Wednesday, October 26, 2011

Pertemuan yang tak menjadi

Jenguk sebentar ke sini.  Dalam keadaan otak yang serabut dan semak,ditambah dengan badan yang penat.  Tetapi emosi yang masih belum tenang menyebabkan aku sukar untuk lelap. Sesungguhnya hidup ini amat menuntut kesabaran. Dan itulah yang perlu dan sedang aku lakukan. Apabila aku amat mengharapkan sebuah pertemuan namun pertemuan yang telah dijanjikan itu akhirnya tidak menjadi. Dalam erti kata yang lain janji telah dimungkiri. Oh betapa kecewanya...ya amat kecewa kerana demi pertemuan yang penting itu aku sanggup menunggu dan berkorban. Berkorban apa? Berkorban menunggu lah, berkorban menghirup udara di Bangi dengan penuh kebosanan demi sebuah pertemuan. Sedangkan aku boleh pulang pada hari Sabtu itu dan menjenguk emak dan adik-adik di Kemaman.


Bila pertemuan yang penting itu tidak menjadi, hidupku bertambah gerhana. Perasaanku dihurung kesedihan. Apa ya yang korang sedang fikirkan??? Ni bukan pertemuan seperti yang anda semua fikirkan. Ni sebenarnya pertemuan dengan supervisorku! Pertemuan yang belum terjadi ini menyebabkan aku runsing sebab ini sudah minggu ke-7, sedangkan proposal , tajuk entah ke mana lagi. Oh supervisor yang amat sibuk tak kasihan kah anda dengan student-student anda yang dok menanti anda macam buah yang tak gugur.

Dunia aku  sebagai pelajar tidak sama seperti zaman mengambil sarjana muda dulu. Namanya sarjana muda, masa tu masih muda lagi , duduk di kampus jadi boleh la mengejar dan menunggu lecturer berjam-jam lamanya di depan pejabat. Tak jadi hal masa tu. Tapi sekarang aku yang dah berkeluarga ni, duduk pula amat jauh dari kampus, masa yang aku ada hanyalah Jumaat dan Sabtu. Aku sanggup menunggu hingga hari Isnin apabila dia bersetuju untuk berjumpa pada hari tersebut. Aku nekad untuk berjumpa nak berbincang tentang propsal ku in. Tup, tup pada pagi Isnin yang permai jam 10 pg mesej diterima menyatakan perjumpaan itu dibatalkan dan datang berjumpa dengannya pada keesokan harinya pukul 3 ptg. Wah..wah..macam la aku ni doraemon yang ada magik boleh datang ke Bangi tu sekelip mata. Jadi aku yang dah berkampung di Bangi tu sejak Jumaat lagi, dan anak aku dah merengek-rengek kebosanan akhirnya mengambil keputusan balik.  Lantaklah..aku mengambil keputusan menghantar proposal itu ke pejabatnya dan memaklumkannya melalui sms. Bengang usah dikira lah.

Rupanya keputusan aku terus pulang tanpa menunggu lagi adalah satu keputusan yang tepat , kerana keesokan harinya aku menerima sms dari rakan yang memaklumkan bahawa mereka masih tidak berjumpa dengan supervisor tersebut walaupun dah menunggu lama. Oh kalaulah aku menunggu hingga hari Selasa dan penantian berakhir sia-sia aja macam gitu pastinya aku akan menangis berlagu-lagu........huhuuuuuu....

Wednesday, October 19, 2011

corat-coret

Stuck dengan assingment ni. Dah la semalam tidur pukul 2.30 pagi. Hari ni ada gotong royong pulak di sekolah rendah Kee Chee untuk hari anugerah sri cemerlang esok.  Kepenatan yang tidak terhingga , ajk kerja yang datangnya hanya beberapa kerat je. Sabar je la. Pukul 1 balik, telefon mak , berborak setengah jam, mandi then tidur.  Makanan untuk Nia tapau je dr kedai Jun...huhu senangnya hidup. Yelah tu senang la sangat.

Bangun tidur belek-belek assingment, masih lagi tak boleh siapkan Dah la janji minggu ni nak hantar..dah dua minggu present, eseinya tidak jugak siap.  Lepas ni nak beraerobik pulak. Esok tak ke sekolah lagi. Sayangnya dah la budak-budak tu tak sampai sebulan nak periksa SPM. Eh aku je yang rasa susah hati, budak-budak tu suka je aku tak de. Hehe tak pe lepas deepavali ni pulun habis-habis macam minggu lepas dari pagi hingga ke tengahari belajar Sejarah, sampai nak muntah budak-budak tu.

Harap-harap lepas mengeluarkan peluh petang karang aku bersemangat dan cergas untuk berjaga menyiapkan assingment malam ni. Ok la mahu bersiap...jom bersenam. Semoga anda semua dirahmati Allah.

Friday, October 14, 2011

Senja di Bangi

Kepenatan amat terasa. Baru minggu ke lima tetapi aku dah mula rasa penat dan mood untuk drive ke Bangi semakin hilang. Apatah lagi nak mengadap buku. Kadang-kadang muncul persoalan yang menyesakkan;boleh ke aku tamatkan pengajian ni. Penat yang teramat sangat. Terkejar-kejar dengan budak form five yang nak periksa tidak lama lagi menjadi salah satu faktor yang menyedut semua tenagaku.

