Tengah bergelimpangan dengan masalah, tapi aku masih sempat menikmati novel ini. Tiga hari aku dok membaca novel ni sampai macam nampak kunang-kunang je di biji mata. Naskah dr Maskiah Masrom ini tidak mengecewakan langsung. Malah Nyanyi Sunyi ini boleh diangkat sebagai satu novel yang amat bermutu. Penulis novel ini mungkin amat terpengaruh dengan karya pujangga dan penyajak tersohor Amir Hamzah dengan karyanya yang terkenal Nyanyi Sunyi dan penulis-penulis dari Indonesia.
Apa sekalipun watak Dayang Cempaka Sari, Dr Arjuna dan Baihaqi merupakan watak-watak yang memaikan peranan penting dalam cerita ini. Pengolahan yang begitu kemas, tidak berlebihan menggambarkan rasa cinta Dr.Arjuna terhadap Cempaka dan cinta Baihaqi terhadap Cempaka ,tetapi sebagai pembaca kita akan dapat merasa perasaan yang mendalam itu di antara ketiga-tiga watak ini.
Kelainan novel ini ialah penulis menyelitkan prosa tradisional seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan seloka . Tidak ketinggalan sajak-sajak Amir Hamzah. Membaca novel ini menjadikan aku mula mencari koleksi sajak Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah itu.
Boleh diberi 4 setengah bintang untuk novel ini. Memang rasa puas sangat. Mesej novel pun amat bagus iaitu tentang fitnah. Ya..fitnah di mana-mana dan sesiapa pun boleh terkena dengan fitnah.
1 comment:
saya pun sedang membaca novel ni.. :)
memang sangat puas hati..
Post a Comment