Aku bukanlah jenis yang berdisiplin sangat. Termasuk dalam kumpulan manusia yang tidak boleh melakukan dua kerja dalam satu masa. Sekarang ni aku dah mula rasa bahang-bahang kepenatan, kesibukan , stress dan sebagainya. Minggu yang agak sibuk di sekolah dengan aktiviti sukan di sebelah petang serta mesyuarat yang tidak putus-putus. Menyebabkan seluruh badan mengalami kepenatan melampau. Assingment masih tidak terusik. Sudah beberapa minggu berlalu, aku belum memulakan pembacaan. Aku rasa tak terkejar.
Dan baru aku tahu memandu itu sangat meletihkan!Sendirian memandu menyebabkan aku tidak teruja untuk ke Bangi seperti selalu. Betapa bosannya memandu sendirian. Rasa kejung kaki tangan, penat mata melihat arah papan tanda.Walaupun ditemani GPS, tapi aku masih kurang percaya. Hehe..nasib baik ada suara dari GPS tu.."turn left, turn right, dan blaa..blaa.." yang menemaniku sepanjang perjalanan. Kini aku rasa hilang tumpuan dan minat tidak seperti semester lalu. Jadi sebelum hilang tumpuan itu sampai ke kemuncaknya aku perlu lakukan sesuatu. Memohon cuti belajar sepenuh masa kufikir jalan yang terbaik. Tapi sayangnya nak tinggal sekolah dan budak-budak ni...hahaha ...celaru betul la....
No comments:
Post a Comment