Tuesday, September 20, 2011

Fikir sejenak.

Agak lama menghilangkan diri. Sibuk dengan Nia yang menduduki peperiksaan UPSR, sibuk dengan raya , sibuk dengan kelas tambahan, macam-macam sibuk la jawabnya. Sibuk tu satu hal, tak ada rasa nak menulis tu pun satu hal. Nak menulis kena ada mood,kena ada jiwa tapi semuanya rasa kosong je,bercampur pulak dengan perasaan malas yang begitu membara.


Jadi cikgu ni kadang-kadang jiwa kacau, terutama bila budak-budak dekat nak periksa nih. Tau aje la budak sekarang ,mereka bukannya peduli nak periksa ke, nak lulus ke ,nak gagal ke, yang haru biru cikgu. Sebab apa sekarang ni pergi sekolah bukan nak menuntut atau menimba ilmu tapi nak lulus periksa. Sekolah pulak sibuk nak jaga prestasi , nak anugerah , sijil dan macam-macam lagi. Lama-lama cikgu yang pening, tujuan jadi cikgu atau guru itu hilang menjadi tukang ajar supaya budak dapat jawab periksa.

Tapi bila toleh kanan,toleh kiri memang la dunia ni makin memeningkan, yang betul jadi salah,yang salah tup tup jadi betul,maka jadilah hairan bin ajaib. Banyak benda sebenarnya kebelakangan ini kadang-kadang buat aku tidak seronok menjadi guru, terutama guru sejarah yang sejak akhir-akhir ini sejarah ini begitu kontroversi. Bila rakan-rakan di bidang lain tanya aku isu Mat Indera, parti radikal, betul ke kita tak pernah di jajah....jawapan aku begitu mudah iaitu BACALAH dan fahamkan betul-betul. Aku bukan pakar politik atau pakar sangat Sejarah ni ,jadi marilah kita membaca dan membaca bukan satu sumber tapi kena banyak sumber.

Setakat ini la dahulu. Petang-petang yang mendung ini membuatkan tekakku ingin menghirup kopi o panas. Semoga anda di luar sana bijak menilai mana kaca dan mana permata.

No comments: