak melihat Narnia, bila tengok jadual Narnia mula 7.35 malam terpaksa la menonton Rapunzel (yelah sampai kat sana pun dan 5.30 ptg).
Aku cuak jugak..Heee..Rapunzel tu aku dah hafal ceritanya, dah berpuluh kali tamat (tu masa belum kahwin). Lepas dapat Nia, berkali-kali la jadi sumber story telling untuk Nia. Tu belum buku ceritanya yang pelbagai versi. Tapi dah itu aje yang sesuai nak buat cam ne.Masuklah jugak, terlintas la dalam hati untuk tidur dalam panggung tu...haha..
Tetapi sangkaan kumeleset sama sekali. Apabila kami diberi cermin mata 3D tu, rasa cuak mula hilang. Apatahlagi cerita Rapunzel ni memang menyeronokkan. Yelah tak la statik sangat macam dalam buku cerita tu. Ada penambahan-penambahan karekter dan jalan cerita membuatkan ia lebih menarik. Paling kelakar ini lah pertama kali aku menonton filem 3D, hinggakan aku pada mulanya berasa hairan kenapa tiba-tiba macam keluar burung je depan mataku. Haha..rupanya itu la teknik 3D. Kalau Nia lagi la kelakarnya, tangan tak duduk diam, siap dia mengaku cuba nak tangkap burung, lantern, sentuh pipi dan mata Rapunzel. Heee...kesian kami ni memang tak celik 3D.
So..cerita animasi Rapunzel ini memang menyeronokkan. Budak-budak perempuan memang pasti suka, terutama melihat Rapunzel yang begitu comel dengan magic hairnya yang cantik panjang mengurai.
No comments:
Post a Comment