Tapi.........aku mesti boleh lakukan, ramai lagi orang yang penat dan susahkan? Opps..berhenti dulu, pukul 8 ada kelas lagi. Semoga anda semua bahagia dan diberkati Allah.

Wednesday, October 12, 2011

Marah guru

Ada beberapa perkara yang menjengkelkan hatiku sebagai seorang guru saat ini, apabila  tugas kami sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar telah dinafikan haknya.  Bila seorang ustazah menegur dan sedikit menyentuh pipi (seakan menampar tetapi bukan tampar ya) seorang pelajar perempuan yang TIDAK BERSOLAT, bapa pelajar bekenaan telah datang memarahi pihak sekolah kembali. Datang dalam keadaan marah-marah terhadap pengetua kerana anaknya telah 'ditampar' oleh ustazah.  Marah sungguh bapa bekenaan kerana menegur anaknya tidak bersolat. 

Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk...., malang sungguh seorang bapa itu, malang sungguh seorang anak itu kerana mempunyai bapa sebegitu. Tak faham ke encik yang berkenaan bahawa dalam Islam kalau anak kita berumur 10 tahun sudah meninggalkan solat kita boleh merotannya. Tak percaya ,hah..baca la hadis dah bawah.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Dunia ni memang dah nak kiamat agaknya. Tegur pelajar tak solat pun ,ibu bapa dan naik angin. Agaknya mereka solat tak di rumah, sampai hangin macam gitu. Sebab itu la cikgu sekarang pejam mata je perlakuan pelajar yang menjengkelkan hati , macam ni la,bila kami tegas sikit penjaga marahkan kami balik. 


Alamak stop dulu dah 5.10 masa untuk aerobik. Jommmm!!!!

Tuesday, October 4, 2011

Berlagak la luuuu

Selamat menduduki peperiksaan PMR khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga. Kepada pelajar-pelajarku ikutlah segala tips yang telah diperturunkan. Semoga anda semua berjaya kelak.


Banyak perkara yang berlegar dalam kepalaku ini.  Satu persatu masalah yang datang menyebabkan aku ibarat menjadi biskut lemak empat segi yang direndam ke dalam air kopi. Benarlah hidup ini adalah rentetan atau babak-babak masalah. Ini membuatkan kita merasa begitu kerdil.  Mungkin segala masalah ini adalah kifarah-kifarah kita yang dahulu, kerana manusia memang saban saat pasti melakukan kesalahan.

Apa sekalipun kali ini aku merasa benar-benar tidak bermaya, malah kesihatan juga sering terganggu. Itulah salah satu sebab aku jarang menulis dan datang ke sini. Semester tiga baru tiga minggu bemula. Rutin ke Bangi kembali semula dan seperti biasa menadah telinga mendengar kuliah dan deretan asingment yang menanti. Bezanya kali ini , daya konsentrasiku cukup lemah. Tidak seperti semester pertama aku mampu berjaga hingga 3 pagi membaca dan mencari bahan untuk membuat assingment. Tapi semester ini keadaan semakin meruncing, aku tidak boleh berlama di hadapan komputer, pukul 10 malam aku dah mula merasa penat dan mengantuk, bila membaca seperti semua berlalu di angin lalu. Nampak sangat mindaku tidak kuat, atau aku terpengaruh dengan segala masalah ini, atau memang aku benar-benar dalam keadaan yang tidak sihat atau aku dah nak masuk ke alam TUA hahaha......................

Jauh tersimpang, aku sebenarnya ingin mencoretkan tentang orang yang sombong dan berlagak. Kebetulan ada seorang penyewa bilik di rumah keluarga kami yang bersifat sebegitu. Ya dia mungkin merasakan diri dia hebat sebab seorang engineer , jadi tidak suka beramah mesra dengan kawan-kawan rumahnya. Merasa orang lain tu tidak setaraf agaknya sebab yang lain tu hanya SPM sahaja. Bila ada di rumah asyik menguncikan diri, sepatah pun tak mahu bercakap. Ok sayang.....kalau you rasa hebat sangat, rumah kami yang murah tu tidak layak, dan you rasa you bagus sangat sampai nak menegur orang pun tak mahu. Jadi silalah keluar ya. Tak ada sapa pun paksa you dan keluarga you yang perasan hebat tu nak menyewa kat situ. Dipersilakan keluar dengan segala hormatnya!!!

Maaf ya bagi orang-orang yang berlagak atau dulu suka panggil 'kerek', sebab cara macam tu tak kena lah. Wei ni dunia dah akhir zaman la entah esok lusa dunia ni akan kiamat. Harta, pangkat, kecantikan tak kekal. Yang kekal hanyalah amalan kita yang nak dibawa ke dalam kubur. Dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun ko kerja apa, ayah ko sapa, ko pakai kereta apa. Wei boleh blahhhh laaa!!!!!!!!!!!!!!

P/S: AKU PALING ANTI MANUSIA BERLAGAK DAN SOMBONG. MASALAHNYA DENGAN ORANG MELAYU NI, YANGA ASAL KAYA TAK LA BERLAGAK SANGAT, TAPI YANG ORANG SUSAH BARU NAK KAYA YANG BERLAGAK MENGALAHKAN ANAK TAN SRI.