Kesibukan siang tadi menyebabkan aku baru kini mempunyai kesempatan untuk menulis di sini. Sibuk menjemur pakaian kerana sang mentari secara malu-malu telah memunculkan dirinya setelah berhari-hari hujan. Malah kesempatan cuaca yang agak cerah itu juga memberi peluang untukku memotong rumput-rumput di halaman yang agak panjang. Mencantas pokok-pokok di halaman yang mula meninggi. Namun kerja mengemas halaman tu tak sempat disiapkan ,dan ia akan mengambil masa berminggu. Kami pernah memanggil orang untuk memotong, mencantas segala pokok dengan bayaran yang pada perkiraanku yang memang amat berkira ni dengan harga RM100. Cukuplah dua kali sahaja, aku fikir dengan keluasan yang begitu minima itu, harganya amat mahal. Dah boleh beli sepasang baju. Maka sejak dari itu, kalau darjah kerajinanku meningkat maka terbongkok-bongkok lah aku dengan pemotong rumput manual. Sebab itu masa berminggu diperlukan kerana alat yang digunakan pun tidak berapa canggih.Heee..macam mana la tanganku ini mahu jadi lembut bak sutera asyik-asyik bekerja sajakan.
No comments:
Post a Comment